quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Cabaran Transformasi Guardiola

Kehadiran Pep Guardiola di Stadium Etihad pada musim panas tiga bulan lalu bagai menatang minyak yang penuh turut dicemburui oleh kelab-kelab pesaing, namun selepas kemarau kemenangan empat perlawanan terakhir, mula timbul persoalan.

Hanya dalam masa yang singkat, Pep telah membuktikan memberi 'impak segera' terhadap City dengan corak permainan yang amat berlainan berbanding musim-musim sebelumnya dengan segala eksperimen taktikal dan strategi hasil dari falsafah bola sepak moden.

Image result for pep city welcome

Dengan kemenangan 10 perlawanan berturut-turut dari awal musim, ia sedikit sebanyak telah mendiamkan mereka yang pada mulanya berpandangan sinis meragui kemampuan Pep dapat mencipta kejayaan di Liga Perdana Inggeris yang berintensiti tinggi. Ia ditambah jadual perlawanan yang padat termasuk tiada rehat di musim perayaan Krismas dan Tahun Baru, berbanding di medannya sebelum ini di La Liga dan Bundesliga.

Segala pujian melambung dengan 'efek Pep' berjaya memacu laju 'keretapi' City yang tanpa henti dari destinasi awal bertukar nada setelah akhirnya terkandas jua di White Hart Lane apabila tumpas 2-0 kepada Spurs bimbingan seteru lama di La Liga, Mauricio Pochettino.

Image result for pep pochettino

Ia diikuti siri kejar-mengejar di Celtic Park untuk membawa pulang sekadar satu mata selepas seri 3-3, kemudian turut berkongsi mata seri 1-1 di tempat sendiri menentang Everton. Kembalinya Pep ke kediaman lamanya, Nou Camp, Rabu lalu pula telah dimalukan oleh bekas anak-anak buahnya sendiri dengan kekalahan jaringan terbesar City, 0-4 di pentas Eropah.

Kesempatan tersebut telah digunakan oleh sebahagian media dan pengulas sukan untuk mengkritik taktikal dan strategi Pep, malah ada yang berani mengatakan pengurus City tersebut seakan 'hilang punca' dalam mencari formula terbaik untuk mengulangi kejayaan sama yang telah dilakukannya semasa di Sepanyol dan Jerman.

Tidak dinafikan 'igauan' Nou Camp masih segar di ingatan para penyokong City. Masakan tidak, setiap corong media sosial membahaskan percaturan Pep Guardiola yang mungkin telah tersilap langkah di dalam melancarkan strategi taktikal ke atas bekas pasukan bimbingan beliau.

Image result for pep barcelona 4-0 man city

Sejak barisan kesebelasan utama City diumumkan sejam sebelum perlawanan lagi, para peminat bolasepak sudah mula berasa curiga akan keputusan Pep untuk merehatkan Sergio Aguero dan bermain dengan barisan serangan yang luar biasa. Tetapi pilihan Pep mula memberi gambaran yang positif pada 15 minit pertama perlawanan, di mana posesi bola dan pergerakan kedua pasukan dilihat lebih seimbang. 

Situasi ini dapat dilihat melalui rentak permainan City yang terus berani ke hadapan walaupun telah membolosi gol pertama seawal minit ke-17. Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa keputusan akhir di Nou Camp akan lebih sekata jika tidak kerana kad merah yang telah dilayangkan kepada Claudio Bravo pada minit ke-53. 

Image result for bravo barcelona 4-0 man city

Walaupun hanya bermain dengan 10 orang, City tidak pernah mengalah namun terus memberi tekanan kepada Barcelona sehinggakan Jeremy Mathieu dilayangkan kad merah pada minit ke-73. Ini membuktikan keutuhan Pep terhadap strategi beliau untuk mencorakkan permainan dari bahagian bawah secara konsisten sepanjang perlawanan.

Jika dibandingkan dengan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini, City tampak lebih dominan di gelanggang sendiri menentang Borussia Monchengladbach, dan lebih berhati-hati di tempat lawan apabila menentang Celtic. Namun begitu, keyakinan City di Stadium Etihad tampak lebih menyerlah dengan keyakinan para pemain untuk melancarkan gerakan yang lebih kemas berbanding di tempat lawan di mana faktor tekanan adalah lebih intensif.

