quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Revolusi baru Pep mendepani cabaran musim 2017/18

Selepas proses pembelajaran musim pertama di England, Pep Guardiola merombak skuadnya dengan wajah-wajah baru untuk persiapan musim baru 2017/18 bagi merealisasikan 'pasukan impian'nya.

Tempoh pertengahan Mei sehingga Ogos pada lazimnya dipenuhi oleh perasaan bercampur baur di kalangan para peminat bola sepak.

Kegirangan tatkala para pemain handalan dibawa masuk, kemurungan pabila pemain kesayangan meninggalkan kelab. Namun patah tumbuh hilang berganti dan sekali air bah sekali pantai berubah.

Bagi para penyokong City, tanggal 26 Mei 2017 sebaik sahaja musim 2016/17 melabuhkan tirainya telah membawa berita gembira yang tidak disangka.

Image result for bernardo silva signs for city

Bintang Portugal Bernardo Silva, 22, diumumkan sebagai perpindahan masuk pertama walaupun jendela perpindahan musim panas belum dibuka secara rasmi ketika itu.

Lima hari kemudian, Ederson Moraes dari Brazil pula diumumkan sebagai penjaga gol terbaru City.

Image result for ederson sign for city

Tindakan City dengan pengumuman awal pengambilan dua pemain baru tersebut telah mencetuskan suasana panik dan cemas di kalangan kelab-kelab ternama Eropah kerana ia memberi bayangan akan pembelian lain yang akan dibawa ke Manchester.

Adakah Pep diberi “cek kosong” untuk digunakan kali ini?

Apakah rekod yang bakal City pecahkan kali ini? Pelbagai persoalan bermain di kalangan para pemerhati bola sepak.

Related image

Hari berganti hari, minggu bersilih ganti, perkembangan dari Stadium Etihad tidak serancak yang disangka. Perasaan gusar mula menular di sudut hati para penyokong.

Di media sosial, pelbagai desas-desus ditularkan mengaitkan City dengan pemain dari dalam dan luar England.

Namun demikian, para penyokong terus pasrah dengan kesunyian di Manchester untuk beberapa bulan ditambah kelab-kelab pesaing rancak dengan pengumuman pemain baru masing-masing.

Related image

Pembukaan rasmi jendela perpindahan musim panas pada 1 Julai 2017 bagaikan membuka lembaran baru di Etihad Stadium. Di dalam tempoh tiga minggu pertama, Kyle Walker, Douglas Luiz, Danilo dan Benjamin Mendy diumumkan sebagai muka-muka baru yang bakal menyarung jersi biru langit City pada musim hadapan.

Image result for benjamin mendy signs for city

Pada masa yang sama, jendela perpindahan 2017 juga telah melihat pemergian beberapa pemain ikonik yang telah menyinari sejarah City sepanjang beberapa tahun lepas dalam era kebangkitan semula kelab.

Pablo Zabaleta, Willy Caballero, Jesus Navas, Bacary Sagna dan Aleksandar Kolarov telah membawa haluan masing-masing meninggalkan legasi yang sumbangan mereka akan selamanya tersemat di hati para penyokong setia City.

Image result for pablo zabaleta farewell

Begitu juga bintang muda Nigeria, Kelechi Iheanacho dan Fernando Reges yang menamatkan khidmat bersama City untuk menyahut cabaran di tempat lain. Sementara Joe Hart selepas kembali dari Torino dipinjamkan pula untuk Hammers dengan disatukan semula dengan bekas rakan sepasukan, pemain kesayangan City, Zabaleta.

Transformasi yang dilihat sebagai drastik ini adalah perlu walaupun dilihat sebagai menelan kos yang tinggi. Pelbagai angka dilaporkan oleh pihak media mengaitkan City dengan perbelanjaan yang besar.

Pemerhatian “hentam kromo” ini tidak mengambil kira langsung pelaburan minimal City bagi barisan pertahanan sejak beberapa tahun yang diterjemahkan dengan permainan City turun naik berikutan kelemahan benteng pertahanan yang rapuh.

Image result for benjamin mendy city training

Dengan memecah rekod pembelian pemain pertahanan England, Walker dari Spurs diikuti Danilo dan Mendy menggantikan kekosongan yang ditinggalkan menunjukkan keseriusan City memperkasakan kubu pertahanan mereka bersesuaian dengan taktikal Pep.

Dengan usia para pemain muda di awal 20-an sekaligus ia menurunkan purata usia skuad keseluruhan secara mendadak yang pada musim sebelumnya City merupakan skuad paling berusia dalam Liga Perdana Inggeris.

