quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Piala Liga medan derbi Manchester ke-173

Belum sempat Manchester City menerima kunjungan balas Manchester United Februari depan, kedua-dua pasukan dipertemukan sekali lagi lebih awal dan kali ini di EFL Cup.

The Citizens akan berkunjung sekali lagi ke Old Trafford selepas Pep Guardiola memenangi derbi Manchester pertamanya 10 September lalu 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris dan telah diundi bertemu dengan the Reds bimbingan Jose Mourinho untuk merebut tempat ke suku akhir Piala Liga 2016/17.

Image result for efl cup

Tekanan mulai terkumpul ke atas 2 pengurus terhebat di England tersebut dengan kedua-dua pasukan Manchester, City dan United sedang menghadapi masalah rentetan keputusan yang tidak memuaskan. 

Image result for derby manchester fans

City dan United masing-masing gagal memenangi 3 perlawanan liga terakhir mereka dengan hasil yang sama (2 seri, 1 kalah). 

Dimalukan bekas kelab

Ironisnya kedua-dua pengurus telah dimalukan oleh bekas kelab masing-masing sekembali ke laman lama mereka dengan jaringan yang sama.

Image result for pep jose united v city

City di bawah bimbingan Pep terpaksa akur kepada kelebihan pemain yang dimiliki Barcelona apabila bermain dengan 10 orang dan tewas 0-4 dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di Camp Nou. 

Sementara United pula yang dikendalikan Mourinho dimalukan oleh Chelsea di Stamford Bridge seawal minit pertama sehingga ke wisel penamat dan juga menamatkan perlawanan dengan keputusan 0-4.

Image result for jose chelsea 4-0 united

Maka perkara terakhir yang mahu dilakukan oleh Guardiola dan Mourinho kini ialah melihat pasukan mereka turut kalah di pentas derbi Manchester untuk Piala Liga Rabu ini, tapi mungkin tekanan dilihat lebih banyak dirasai oleh Guardiola berbanding rakan sejawatnya. 

Bukan sahaja maruah tempatan Manchester dan gelaran pemegang juara bertahan Piala Liga menjadi taruhan, malah 5 perlawanan tanpa kemenangan sudah menyamai rekod terburuk dalam karier Guardiola sebagai pengurus. 

Image result for pep barca 4-0 city

Kali terakhir Guardiola gagal memenangi 5 perlawanan berturutan ialah 7 tahun lepas semasa di Barcelona dan ia bukanlah satu rekod mahu dipecahkan oleh beliau.

Tidak hairanlah mengapa Guardiola menghabiskan masa begitu lama bersama pemain beliau selepas tamat perlawanan menentang Southampton Ahad lalu. Begitu banyak aspek permainan City yang perlu diperbaiki untuk bangkit dari kemarau kemenangan. 

Belajar dari Kesilapan

Lima perlawanan terakhir tanpa kemenangan oleh City kebanyakannya berpunca dari kesilapan individu, baik bahagian serangan, pertahanan dan penjaga gawang. Kesilapan demi kesilapan dilakukan pemain City yang membuat mereka dihukum oleh pasukan lawan.

Image result for stones city 1-1 southampton

Kesilapan yang terbaru dilakukan oleh John Stones yang hanya mampu melihat hantaran ke belakang beliau sampai ke kaki Nathan Redmond untuk gol pembuka Southampton. 

Image result for bravo barcelona 4-0 city

Dalam perlawanan menentang Barcelona kesilapan Claudio Bravo memaksa beliau menahan bola dengan tangan di luar kotak penalti lalu dilayangkan kad merah manakala semasa melayan kunjungan Everton pula Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero gagal menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada City.

Image result for aguero penalty 2016 everton

Berbeza sekali dengan pertemuan derbi Manchester pertama Guardiola dan Mourinho di mana kedua-dua pengurus mahu mengekalkan rekod 100% pasukan masing-masing tetapi derbi Manchester kali ini pula mereka mahu mencari keputusan yang akan membetulkan kembali haluan pasukan mereka.

Strategi dan taktikal

Walaupun begitu besar taruhan pertembungan ini, Guardiola dijangka akan membuat beberapa rombakan dalam pemilihan skuad menentang United nanti. 

Faktor yang memandu rombakan ini ialah jadual padat City yang akan menghadapi perlawanan Piala Liga dan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 6 hari sahaja diikuti perlawanan timbal balik menentang Barcelona di Liga Juara-Juara Eropah Rabu hadapan.

