quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Pep bagai sirih pulang ke gagang

Pep Guardiola akan kembali ke lamannya, Camp Nou menghadapi bekas pasukan asuhannya dan kelab yang masih terpahat legasinya dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini.

Manchester City mempersembahkan antara permainan paling mendominasi mereka semasa melayan kunjungan Everton Sabtu lalu tapi sayang sekali mereka gagal meraih 3 mata penuh apabila terpaksa berkongsi mata dengan the Toffees.

Image result for manchester city 1-1 everton 2016

Dengan itu kini City meneruskan kemarau kemenangan kepada 3 perlawanan berturut-turut selepas menang 10 perlawanan berturut-turut sebelumnya. Keputusan menentang Everton memang sedikit mengecewakan namun gaya permainan City yang positif dan meyakinkan memberi sedikit harapan untuk dijadikan bekal dalam lawatan ke Camp Nou.

Ibarat sirih pulang ke gagang Pep Guardiola akan bertandang ke laman lamanya, Barcelona kali ini mewakili pasukan Liga Perdana Inggeris selepas melakukannya sebagai pelawat ketika mengendalikan Bayern Munich.

Perlawanan ini adalah kali ke-5 City akan bertemu Barcelona dalam perlawanan kompetitif. City tewas dalam kesemua 4 pertemuan sebelum ini kesemuanya di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Namun City memenangi kedua-dua perlawanan persahabatan iaitu di Camp Nou tahun 2009 merebut Trofi Joan Gamper dengan kemenangan 1-0 dan di Manchester dalam kemenangan 2-1 pada 10 Ogos 2003 semasa pembukaan rasmi Stadium City of Manchester (sebelum ditukar nama kepada Stadium Etihad).

Image result for barcelona vs city 2009

Ini juga merupakan kali ketiga Guardiola akan berdepan dengan bekas kelab beliau selepas bertemu ketika membimbingi Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan 1 menang satu 1 kalah.

Selain Guardiola, muka-muka tidak asing lain yang akan menjejakkan kaki kembali ke Camp Nou ialah Nolito dan Claudio Bravo yang kedua-duanya pernah beraksi untuk kelab gergasi Catalan tersebut. Namun seorang lagi pemain City, Yaya Toure yang juga bekas pemain Barcelona telah tidak disenaraikan Pep dalam skuad Liga Juara-Juara kali ini.

Image result for bravo barca

Manakala di pihak Barcelona bekas pemain akademi City , Denis Suarez (2011-13) akan menyambut kehadiran Sergio Aguero dan rakan-rakan dengan 7 penampilan untuk Barca musim ini di La Liga selepas kembali semula ke Camp Nou setelah bermain selama semusim bersama Villareal.

Buat masa ini, City menghuni tangga kedua di dalam kumpulan C. Kekalahan di Camp Nou boleh membuka peluang kepada Celtic untuk mengumpul mata menyamai City dan seandainya City tewas lagi dalam perlawanan di Stadium Etihad maka berkemungkinan City akan jatuh ke tangga ketiga kumpulan. 

Image result for celtic v city

Bila dihitung kebarangkalian kedudukan City jika kalah kedua-dua perlawanan menentang Barcelona, dalam senario terburuk Celtic atau Borussia Monchengladbach boleh meloncat mengatasi City bergantung kepada siapa yang berjaya mengumpul 6 mata. 

Dalam senario yang lebih positif City masih boleh menduduki tangga kedua walaupun hanya mengumpul 4 mata jika:

a-Celtic menang 1 perlawanan, tewas 1 perlawanan dan City memiliki perbezaan gol yang lebih baik.

b-Celtic seri kedua-dua perlawanan mereka.

Apapun City perlu berdepan Barcelona dengan pemikiran yang optimis. Mereka kini diteraju oleh pengurus terbaik di dunia dan kualiti skuad mereka boleh sahaja menandingi skuad bimbingan Luis Enrique. 

Image result for pep guardiola and luis enrique

Pep dan Enrique merupakan rakan sepasukan ketika beraksi untuk Barcelona selama lima tahun bersama (1996-2001) ketika Barcelona membangunkan 'Pasukan Impian' dan sempat diasuh oleh pengurus tersohor, mendiang Johan Cruyff.

Ia akan menjadikan pertemuan ketiga kedua-dua pengurus di mana dua darinya semasa semi final Liga Juara-Juara Eropah 2015 dengan Enrique mencatat rekod lebih baik apabila Barca menang agregat 5-3 menyingkirkan Bayern untuk mara ke final dan menjuarai kejohanan.

Image result for pep guardiola and luis enrique

Kevin De Bruyne, Sergio Aguero dan Raheem Sterling semuanya cergas sepenuhnya untuk diturunkan. Nolito pula kini di tahap prestasi paling tinggi terlibat dengan gol-gol di peringkat antarabangsa dan kelab. Hanya Bacary Sagna dan Fabian Delph yang masih direhatkan akibat kecederaan.

