quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Siapa akan dapat hentikan keretapi laju City?

Manchester City yang dipacu Pep Guardiola meneruskan larian kemenangan mereka musim ini dengan '10 Sempurna’ selepas kemenangan berganda ke atas Swansea minggu lalu. Kini dua perlawanan menanti, menentang Celtic dan Tottenham Hotspur untuk sasaran rekod seterusnya.

City kini menyamai rekod yang dicatat Chelsea pada tahun 2009 dengan 10 kemenangan berturut-turut dari awal musim di kesemua kejohanan dan bagi diri Pep Guardiola, menyamai rekod Carlo Ancelotti ketika mengendalikan Chelsea dengan 6 kemenangan berturutan dari awal musim dalam Liga Perdana Inggeris.

Image result for pep ancelotti friendly

Mungkin Guardiola tidak begitu berminat dengan pencapaian rekod tetapi 2 perlawanan yang menanti City minggu ini akan mengukir nama beliau dalam lembaran rekod baharu menyamai rekod yang dicatat Spurs, 11 kemenangan berturut-turut dari awal musim dalam kempen 1960/61.

Kemenangan ke atas Celtic akan turut membawa Guardiola menyamai rekod 11 kemenangan berturutan Manuel Pellegrini dan jika rekod menang diteruskan menentang Tottenham Hotspur maka Guardiola akan mengatasi rekod Pellegrini (11 kemenangan) dan Ancelotti (6 perlawanan).

Pertembungan Britain, England vs Scotland

Buat pertama kali Manchester City dan Celtic akan bertembung dalam perlawanan kompetitif yang sebelum ini hanya dalam perlawanan persahabatan. Rekod perlawanan Celtic menentang lawan Inggeris adalah baik dengan 19 perlawanan lampau antara Celtic dan pasukan Inggeris dimenangi Celtic sebanyak 8 kali,  berakhir seri 5 kali dan 6 kali dimenangi pihak lawan. City juga jangan terpedaya dengan kekalahan besar 0-7 Celtic kepada Barcelona. 

Image result for manchester city vs celtic friendly

Gelanggang Celtic Park bukanlah laman yang mudah dilawati kerana Barcelona pun pernah tersungkur di sana semasa kempen Liga Juara-Juara 2013/14. Pablo Zabaleta sendiri mengakui suasana dan semangat penyokong tegar The Bhoys di Celtic Park boleh mempengaruhi perlawanan Rabu ini nanti. 

Jangan terkejut nanti bila melihat para penyokong Celtic membuat aksi ‘The Poznan’ kerana mereka juga mengamalkan aksi yang sama cuma mereka menggelarnya ‘The Huddle’.

Begitu juga lagu 'anthem' mereka 'You'll Never Walk Alone' menyamai lagu 'anthem' Liverpool dan Borussia Dortmund yang akan bergema dan meremang bulu roma sesiapa yang mendengar dan hadir di stadium yang boleh memuat sehingga hampir 61,000 penonton, melebihi 6 ribu kapasiti Stadium Etihad.

Image result for celtic park fans champions league

City akan ke Glasgow kali ini tanpa khidmat bintang Belgium, Kevin De Bruyne yang terpaksa berehat panjang akibat cedera otot hamstring dan menyertai Vincent Kompany dalam senarai kecederaan City. 

Selain daripada itu, City tiada masalah untuk memilih pemain dan menyambut kembali Nolito yang tidak digantung untuk perlawanan Eropah. Sergio Aguero sudah menjaringkan 2 hatrik (1 di peringkat kelayakan) untuk kempen Liga Juara-Juara musim ini dan merupakan penjaring gol terbanyak kejohanan bersama-sama rakan senegara, bintang Barcelona Lionel Messi (3 gol).

Di dalam skuad Celtic bimbingan Brendan Rodgers pula akan muncul beberapa muka lama City iaitu Kolo Toure, Scott Sinclair dan Dedryk Boyata. 

Ancaman paling bahaya Celtic nanti ialah penyerang mereka, Moussa Dembele yang sudah menjaringkan 5 gol dalam 6 perlawanan. Namun muka yang paling menarik di Celtic nanti ialah pemain City yang dipinjamkan ke sana iaitu Patrick Roberts. 

Image result for patrick roberts celtic

Roberts, 19, yang mendapat nama julukan Messi Inggeris tidak mempunyai klausa dalam kontrak pinjaman beliau yang menghalang beliau daripada diturunkan untuk menentang kelab asal beliau. Menarik untuk melihat seorang lagi bintang masa depan City bermain di kejohanan tertinggi Eropah walaupun bermain untuk pasukan lawan.

Ujian Laman Lawan di London

Selepas pulang dari Glasgow, City akan bertandang ke kota London pula untuk mencabar Tottenham Hotspur, perlawanan keempat berturut-turut City di tempat lawan. Kini di Liga Perdana Inggeris hanya tinggal City dan Tottenham menjadi pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah maka barangsiapa yang menang akan menjadi pasukan tunggal memegang gelaran pasukan tidak terkalah. 

