quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Bulan Biru: Cabaran berganda sang Angsa

Raheem Sterling and Jack Cork duel for possession

Raheem Sterling and Jack Cork duel for possession

Selepas mencatat 8 kemenangan dari 8 perlawanan dan memecah rekod 188 tahun kelab, Pep Guardiola berpeluang melanjutkan rekod kepada '10 Sempurna' apabila bertemu lawan sama Swansea di dua kejohanan berbeza secara berturut-turut.

Manchester City akan bertandang ke Stadium Liberty hari Rabu (pagi Khamis Malaysia) untuk memulakan cabaran Piala (EFL Cup) sebelum meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris pada hari Sabtu di laman sama menentang lawan sama kendalian pengurus Itali, Francesco Guidolin. 

Image result for pep guardiola city vs bournemouth

Pep telah mengumumkan yang pasukannya akan berkampung di Wales seusai perlawanan Piala Liga sementara menanti liga utama Inggeris tiga hari kemudiannya. Sebagai penyandang juara Piala Liga, Guardiola semestinya tidak mahu tersingkir di peringkat awal dan menegaskan yang pasukannya akan cuba memenangi perlawanan dan mempertahankan kejuaraan dengan merancang dengan teliti kedua-dua perlawanan nanti termasuk pemilihan pemain.

Perubahan pertama adalah di posisi penjaga gol. Musim lepas polisi di City ialah Willy Caballero memegang amanah sebagai penjaga gol utama Piala Liga. Siapa boleh melupakan aksi wira Caballero membuat penyelamatan hatrik di perlawanan akhir Piala Liga musim lalu menentang Liverpool? Jadi musim ini mungkin polisi yang sama akan digunakan Guardiola untuk pertandingan piala tempatan. 

Image result for caballero capital one cup

Walaupun begitu, Caballero tidak boleh merasa terlalu yakin dan selesa kerana penjaga gol dari skuad EDS, Angus Gunn yang baru dinaikkan pangkat ke skuad utama pernah dipuji oleh Guardiola berkenaan atribut hantaran beliau yang bagus, antara kualiti utama yang menjadi kesukaan Guardiola.

Piala Liga memang sering menjadi pentas bakat-bakat muda pasukan diketengahkan. Untuk musim 2016/17 ini selain Gunn ada 4 lagi pemain EDS yang diserapkan ke pasukan utama iaitu Tosin Adarabioyo, Angelino Tasende, Pablo Maffeo dan Aleix Garcia. 

Image result for angus gunn city 2016/17

Mungkin tidak semua pemain muda ini akan dapat beraksi tapi di sini dicalonkan 3 pemain muda berpeluang paling besar untuk terpilih:

Aleix Garcia: Garcia didapati sangat selesa bermain di posisi pivot dalam formasi Guardiola. Kelebihan paling ketara Garcia ialah kebolehan beliau membaca permainan yang membolehkan beliau mencari kedudukan terbaik di atas padang. Mantap ketika membuat hantaran dan juga semasa membantu bahagian pertahanan. Gaya permainan Garcia sangat mirip dan mengingatkan kita kepada Sergio Busquets. Adakah Guardiola sudah berjaya menemui Sergio Busquets yang baharu?

Angelino Tasende: Pemain akademi paling menyinar di siri pra-musim. Rajin naik dan turun di bahagian sayap membantu serangan dan bertahan. Persembahan beliau terus berjaya menawan hati para peminat. Malahan beliau dilihat sangat fleksibel dan tidak bermasalah mengisi posisi berlainan. Beliau dikatakan menolak tawaran pinjaman dari kelab luar kerana mahu kekal di Stadium Etihad dan berjuang untuk mendapatkan tempat di skuad utama. Inilah peluang beliau untuk membuktikannya.

Tosin Adarabioyo: Pemain tinggi lampai ini sudah berjaya menarik perhatian peminat semenjak musim lalu lagi apabila menyinar dalam pertembungan Piala FA menentang Chelsea. Tenang dan tangkas di bahagian bek tengah, kehadiran fizikal Adarabioyo turut boleh memperkasakan penguasaan bola udara pasukan. Dengan kontrak yang akan tamat musim depan, City mesti menunjukkan komitmen untuk memberi lebih peluang kepada Adarabioyo dan tidak mensia-siakan bakat besar yang mereka miliki.

Image result for tosin adarabioyo 2016/17

Selain tiga pemain muda yang baru dipromosi ke pasukan utama, Pep turut mendedahkan semasa sidang media akan membawa bersamanya ke Selatan Wales pemain tengah menyerang muda kelahiran Malaga, Sepanyol yang semakin meningkat naik, Brahim Abdelkader Diaz. Pada musim ini Brahim yang berusia 17 tahun telah menyumbang 5 gol untuk City EDS di saingan Liga Perdana Inggeris 2 (Bawah-21), Liga Juara-Juara Remaja dan Piala FA Remaja.