Tapi mungkin berita terbaik untuk skuad City ialah kembalinya kelibat kapten berkarisma, Vincent Kompany yang membuat kemunculan semasa menentang Everton. Perlu diakui di sebalik kehebatan teknikal dan taktikal pasukan City seperti ada kekurangan dalam persembahan mereka. Kekurangan itu ialah elemen kepimpinan daripada seorang kapten dan kehadiran Kompany pastinya akan menaikkan semangat setiap pemain City di atas padang.

Image result for kompany 2016/17

Persoalannnya adakah Kompany sudah cukup bersedia untuk bermula di kesebelasan utama? Semasa mengumumkan senarai pemain menentang Everton semua pihak terkejut dengan pilihan Guardiola untuk bermain dengan hanya 3 pertahanan.

Ini sebahagiannya dipandu oleh faktor ketiadaan Bacary Sagna, prestasi tidak memberansangkan Pablo Zabaleta dan rancangan Guardiola untuk menguasai bola di bahagian tengah. Adakah Guardiola cukup berani mengulangi pendekatan serupa berhadapan rangkaian trio paling berbisa di Eropah; Luis Suarez, Neymar dan Messi? Membiarkan pertahanan City berdepan situasi 3 lawan 3 adalah satu rancangan yang sangat berisiko.

Image result for suarez neymar messi

Jadi rasanya bagi diri penulis kali ini Guardiola akan memlih formasi yang lebih beliau selesa. Jika Zabaleta kurang meyakinkan Guardiola boleh sahaja mengalihkan John Stones ke posisi bek kanan dan meletakkan Nicolas Otamendi bergandingan bersama Kompany di pertahanan tengah. 

Gael Clichy mungkin akan dipilih mendahului Aleksandar Kolarov kerana memiliki kualiti bertahan yang lebih baik. Trio trifecta sempurna David Silva, Kevin De Bruyne dan Fernandinho akan mengisi ruang tengah sentral dan jentera serangan City akan dikepalai trio mereka yang tersendiri iaitu Nolito, Sergio Aguero dan Raheem Sterling.

Image result for aguero sterling nolito

Skuad Barcelona yang menanti kunjungan City kini sedang berada di dalam keadaan terbaik mereka. Kesemua pemain bintang mereka bersedia untuk dimainkan. Hanya satu keraguan yang mengganggu persediaan Luis Enrique iaitu kecergasan Javier Mascherano. Manakala bekas pemain akademi City, Denis Suarez mungkin tidak akan dimulakan untuk bertemu bekas kelabnya itu dan memberi laluan kepada pemain senior yang lain.

Selepas permulaan hebat 10 kemenangan berturut-turut, City kini dilanda kemarau kemenangan di dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Ini ditambah pula dengan kemarau 4 kekalahan dalam 4 perlawanan menentang Barcelona. 

Image result for pep guardiola city

Adakah kali ini kemarau City akan berakhir atau akan terus berpanjangan? Sama-sama kita nantikan dan sama-sama kita memberi sokongan kepada City.

Ramalan keputusan Bulan Biru: 1-1 . Berikut jangkaan formasi skuad City menentang Barcelona di perlawanan pertama di Camp Nou pada 19 Oktober sebelum menerima kunjungan balas dua minggu kemudian pada 1 November di Stadium Etihad.

Perlawanan akan berlangsung pada hari Rabu, 19 Oktober jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Ikuti liputan langsung perlawanan nanti di akaun Twitter Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berikut video khas dari ahli-ahli Kumpulan Penyokong Manchester City Malaysia (MCM) sempena dua pertemuan berturut-turut dengan Barcelona...

Bacaan lanjut: 

Sidang media Pep Guardiola sebaik sahaja tiba di Camp Nou tentang berita pasukan dan strategi persiapan, baca di sini.

Laporan latihan terbuka di CFA menjelang City lawan Barcelona di Camp Nou, klik di sini.

Senarai penuh pemain untuk pemilihan skuad lawan Barcelona, klik di sini.

Galeri Latihan Terbuka skuad sebelum terbang ke Barcelona. Lihat di pautan ini.

Previu dan Reviu Peminat

Pertemuan semula rakan seperguruan

pep koeman

Kunjungan Everton ke Stadium Etihad Sabtu ini akan mempertemukan kembali anak didik Johan Cruyff dan dua bekas pemain dari 'Pasukan Impian' Barcelona.

Berita Kelab Peminat

Gelombang Manchester biru di Malaysia

Pada 10 September lalu telah berlangsung derbi Manchester ke-172 di mana kemenangan telah berpihak kepada Manchester biru 2-1 di Old Trafford yang kejayaannya turut diraikan oleh para penyokong City di tanahair.

Previu dan Reviu Peminat

Siapa akan dapat hentikan keretapi laju City?

Manchester City yang dipacu Pep Guardiola meneruskan larian kemenangan mereka musim ini dengan '10 Sempurna’ selepas kemenangan berganda ke atas Swansea minggu lalu. Kini dua perlawanan menanti, menentang Celtic dan Tottenham Hotspur untuk sasaran rekod seterusnya.