Musim 2017/18 yang lagi seminggu menjelang menjanjikan cabaran yang lebih menggerunkan buat Pep Guardiola. Kelab-kelab lain yang bakal menyaingi Liga Perdana Inggeris terus diperkukuhkan dan corak permainan beliau sudah mula dikenali oleh para pengurus yang lain.

Di samping itu, cabaran Liga Juara-Juara Eropah akan terus menguji kehandalan City sebagai pencabar arena bola sepak Eropah.

Dengan persiapan intensif musim baru di Amerika Syarikat selama dua minggu, para peminat berpeluang menyaksikan sekilas bakat dan kemahiran para pemain baru dalam penampilan pertama mereka buat kelab.

City telah dipertemukan dengan tiga kelab ternama dalam saingan International Champions Cup; Manchester United, Tottenham Hotspur dan Real Madrid.

Meskipun ia hanyalah sekadar perlawanan ‘pemanas badan’ sebelum cabaran sebenar musim baru.

Namun ia memberi peluang kepada para pemain terutama muka-muka baru menyesuaikan diri dalam pasukan.

Image result for danilo signs for city

 

Selepas tunduk 0-2 kepada pasukan jiran Manchester United dalam perlawanan persahabatan pertama pramusim di Amerika Syarikat dalam International Champions Cup, City kemudian telah menunjuk belang mereka yang sebenar dan memberi 'isyarat amaran' kepada pasukan pencabar lain.

Image result for danilo city vs real madrid

Citizens berjaya membenamkan juara Eropah, Real Madrid yang dibarisi para pemain handalan mereka hanya tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo dengan jaringan 4-1 dengan penampilan pertama Danilo menentang bekas pasukannya sendiri.

Ia diikuti kemenangan 3-0 ke atas naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Tottenham Hotspur dimana penampilan Kyle Walker pertama kali melawan bekas majikannya.

Image result for pep guardiola city USA

Selain itu dalam tiga perlawanan tersebut ia telah mengenengahkan kebolehan para pemain akademi seperti Phil Foden, 17, dan Brahim Diaz, 18, yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam pasukan senior.

Image result for brahim diaz v real madrid

Kembalinya Patrick Roberts ke pangkuan yang menyerlah bersama Celtic juga Jadon Sancho memberi bayangan tentang potensi barisan pemain muda yang dilbangunkan oleh Akademi Bola Sepak City.

 Image result for phil foden vs man united usa

Perlawanan terakhir pramusim ‘Super Match’ di Iceland minggu lalu menentang West Ham yang turut mempertemukan semula dengan dua pemain ikon City; Zabaleta dan Hart menutup persiapan musim baru yang positif dengan kemenangan 3-0.

Secara kesuluruhan kempen persiapan pramusim telah menambah keyakinan skuad dan memberi rasa optimis buat para peminat untuk menghadapi musim baru nanti.

Dalam keterujaan menantikan musim baru, apa-apa sahaja boleh berlaku di dalam hari-hari terakhir jendela perpindahan ini. Apatah lagi selepas Pep Guardiola mengesahkan  masih ingin mengurangkan purata usia skuad yang kini lebih ‘remaja’ berbanding musim sebelumnya. 

Walau sesiapa pun yang bakal melangkah masuk, para penyokong akan terus setia di belakang ‘the boys in blue’.

Apa yang pasti musim baru 2017/18 menjanjikan satu lagi musim penuh debaran dan drama buat kita semua dengan harapan piala-piala kejuaraan kembali ke Stadium Etihad dan revolusi baru Pep Guardiola menyinar bermula di Brighton hari Sabtu ini.

 

Peraduan dan Kuiz

Hadiah terindah dari Gabriel Jesus

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah hasil usaha gigih seorang peminat Manchester City Malaysia membuahkan ganjarannya.

Peminat tegar Manchester City Malaysia, Mohammad Faizal Azim Bin Norapandi teruja memenangi jersi berautograf pemain muda City asal Brazil, Gabriel Jesus...

Kelab Peminat Rasmi

Pengenalan Manchester City Malaysia (MCM)

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia atau Manchester City Malaysia (MCM) merupakan kelab penyokong Manchester City terbesar di Malaysia yang menaungi kelab-kelab penyokong setiap negeri di tanahair dan cawangan-cawangan bandar.

Pengenalan Manchester City Malaysia

Kelab Peminat Rasmi

Pengenalan MCFC OSC Malaysia

MCFC Official Supporters Club (MCFC OSC) cawangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1999 merupakan cawangan kelab penyokong rasmi Manchester City yang berpusat di Manchester, England sejak tahun 1949.

Pengenalan MCFC OSC Malaysia | Introduction to MCFC OSC Malaysia