Apa yang jelas ia bukanlah masalah besar untuk Guardiola melaksanakan rotasi skuad untuk dua perlawanan menentang Swansea nanti. Leroy Sane dan Jesus Navas boleh bergilir mengisi ruang sayap kanan memandangkan Raheem Sterling akan dipindahkan ke sayap kiri kerana penggantungan Nolito yang dilayangkan kad merah baru-baru ini. Nolito bakal terlepas kedua-dua aksi menentang Swansea.

Pep telah mengumumkan yang Vincent Kompany kemungkinan akan diturunkan di awal perlawanan dan beraksi buat pertama kali musim ini di bawah kendalian Pep. Begitu ramai pemain yang boleh digandingkan dengan Kompany nanti termasuk John Stones, Nicolas Otamendi, Aleksandar Kolarov dan Tosin Adarabioyo yang kesemuanya boleh bermain di pertahanan tengah.

Image result for kevin de bruyne vs bournemouth

David Silva yang tercedera baru-baru ini mungkin akan sempat sembuh untuk pertemuan Liga Perdana Inggeris, Sabtu nanti. Dua perlawanan terakhir ini melihatkan peranan Silva telah diisi oleh Kevin De Bruyne dengan jayanya (kedua-dua perlawanan tamat dengan kemenangan 4-0).

Berbaki satu lagi penggantungan perlawanan, Swansea boleh dikira sedikit bernasib baik tidak akan berhadapan dengan ancaman ganas Sergio Aguero untuk perlawanan Piala Liga. Sayang sekali kaki yang mengisi tapak kaki Aguero di bahagian serangan nanti ialah Kelechi Iheanacho, pemain yang tidak kurang tajamnya sebelum Sabtu nanti Aguero akan kembali mengepalai jentera serangan City.

Image result for kelechi vs bournemouth

Pep juga menyatakan yang akan menurunkan Leroy Sane dalam kesebelasan utama selepas ditampilkan sebagai pemain gantian dalam kedua-dua perlawanan pertamanya untuk City dalam kemenangan 4-0 ke atas Borussia Monchengladbach dan Bournemouth.

Rekod pertemuan lampau tidak menyebelahi Swansea. Lima daripada 6 pertembungan terakhir melihatkan mereka terkulai di tangan City. Dalam pertemuan terakhir di bulan Mei lalu, Swansea dan City seri 1-1 dengan gol City dijaringkan oleh Iheanacho.

Prestasi semasa juga membawa cerita yang sama. Sedang kem City dipenuhi semangat tinggi para pemain selepas mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, Swansea pula berbeza ceritanya dengan hanya 2 kemenangan (hanya 1 di Liga Perdana) daripada 6 perlawanan dan kini menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris.

Image result for city vs borussia monchengladbach celebrate

Menjelang lawatan ke Swansea, dua kemenangan 4-0 berturut-turut City membawa jumlah jaringan gol mereka setakat ini kepada 25 gol dalam semua pertandingan berbanding Swansea yang hanya menjaringkan 7 gol sahaja. Adakah City akan terus berpesta gol lagi? Dengan gaya permainan bolasepak Guardiola yang sempurna, kemungkinanan jangkaannya Swansea akan menjadi 'mangsa' City seterusnya. Namun apa sahaja boleh berlaku, kita tunggu dan lihat nanti.

Ramalan formasi pemain dan jaringan:


Swansea 1 – Manchester City 3 (Piala Liga -EFL Cup)

Swansea 0 – Manchester City 4 (Liga Perdana Inggeris)

* Perlawanan Piala EFL akan berlangsung pada hari Rabu, 21 September, 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Sementara perlawanan Liga Perdana Inggeris pula akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 September 12 tengahari waktu UK bersamaan jam 10 malam waktu Malaysia.

Bacaan lanjut (klik untuk artikel penuh):


Sidang media Pep Guardiola: Kompany akan diturunkan di awal perlawanan menentang Swansea

Previu Pengurus: Guardiola sedia lepaskan Leroy Sane dari tambatan lawan Swansea

Video latihan, saksikan persiapan skuad sebelum ke Swansea, klik di sini

Pep Guardiola terus melakar sejarah pecah rekod 118 tahun kelab 

Pelancaran kit ketiga terbaru City 2016/17. Apa pendapat anda?

Galeri Foto: Kit ketiga terbaru City 2016/17


Peraduan dan Kuiz

Cinta City, Sayang Malaysia

Kami berbesar hati mengumumkan pemenang bertuah Peraduan #KeranaMuCity sempena ulang tahun kemerdekaan ke-59 dan Hari Malaysia ke-53.

Previu dan Reviu Peminat

United vs City: Pedang bertemu perisai

Derbi Manchester edisi ke-172 Sabtu ini akan menjadi medan pertemuan semula dua seteru pemikir taktikal bola sepak terhebat era moden, Pep Guardiola dan Jose Mourinho.

Berita Kelab Peminat

Derbi Manchester: Senarai 'gathering' di Malaysia

Manchester City akan bertemu buat kali ke-172 dengan kelab jiran, Manchester United, Sabtu 10 September. Para penyokong Manchester biru di tanahair berpeluang berkumpul menonton perlawanan untuk memberi sokongan dari jauh bersama-sama.