quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Meredah angin Britannia

Otamendi

Otamendi

City terus mengorak langkah meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris dengan bertandang di laman sukar, Stadium Britannia menentang Stoke pada tengahari Sabtu.

Dua perlawanan di bawah telunjuk Pep Guardiola, 2 kemenangan dalam genggaman. Transformasi permainan Manchester City terus sahaja memikat hati para peminat mereka. 

Mungkin gementar di hari pertama dan kekok dengan taktik baharu City hanya menang tipis ke atas Sunderland tetapi aksi bertaraf 5 bintang di Bucharest melihat kesebelasan utama City sudah berjaya menyesuaikan diri mereka dengan tuntutan taktikal Guardiola. Mujurlah tuan rumah, Steaua Bucharest hanya dimalukan dengan 5 gol kerana angka jaringan sebenarnya boleh menjadi lebih besar lagi.

Antara pemain yang paling mengagumkan dalam City Baharu ini ialah John Stones. Beliau berpindah dari Everton hanya beberapa hari sahaja sebelum perlawanan menentang Sunderland tetapi dari tinjauan dalam 2 perlawanan lepas seolah-olah Stones sudah menjadi pemain City semenjak 2-3 musim yang lalu. 

Beliau tampak begitu selesa bermain di bahagian pertahanan tengah mengawal bola dan membuat hantaran. Statistik Stones membuktikan yang beliau menyempurnakan 70 daripada 78 hantaran dalam perlawanan menentang Sunderland dan 64 daripada 68 hantaran semasa menentang Steaua Bucharest.

City akan bertemu dengan Steaua lagi minggu hadapan dalam perlawanan timbal balik namun sebelum itu mereka akan bertandang ke Stadium Britannia menghadap pasukan Stoke City. Dengan agregat selesa 5-0 sebagai bekalan di minggu hadapan, City dilihat tidak bermasalah menurunkan skuad terkuat mereka untuk menentang Stoke.

Sudah 2 kali Joe Hart mengisi bangku simpanan membuktikan Guardiola masih belum berpuas hati dengan kualiti kawalan dan pengagihan bola Hart. Berkemungkinan besar Willy Caballero akan meneruskan peranan di kesebelasan utama dengan syarat tiada kemunculan mengejut oleh Claudio Bravo.

Di bahagian pertahanan, Nicolas Otamendi yang sudah kembali cergas akan berpasangan dengan John Stones menjadi tembok batu di hadapan kotak penalti sambal diapit pasangan Bacary Sagna dan Aleksandar Kolarov. 

Keupayaan Kolarov membantu jentera serangan dengan hantaran tepat beliau meletakkan beliau di hadapan Gael Clichy dalam senarai pemilihan pemain. Manakala Sagna dan Pablo Zabaleta mungkin akan bergilir-gilir mengikut kecergasan.

Pemilihan 3 pemain tengah sentral mungkin melihat salah seorang daripada David Silva atau Kevin De Bruyne akan direhatkan. Yaya Toure yang tiada dalam senarai skuad perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara mungkin akan diturunkan dan jika tidak Fabian Delph juga boleh bermula dalam skuad utama.

Leroy Sane nampaknya masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dan ini memberi ruang kepada Raheem Sterling untuk terus mempamerkan persembahan beliau yang seperti pemain yang dilahirkan semula di sayap kanan bersama-sama Nolito di sayap kiri.

Penyerang berbisa Sergio Aguero sudah mejaringkan 4 gol dalam 2 perlawanan. Beliau semestinya mahu meneruskan rekod mantap beliau mengisi posisi penyerang tunggal. Hanya persoalan yang tinggal ialah sama ada beliau akan mengambil sepakan penalti andai City dianugerahkan satu nanti.

Rekod 5 perlawanan terakhir di antara Stoke dan City berselang-seli dimenangi kedua-dua pasukan dengan City mendahului tipis bersama rekod 3-2. Ancaman terbesar Stoke ialah barisan rangkaian 3 pemain tengah menyerang mereka yang dibarisi Marko Arnautovic, Bojan Krkic dan Xherdan Shaqiri.

Meskipun ini kali pertama kunjungan Pep ke kediaman Stoke yang terkenal dengan kesukaran dengan posisi di tengah England dengan faktor angin lintang dan keadaan cuaca walaupun di hari cerah, bos City menganggap ia cabaran biasa yang pernah dilaluinya semasa di Jerman di Sepanyol.

Bersama keyakinan tinggi para pemain City pada waktu ini dijangka mereka boleh mengatasi Stoke di laman mereka dan membawa pulang 3 mata penuh dengan ramalan jaringan Stoke City 0 – Manchester City 2.

Berikut adalah formasi pemain ramalan penulis. Bagaimana pula diri anda?

* Perlawanan akan berlangsung pada hari Sabtu, 20 Ogos, jam 12:30 tengahari waktu UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung perlawanan di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu di @ManCityMAS.

Bacaan lanjut:

Previu Pep Guardiola termasuk laporan kecederaan Gundogan, Sane dan Kompany serta ulasan tentang Yaya dan Joe Hart, klik di sini.

Previu Kelechi Iheanacho, penjaring dua gol semasa pertemua terakhir dengan Stoke musim lalu, klik di sini.

Galeri latihan dan laporan terkini Ilkay Gundogan dan Leroy Sane, klik di sini.

Previu dan Reviu Peminat

Cabaran sebenar bermula...

Era Pep Guardiola di Manchester City telah bermula dan revolusinya tampak jelas meremajakan skuad dengan kedatangan para pemain baru yang muda belia.

Previu dan Reviu Peminat

Revolusi Pep kini bermula!

Manchester City akan memulakan siri perlawanan pramusim dengan Pep Guardiola kembali ke laman lamanya menentang bekas pasukan, Bayern Munich pada hari Rabu, 20 Julai.

Blog Peminat

Bulan Biru: Selamat Datang Pep!