quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Bertandang ke sarang sang Camar di awal musim

Kun Brighton

Kun Brighton

Selepas sepi tiga bulan tanpa aksi bola akhirnya Liga Perdana Inggeris kembali dengan Manchester City yang bewajah baru memulakan cabaran penuh bersemangat dan berkeyakinan tinggi.

Selamat kembali ke musim bola sepak!

Related image

Kerinduan kepada aksi pemain Manchester City bakal dilepaskan pada hari Sabtu dengan tandangan jauh ke persisir selatan England di laman pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove Albion (Seagulls).

Manchester City musim ini berwajah lebih remaja dengan pembelian 5 pemain baharu. Bernardo Silva, Ederson, Kyle Walker, Danilo dan Benjamin Mendy datang ke Stadium Etihad bersama tag harga bernilai hampir £200 juta di antara mereka. Kesemuanya berusia di bawah 30 tahun.

Berbeza dengan musim lepas yang melihat City meletakkan fokus kepada pembelian pemain menyerang, musim ini 4 pemain baharu City beraksi di bahagian belakang dengan hanya Bernardo Silva merupakan pemain tengah.

Kegagalan merangkul sebarang gelaran musim lepas menyerlahkan kelemahan pasukan City di bahagian belakang. City tidak bermasalah menjaringkan gol dengan 117 gol dijaringkan sepanjang musim namun 60 gol yang dilepaskan kepada pihak lawan melihat banyak mata berharga liga disia-siakan dan juga penyingkiran dari kejohanan piala.

Maka tidak hairanlah mengapa Pep Guardiola rela melepaskan pemain-pemain veteran seperti Willy Caballero, Bacary Sagna, Pablo Zabaleta, Gael Clichy dan Aleksandar Kolarov.

Image result for pablo zabaleta wave to fans

Pemergian Willy Caballero ke Chelsea dan Joe Hart ke West Ham United meninggalkan Claudio Bravo keseorangan sebagai penjaga gol senior. Lalu hadirlah Ederson Moraes yang dibeli dari Benfica membawa gelaran penjaga gol termahal dunia.

Dari pemerhatian semasa pramusim, Ederson dilihat cukup selesa mengawal bola dengan kaki dan bermain dari belakang mengikut gaya kehendak Guardiola. Lebih dari itu, Ederson juga menampilkan ketangkasan menyelamatkan gawang dan juga senjata rahsia kebolehan melancarkan bola melangkaui 70 ela melalui sepakan gol.

Image result for ederson man city usa

Mengapa sepakan gol padu Ederson itu dikira senjata rahsia? Ini kerana tidak ramai yang sedar tiada hukuman ofsaid dikenakan jika pemain menerima bola dari sepakan gol.

Dari 4 perlawanan pramusim, Guardiola menggunakan formasi 3 pemain bek tengah dalam 3 perlawanan di mana kesemuanya berakhir dengan keputusan menang sambil City mempamerkan dominasi ketara ke atas lawan.

Image result for danilo man city usa

Musim lalu City ada menggunakan pendekatan serupa namun ia tidak mendatangkan hasil malahan City banyak kehilangan mata semasa menggunakan 3 pemain bek tengah dalam kempen yang lepas. Apa yang membezakan hasil pendekatan ini ialah kemasukan Walker dan Danilo.

Pemain bek sayap City di musim yang lalu kesemuanya sudah berumur. Mereka tidak memiliki stamina dan kelajuan yang dikehendaki untuk melaksanakan strategi formasi 3 pemain bek tengah menyebabkan banyak ruang untuk dieksploitasi oleh lawan di bahagian pertahanan.

Image result for kyle walker man city usa

Berbeza sekali cara permainan City apabila Walker dan Danilo dimainkan di posisi bek sayap tersebut. Kedua-dua mereka cukup pantas untuk turun naik di atas padang mengancam lawan semasa serangan dan menutup ruang lawan semasa bertahan.

Jadi adalah tidak mengejutkan jika Guardiola akan menurunkan strategi yang serupa dalam perlawanan pembuka musim Sabtu ini. Ederson di bahagian gawang. Nicolas Otamendi, John Stones dan Vincent Kompany membentuk benteng tiga serangkai.

