quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Mengharap berakhirnya kemarau di Musim Luruh

Image missing

Image missing

City akan berkunjung ke Stadium Hawthorns petang Sabtu mencari jawapan kepada seribu satu persoalan tentang prestasi pasukan yang ibarat daun-daun kering yang gugur di Musim Luruh di England kini.

Tidak banyak yang mampu diperkatakan oleh para penyokong City semenjak beberapa minggu ini. Kemarau kemenangan yang melanda sejak tanggal 28 September lalu setelah seri 3-3 di Glasgow terus menghantui City apabila satu demi satu perlawanan gagal memberi tiga mata penuh. 

Terkini, kekalahan 0-1 di Old Trafford telah menyingkirkan City dari saingan Piala Liga seterusnya membawa kepada enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan buat anak-anak buah Pep Guardiola.

Pelbagai soalan telah dilemparkan tentang prestasi yang mencurigakan ini, setelah City bermula dengan begitu baik sekali di awal musim dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan pertama. 

Image result for spurs 2-0 city 2016

Selain daripada kecuaian individu, kekuatan mental para pemain juga telah dipersoalkan apabila saingan pelbagai kejohanan yang sedang berlangsung serentak mula memberi tekanan kepada skuad bimbingan Guardiola ini.

Di balik jalan cerita inilah perjalanan musim 2016/17 ini bakal bersambung semula apabila City akan bertandang di Stadium Hawthorns, sejam perjalanan ke arah selatan Manchester. 

Image result for the hawthorns west brom 2016

Walaupun City kini gah di takhta liga dan West Bromwich Albion (WBA) tersangkut di tangga ke-13, tiada pasukan yang boleh diambil ringan pada musim yang mencabar ini, lebih-lebih lagi sekiranya pasukan tersebut dilatih oleh pengurus Tony Pulis.

Sejarah Tony Pulis bersama City membawa ke tahun 1999 apabila pasukan beliau, Gillingham ditakdirkan bertemu City di Stadium Wembley untuk perlawanan penentuan atau pun ‘play-off’ Divisyen Dua. 

Image result for tony pulis gillingham v man city

Dengan hanya beberapa minit waktu perlawanan tinggal dan Gillingham mendahului 2-0, City dengan tidak disangka-sangka menyamai kedudukan menjadi 2-2 di waktu tambahan, sebelum memenangi sepakan penalti untuk mara ke Divisyen Satu pada musim seterusnya. 

Saat manis buat para penyokong City ini sudah tentu menjadi detik hitam yang terus diingati oleh para pemain, pegawai, dan penyokong Gillingham, termasuk Tony Pulis sendiri.

Image result for gillingham v man city

Kunjungan City ke West Midlands kali ini sudah tentu membawa makna yang lebih besar, dengan harapan yang menggunung untuk membawa pulang tiga mata penuh setelah agak sekian lama. 

Sehingga kini, 20 perlawanan liga telah berlangsung di antara kedua-dua pasukan dengan City merekodkan 13 kemenangan manakalan WBA mencatat empat kemenangan, termasuk tiga keputusan seri. 

Image result for tony pulis west brom players 2016

Di atas kertas, rekod City nampak lebih cantik setelah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut apabila menentang WBA di saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagi Musim 2016/17, setelah sembilan perlawanan, City kekal di takhta liga menerusi perbezaan gol dengan Arsenal dan Liverpool. Enam kemenangan telah direkodkan City termasuk dua kali seri dan satu kekalahan di tangan Tottenham Hotspur. 

Bagi WBA, hanya dua kemenangan telah direkodkan selain empat kali seri dan tiga kekalahan. Jelas dilihat akan kebolehan WBA untuk mengikat pasukan lawan dengan keputusan seri, salah satu daripada situasi yang amat tidak diingini oleh City. Kekalahan sudah pasti membawa 'Tragedi Oktober' yang tidak sanggup dilalui oleh the Citizens.

Image result for kompany city v southampton 2016/17

Setelah direhatkan pada perlawanan Piala Liga di Old Trafford di pertengahan minggu, para penyokong sudah tentu menanti barisan terkuat City untuk diturunkan di perlawanan kali ini. 

Antara pemain yang telah direhatkan dan berkemungkinan akan diturunkan di awal perlawanan ini termasuk Fernandinho, David Silva, Raheem Sterling, Ilkay Gundogan, dan Sergio Aguero. 

Image result for pep and kompany training

Semasa sidang media Pep telah menegaskan tiada masalah dengan Vincent Kompany dan sebab beliau mengundur diri di babak kedua menentang Man United hari Rabu lalu adalah disebabkan faktor kepenatan. Kapten City tersebut dalam senarai pemilihan skuad menentang the Baggies.

Namun nasib tiga lagi pemain City yang masih cedera, Kevin De Bruyne, Pablo Zabaleta dan Bacary Sagna masih menunggu ujian kecergasan dari pemulihan.

Image result for Nacer Chadli Hal Robson-Kanu Saido Berahino west brom

Bagi pihak lawan, kelebihan fizikal sudah tentu menjadi kelebihan, lebih-lebih lagi apabila bola berada di atas angin. Tiga pemain yang paling berbahaya yang harus dikawal baik oleh barisan pertahanan City adalah dua penyerang handalan West Brom, Nacer Chadli dan Hal Robson-Kanu, serta pemain tengah Saido Berahino.

Strategi Pulis sudah diketahui ramai dan walaupun tidak sedap mata memandang, taktik beliau boleh dikatakan efektif dalam melemahkan semangat pihak lawan.

Permainan ‘high-ball’ atau bola lambung Tony boleh dikatakan amat bertentangan dengan caya permainan posesi yang begitu dipercayai oleh Pep Guardiola. Oleh yang demikian, pertembungan kedua-dua pendekatan yang amat berlainan ini sudah tentu menyajikan perlawanan yang menarik bagi para penonton nanti.

Image result for pep players city

Kemenangan ke atas WBA amat diperlukan City bagi membangkitkan semula semangat yang mungkin telah pudar akibat kekangan gol yang begitu dikempuni oleh para penyokong City. 

Segala persoalan yang bermain di mulut para peminat bola sepak harus dijawab dengan seberapa segera, dan tiada istilah biar lambat asalkan selamat kerana pohon-pohon yang keguguran daun di Musim Luruh kini tetap perlu dibaja dan dijaga rapi untuk meredah musim sejuk yang panjang sekiranya City ingin mengutip dan menuai hasil yang diinginkan di akhir Musim Bunga, penghujung musim 2016/17 nanti.


* Perlawanan akan berlangsung pada hari Sabtu, 29 Oktober jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 811/ 833 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Akhir kata, kami di Manchester City ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat anda yang menaymbutnya dan selamat beristirahat buat anda semua!



Bacaan lanjut:

Sidang media Pep Guardiola yang telah menafikan desas-desus krisis di bilik persalinan pakaian dan tentang Vincent Kompany. Baca selanjutnya di pautan ini.

Lihat galeri latihan para pemain City dalam persiapan menentang West Brom di sini.