Image result for pablo maffeo city 2016

Posisi bek kanan betul-betul merungsingkan Guardiola selepas 2 pemain bek kanan utama City tercedera iaitu Pablo Zabaleta dan Bacary Sagna. Justeru itu, ramai peminat mahukan Pablo Maffeo diberikan peluang untuk beraksi untuk memberi peluang kepada para pemain muda.

Namun Guardiola mungkin akan meneruskan lagi penggunaan strategi 3 pemain pertahanan dan meramaikan pemain di bahagian tengah selepas melihat bagaimana United gagal menangani masalah kekurangan pemain di bahagian itu semasa tewas kepada Chelsea tempohari.

Image result for caballero barca v city

Sarung tangan penjaga gol akan berpindah tangan kepada Willy Caballero sebagai penjaga gol ‘rasmi’ kempen Piala Liga. Sekiranya Vincent Kompany lulus ujian kecergasan, beliau kebarangkaliannya akan digandingkan dengan Nicolas Otamendi sementara John Stones kemungkinan akan direhatkan di bangku simpanan. 

Gael Clichy akan menggantikan tempat Aleksandar Kolarov di bek kiri. Bahagian tengah mungkin akan memperkenalkan Jesus Navas dan Nolito untuk menggantikan Leroy Sane dan Raheem Sterling. 

Image result for kelechi united 1-2 city

Dengan Kevin De Bruyne tidak dapat beraksi kerana cedera dan David Silva mungkin akan direhatkan, ini boleh membuka peluang kepada Guardiola untuk memulakan Kelechi Iheanacho.

Impak Iheanacho besar sekali untuk City apabila menjaringkan gol penyamaan menentang Southampton. Jangan dilupakan Iheanacho telah menjaringkan 1 gol dan membantu 1 gol semasa derbi Manchester yang dimenangi City 2-1. 

Statistik 11 gol daripada 17 percubaan dalam kempen liga semenjak kemunculan debut beliau membuktikan betapa tajamnya Iheanacho bila diberikan peluang.

Manchester biru atau merah?

Perlawanan ini akan menjadi derbi Manchester yang ketujuh dalam kempen Piala Liga sejak kejohanan ini dimulakan pada tahun 1960. Rekod silam menunjukkan keputusan berpihak kepada City sebanyak 3 kali, 2 dimenangi United dan 1 perlawanan berakhir seri. 

Derbi Manchester sering sahaja menjanjikan drama cuma temanya sahaja berbeza. Tema apakah yang menanti City? Sedih atau gembira? 

Image result for city celebrate united 1-2 city derby 2016

Manchester telah diwarnai biru oleh City sejak kemenangan derbi Manchester pertama musim ini dua bulan lalu. Dapatkah the Citizens mengekalkan warna tersebut dalam derbi Manchester kali ke-173 Rabu ini, sekaligus menyingkirkan United dari Piala EFL? 

Ayuh sebagai peminat kita dan pasukan City bangkit bersama-sama!

Ramalan Bulan Biru: United 1 – City 2 

Image result for capital one city 2015

* Perlawanan akan berlangsung hari Rabu, 26 Oktober jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 814 dan seperti biasa ikuti liputan perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Bacaan lanjut:

Sidang media Pep Guardiola tentang laporan kecederaan pemain termasuk ulasan tentang Sergio Aguero, baca di sini.

Image result for pep aguero

Galeri Latihan persiapan ke Old Trafford, lihat di pautan ini.

LAUGHS: Sergio smiles at somethign during practive

Previu dan Reviu Peminat

Cabaran Transformasi Guardiola

Kehadiran Pep Guardiola di Stadium Etihad pada musim panas tiga bulan lalu bagai menatang minyak yang penuh turut dicemburui oleh kelab-kelab pesaing, namun selepas kemarau kemenangan empat perlawanan terakhir, mula timbul persoalan.

Previu dan Reviu Peminat

Pep bagai sirih pulang ke gagang

Pep Guardiola akan kembali ke lamannya, Camp Nou menghadapi bekas pasukan asuhannya dan kelab yang masih terpahat legasinya dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini.

Previu dan Reviu Peminat

Pertemuan semula rakan seperguruan

pep koeman

Kunjungan Everton ke Stadium Etihad Sabtu ini akan mempertemukan kembali anak didik Johan Cruyff dan dua bekas pemain dari 'Pasukan Impian' Barcelona.