quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Selamat datang Barca, kami sudah bersedia!

Selepas pertemuan pertama dua minggu lalu di Camp Nou, Barcelona akan hadir di Manchester mengetuk pintu Stadium Etihad Selasa ini untuk perlawanan keempat peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Pasukan bimbingan Luis Enrique kini 9 mata di puncak Kumpulan C, sementara Manchester City di tangga kedua dengan 4 mata berbeza satu mata berbanding Borussia Monchengladbach di tempat ketiga (3 mata), dan Celtic hanya mengutip satu mata di tempat keempat.

Image result for west brom 0-4 city

Suasana di kem City kini kembali positif selepas pasukan kendalian Pep Guardiola menamatkan kemarau 6 perlawanan mereka dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas West Bromwich Albion di The Hawthorns. Terima kasih Tony Pulis kerana sering membawa berita gembira buat City semenjak 1998!

Berlainan pula dengan Barcelona yang kini menduduki tangga kedua La Liga, dua mata di belakang pendahulu Real Madrid apabila hanya menang tipis 1-0 kepada pasukan di tangga tercorot, Granada di tempat sendiri Sabtu lalu.

Image result for barcelona 1-0 granada

Kemarau tanpa menang City musim ini mungkin sudah berakhir namun kemarau City menentang Barcelona sebenarnya masih lagi berterusan. Kekalahan 0-4 yang menyambut kepulangan Guardiola ke Camp Nou adalah yang terbesar dalam 5 pertembungan City dengan Barcelona. 

Ironiknya di sebalik kekalahan 0-4 itu ialah persembahan permainan City di Camp Nou pada malam itu adalah yang terbaik menentang pasukan Barcelona. Keputusan Guardiola tidak memulakan Sergio Aguero dan memainkan Kevin De Bruyne di peranan “9 Palsu” telah menyaksikan pasukan City berjaya menandingi penguasaan bola Barcelona dan mengimbangi perlawanan di babak pertama. 

Image result for kevin de bruyne barcelona 4-0 city

Sayang sekali gawang City terbolos juga kerana Fernandinho tergelincir di dalam kotak penalti yang telah memberi peluang mudah kepada Lionel Messi. Namun begitu permainan City begitu meyakinkan sehinggakan peluang untuk mereka menjaringkan gol dan merampas mata di babak kedua dilihat agak cerah sehinggalah kesilapan Claudio Bravo memaksa City bermain dengan 10 pemain. 

Kelebihan dari sudut bilangan pemain, Barcelona terlalu sukar untuk dibendung City lalu gawang mereka terus dibolosi berkali-kali, kurang tiga gol berbanding Celtic yang tumbang 0-7 di Camp Nou di perlawanan pembuka.

Image result for caballero barcelona 4-0 city

Semua pengajaran sudah dipelajari dan kini City bersedia menyambut cabaran Barcelona sekali lagi di laman sendiri. Perhatian kini tertumpu kepada ayam tambatan City, Sergio Aguero. Guardiola awal-awal lagi sudah menyatakan yang Aguero pasti akan diturunkan untuk menentang Barcelona walaupun peranan yang akan dibawa Aguero masih menjadi rahsia. 

Image result for aguero messi barcelona 4-0 city

Untuk menumbangkan gergasi seperti Barcelona, kuasa ledakan Aguero sememangnya amat diperlukan. Guardiola sendiri mengakui tindakan tidak memulakan Aguero di Camp Nou memang membolehkan City mendapat penguasaan bola. Namun ia juga telah melemahkan kuasa penyudah pasukan. Maka para peminat bolehlah bersedia dijamu aksi pertembungan dua sahabat karib senergara, Aguero dan Messi nanti.

Aguero kini hanya 1 gol ketinggalan untuk mencapai jumlah gol ke-150 bersama Manchester City. Dua gol beliau menentang West Brom telah menyaksikan Aguero kini berada di kedudukan ke-6 senarai penjaring gol terbanyak Manchester City, menggantikan tempat yang sebelum ini dihuni penyerang legenda City, Francis Lee.

Image result for aguero west brom 0-4 city

Selain Sergio Aguero dan Willy Caballero yang sudah dipastikan tempat dalam kesebelasan utama, formasi dan senarai pemain lain masih menjadi teka-teki. Di The Hawthorns, Guardiola bertindak meletakkan Fernando di bahagian bek kanan walaupun pemain muda Pablo Maffeo bersedia dimainkan kerana beliau mahu meneutralkan kelebihan ketinggian pemain West Brom. 

Menentang pemain Barcelona yang pantas mungkin pemilihan Fernando sedikit berisiko. Dengan Bacary Sagna dan Pablo Zabaleta masih belum sembuh dari kecederaan, persoalan memeningkan berligar di benak Pep; siapa akan bermain di posisi pertahanan kanan nanti?

Image result for pablo maffeo united v city

Dijangkakan City akan menurunkan barisan mereka yang paling menyerang. Kevin De Bruyne, David Silva, Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling akan membantu Aguero dari bahagian tengah manakala Fernandinho akan mengisi peranan pivot beliau menjadi pasak pasukan dan membantu bahagian pertahanan yang akan dibarisi Nicolas Otamendi, John Stones dan Aleksandar Kolarov.

Inilah masa terbaik untuk City mencapai kemenangan pertama mereka ke atas Barcelona yang akan terbang ke Manchester tanpa beberapa pemain tonggak mereka. Andres Iniesta, Gerard Pique dan Jordi Alba kesemuanya tidak akan terlibat dalam pertembungan kali ini kerana mengalami kecederaan. Jeremy Mathieu juga menyertai senarai kerana digantung perlawanan akibat dilayangkan kad merah di Camp Nou.

Image result for jeremy mathieu red card

Kemenangan City akan mengekalkan kedudukan mereka di tangga kedua kumpulan C, manakala seandainya kalah mereka masih boleh menghuni tempat kedua sekiranya Celtic menang atau seri menentang Borussia Monchengladbach.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini City! Bak kata pujangga, “Untuk setiap perkara semestinya ada kali pertama”

Ramalan Bulan Biru: City 2 – Barca 1 dan berikut jangkaan formasi pemain...

* Perlawanan akan bermula jam 7.45 malam hari Selasa, 1 November waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Rabu, 2 November waktu Malaysia. Siarang langsung di saluran Astro 810/ 831 HD dan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu City @ManCityMAS.



Bacaan lanjut:


Pep Guardiola seru City bermain sempurna untuk menang lawan Barcelona. Baca previu penuh Pep di pautan ini.

Nolito percaya inilah masa terbaik untuk City mengalahkan Barcelona buat pertama kali dalam perlawanan kompetitif. Mengapa? Baca selanjutnya di sini.