Bahagian sayap diamanahkan kepada Danilo dan Kyle Walker. Manakala Yaya Toure, David Silva dan Kevin De Bruyne pula menjadi segitiga emas di bahagian tengah. Namun ada satu persoalan di bahagian serangan.

Adakah Guardiola akan menurunkan seorang atau dua orang penyerang? Ini kerana gandingan Sergio Aguero dan Gabriel Jesus masih belum menunjukkan keserasian yang jitu. Tapi saya berpendapat dua pemain ini akan dimulakan dalam kesebelasan utama memandangkan lawan yang menanti boleh dikira tidak begitu kuat.

City tidak mempunyai sejarah yang panjang bersama Seagulls (burung camar). Hanya 17 pertemuan berlangsung di antara mereka. Selepas perlawanan sulung pada 1924, perlawanan kedua hanya berlaku 55 tahun kemudian pada 1979. Dari 17 pertembungan itu, City menikmati 8 kemenangan berbanding 5 kemenangan oleh Albion.

Image result for brighton albion 2017 promotion

Kali terakhir mereka bertemu ialah pada 2008 dalam perlawanan Piala Liga. Walaupun perlawanan berakhir seri 2-2 namun City tersingkir dalam penentuan sepakan penalti. Maka perlawanan hari Sabtu nanti boleh dikira peluang untuk City melunaskan dendam.

Albion di bawah kendalian Chris Hughton naik ke pentas Liga Perdana sebagai naib juara Liga Championship dengan hanya satu mata di belakang Newcastle United. Mereka sepatutnya menjulang piala juara jika bukan kerana gol saat akhir oleh Aston Villa di perlawanan terakhir liga musim lalu.

Related image

Ayam tambatan Albion ialah Glenn Murray yang merupakan penjaring terbanyak mereka musim lalu dengan 20 gol. Kelebihan buat City kerana penjaring kedua tertinggi Albion, Anthony Knockaert dikhabarkan belum cergas sepenuhnya dan mungkin hanya bermula di bangku simpanan. Albion juga kehilangan seorang lagi penyerang, Sam Baldock kepada kecederaan betis.

Walaupun bermain di laman sendiri namun cabaran yang dibawa oleh City mungkin terlalu besar untuk ditangani Albion dengan City dijangka mengaut 3 mata penuh untuk dibawa pulang ke Manchester.

Sekali lagi kita ulangi! Selamat kembali ke musim bola!

Image result for man city fans 2017 guardiola

* Perlawanan City menentang Brighton akan berlangsung hari Sabtu,12 Ogos jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 malam (pagi Ahad Malaysia). Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu City @ManCityMAS.

Berita Kelab Peminat

Fantom gegarkan Kuala Lumpur!

Ia bukan jam tangan pintar biasa, tapi jam tangan pintar khas untuk para peminat bola sepak, dan Manchester City dengan bangganya menjadi kelab bola sepak pertama di dunia yang akan memperkenalkannya.

Manchester City dengan kerjasama Turnpike dengan inovasi dan kreativiti memperkenalkan Fantom untuk mendekatkan para peminat bola sepak dengan kelab yang mereka sayangi..

Previu dan Reviu Peminat

Revolusi baru Pep mendepani cabaran musim 2017/18

Selepas proses pembelajaran musim pertama di England, Pep Guardiola merombak skuadnya dengan wajah-wajah baru untuk persiapan musim baru 2017/18 bagi merealisasikan 'pasukan impian'nya.

Reviu musim baru 2017/18 menjelang perlawanan pembuka Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan City ke Brighton pada hari Sabtu 12 Ogos.

Peraduan dan Kuiz

Hadiah terindah dari Gabriel Jesus

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah hasil usaha gigih seorang peminat Manchester City Malaysia membuahkan ganjarannya.

Peminat tegar Manchester City Malaysia, Mohammad Faizal Azim Bin Norapandi teruja memenangi jersi berautograf pemain muda City asal Brazil, Gabriel Jesus...