Image result for city 4-0 monchengladbach

Sebagai rumusan, kesilapan individu boleh dikira sebagai musuh utama City di dalam menggapai keputusan lebih memberansangkan sejak beberapa minggu yang lepas. Meskipun tumbang di Nou Camp untuk kekalahan keempat berturutan di kesemua kejohanan, City masih unggul di takhta Liga Perdana Inggeris dan berada di kedudukan yang selesa untuk ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan pertama beliau, Pep pernah menyatakan bagaimana satu kekalahan boleh menjadi pengajaran yang penting buat City di dalam membina karekter dan daya saing bagi musim yang masih jauh lagi perjalanannya ini. Malang sekali, ternyata mulutnya 'masin' dan kenyataan tersebut bagaikan menjadi sumpahan dan memakan diri apabila tertempias pada prestasi City yang merudum pada ketika ini.

Image result for pep guardiola manchester city

Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Pep kerana terus mencerminkan keyakinan beliau di atas kebolehan para pemain. Bayangan keyakinan seperti ini amat penting di dalam membina moral dan motivasi para pemain bagi perlawanan-perlawanan seterusnya. City terus berdepan cabaran sukar menentang Southampton di gelanggang sendiri pada hari Ahad ini, dan transformasi yang diperlukan untuk mengubah prestasi City menjadikan perlawanan ini amat penting dan ‘mesti menang’. 

Rata-rata para penyokong City boleh dikatakan setuju dengan kebolehan City di bahagian hadapan, dan kerapuhan barisan pertahanan yang perlu banyak diperbaiki. Keputusan 3-3 di Celtic Park tiga minggu lepas merupakan contoh yang paling ketara akan jurang yang perlu diredahi City sekiranya ingin terus mara di perlawanan domestik dan juga Eropah.

Image result for pep guardiola manchester city v united

Perubahan ketara dari segi keputusan amat diperlukan, tetapi adakah keperluan ini bakal memaksa Pep untuk menjalankan transformasi menyeluruh ke atas skuad beliau? 

Melalui para pemain senior dan juga graduan Akademi City, pelbagai jenis kebolehan boleh dieksploitasi Pep tetapi sebarang hasil positif dari usaha tersebut bergantung kepada kemahuan beliau untuk bermain dengan lebih fleksibel dan mengikut keperluan keadaan.

Sebagaimana yang telah dikatakan Pep, tempoh tiga bulan adalah terlalu singkat untuk menilai hasil sebenar seorang pengurus baharu ke atas pasukan yang dikendalikannya. Apatah lagi dalam liga yang berbeza berbanding liga-liga yang pernah menjadi 'makmal' siri eksperimen beliau sebelumnya.  Jangka masa tersebut boleh dianggap hanyalah sebagai 'tempoh perkenalan'. 

Walau apa pun cubaan eksperimentasi dan transformasi Pep dilakukan ke atas City, majoriti penyokong tegar City tetap berdiri teguh di belakang pengurus yang diidamkan ramai penyokong kelab lain dan mereka percaya lambat laun ia akan membuahkan hasil yang diharapkan. 

Suatu hari nanti ramai pihak yang 'galak ' mengkritik akhirnya akan menutup jua mulut mereka serta terpaksa akur memperakui akhirnya betapa bertuahnya City dengan adanya Guardiola!

* Perlawanan menentang Southampton akan berlangsung pada hari Ahad, 23 Oktober, jam 1.30 petang waktu bersamaan pukul 8.30 malam waktu tempatan Malaysia. Ikuti liputan langsung perlawanan nanti di akaun Twitter Bahasa Melayu/Malaysia kami di @ManCityMAS.

Bacaan lanjut:

Untuk mengetahui tentang laporan terkini kecederaan pemain untuk melawan Southampton, ulasan kekalahan kepada Barcelona serta penjelasan Pep tentang Vincent Kompany dan Sergio Aguero baca di pautan ini.

Saksikan video seleksi lima pertemuan lalu terbaik City menentang Southampton dengan klik di sini.

Previu dan Reviu Peminat

Pep bagai sirih pulang ke gagang

Pep Guardiola akan kembali ke lamannya, Camp Nou menghadapi bekas pasukan asuhannya dan kelab yang masih terpahat legasinya dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini.

Previu dan Reviu Peminat

Pertemuan semula rakan seperguruan

pep koeman

Kunjungan Everton ke Stadium Etihad Sabtu ini akan mempertemukan kembali anak didik Johan Cruyff dan dua bekas pemain dari 'Pasukan Impian' Barcelona.

Berita Kelab Peminat

Gelombang Manchester biru di Malaysia

Pada 10 September lalu telah berlangsung derbi Manchester ke-172 di mana kemenangan telah berpihak kepada Manchester biru 2-1 di Old Trafford yang kejayaannya turut diraikan oleh para penyokong City di tanahair.