Pertemuan pasukan di tangga pertama dan kedua liga ini pasti menjanjikan perlawanan yang menarik. Sekiranya City turun dengan kemenangan ke atas Celtic dan kemudian meraih kemenangan di White Hart Lane, ironisnya the Citizens akan memadam rekod yang dipegang Spurs 11 kemenangan berturutan dari awal musim di kesemua kejohanan untuk pasukan liga utama England.

Image result for de bruyne injury v swansea

Jika City kehilangan De Bruyne, Tottenham pula kehilangan Harry Kane kepada kecederaan. Namun tanpa kehadiran penyerang utama mereka itu Tottenham tetap merupakan pasukan yang kuat dengan pemain-pemain kreatif di bahagian tengah seperti Christian Eriksen dan Erik Lamela. 

City juga perlu berjaga-jaga dengan pemain Korea Selatan, Hon Seung-min yang kini merupakan penjaring terbanyak pasukan. 

Satu lagi kelebihan Tottenham ialah tahap stamina pasukan mereka yang tinggi. Ini mungkin disebabkan purata umur pasukan mereka yang rendah dan remaja. Di dalam skuad utama mereka hanya Michael Vorm seorang sahaja berusia melebihi 30 tahun.

Image result for spurs 4-1 city

Di pertemuan musim lepas, Tottenham memalukan City dengan kemenangan besar 4-1. Kali ini City pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali dan akan menurunkan skuad terkuat mereka. Nolito terpaksa dikeluarkan dari senarai skuad kerana digantung perlawanan. 

Ketiadaan De Bruyne pula tidak boleh diisi oleh Yaya Toure yang kini dipulau oleh Guardiola berikutan kontroversi dengan ejennya, Dimitri Seluk. 

Jadi berkemungkinan besar 5 pemain tengah City nanti ialah Fernandinho, Ilkay Gundogan, David Silva, Raheem Sterling dan Leroy Sane sambil disokong pemain muda Aleix Garcia. 

Antara cabaran Guardiola nanti ialah untuk bermain di padang White Hart Lane dengan kapaisiti 36,000 penonton yang merupakan antara padang terkecil dalam Liga utama Inggeris. 

Image result for white hart lane

Dapatkah Guardiola melaksanakan taktikal beliau, meneruskan langkah kemenangan dan mengukir nama di atas lembaran rekod Manchester City dan Liga Perdana Inggeris? Adakah keretapi laju City akan tersangkut jua perjalanannya yang kini masih belum berhenti sejak awal musim? Sama-sama kita tunggu dan lihat...

Ramalan formasi pemain:


Celtic vs City (Liga Juara-Juara Eropah)

Spurs vs City (Liga Perdana Inggeris)

* Perlawanan menentang Celtic akan berlangsung pada hari Rabu, 28 September, 7.45 malam UK bersamaan pukul 2.45 pagi Khamis, 29 September waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung perlawanan akan ke udara di saluran Astro 811 / 833 HD.

Manakala perlawanan menentang Spurs pula pada hari Ahad, 2 Oktober jam 2:15 petang UK bersamaan pukul 9:15 malam waktu Malaysia. 

Ikuti liputan langsung kedua-dua perlawanan di akaun Twitter Bahasa Melayu/Malaysia kami @ManCityMAS.



Bacaan lanjut:


Sidang media Pep: Saya tak sabar alami suasana di Celtic Park lawan Celtic, baca lanjut di sini.

Previu Fernandinho: Kami perlu berhati-hari bermain di tempat Celtic, klik di pautan ini.

Laporan latihan terbuka: Nolito dapat beraksi semula lawan Celtic, klik di sini.

Berikut senarai skuad City untuk pemilihan menentang Celtic.

Iklan terpampang di bandar Glasgow, kediaman Celtic FC dengan Sergio Aguero menggayakan kit ketiga terbaharu yang akan dipakai semasa perlawanan nanti.

Jumpa anda nanti!

Peraduan dan Kuiz

Hadiah teristimewa dari Agüero

Previu dan Reviu Peminat

Bulan Biru: Cabaran berganda sang Angsa

Raheem Sterling and Jack Cork duel for possession

Selepas mencatat 8 kemenangan dari 8 perlawanan dan memecah rekod 188 tahun kelab, Pep Guardiola berpeluang melanjutkan rekod kepada '10 Sempurna' apabila bertemu lawan sama Swansea di dua kejohanan berbeza secara berturut-turut.

Peraduan dan Kuiz

Cinta City, Sayang Malaysia

Kami berbesar hati mengumumkan pemenang bertuah Peraduan #KeranaMuCity sempena ulang tahun kemerdekaan ke-59 dan Hari Malaysia ke-53.