quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Meredah Musim Sejuk yang panjang

Snowy Sergio

Snowy Sergio

Saingan bola Inggeris dan Eropah disambung semula selepas rehat antarabangsa terakhir tahun 2016 dengan cabaran jadual perlawanan yang sibuk dan padat menanti dalam kedinginan Musim Sejuk.

Sudah tiga bulan berlalu semenjak berlalu semenjak permulaan musim baharu 2016/17. Manchester City mendapat logo baharu dan juga pengurus baharu. Harapan para peminat begitu meninggi untuk melihat bagaimanakah ‘Kesan Guardiola’ akan mencorak era baharu City.

Image result for pep introduce to city

Semuanya bermula begitu sempurna buat City. Pep Guardiola mendapatkan rasa pertama beliau di Liga Perdana Inggeris (EPL). Kunjungan Sunderland disambut dengan gol awal Sergio Aguero seawal minit ke-4 dan peminat City dihidangkan dengan penguasaan bola yang merupakan ciri utama gaya bola Guardiola. 

Image result for aguero city v sunderland 2016

Hampir sekali  perlawanan pembuka tirai Guardiola dirosakkan oleh Jermaine Defoe tapi mujurlah jaringan sendiri Paddy McNair menceriakan kembali suasana Stadium Etihad.

Keputusan perlawanan sulung Guardiola yang kurang meyakinkan kemudian diikuti dengan 9 gol dalam 2 kemenangan bergaya di tempat lawan, 5-0 menentang Steaua Bucharest dan 4-1 mengatasi angin sejuk Stoke untuk membungkam suara-suara yang sangsi pada kebolehan Guardiola.

City kembali ke Stadium Etihad untuk terus mengorak langkah dengan kemenangan 3-1 ke atas West Ham sebelum Guardiola berdepan ujian besar pertama beliau sebagai pengurus Manchester City.

Old Trafford menjadi medan pertembungan peperangan 2 seteru tempatan dan 2 falsafah berbeza di antara Pep Guardiola dan Jose Mourinho.

Walaupun tanpa kelibat Aguero yang digantung perlawanan pasukan City mempamerkan mereka berada di kelas yang tersendiri dengan mendominasi United.

Image result for united 1-2 city 2016

Persembahan hebat Fernandinho di bahagian tengah menenggelamkan aksi pemain termahal dunia, Paul Pogba manakala Kelechi Iheanacho berjaya menggalas tanggungjawab sebagai ganti Aguero dengan berkesan.

Iheanacho terlibat dalam kedua-dua gol City yang membenam United 2-1 untuk kekal di persada Liga Perdana Inggeris bersama rekod kemenangan 100%.

Kejayaan di Old Trafford mengukuhkan lagi keyakinan para pemain City dan ini dibuktikan dengan dua kemenangan besar 4-0. Dua mangsa kerakusan City waktu itu ialah Borussia Monchengladbach dan Bournemouth.

Image result for city v borussia monchengladbach de bruyne

Aguero yang masih digantung perlawanan di kejohanan Inggeris melepaskan geram dengan mencatatkan hatrik menentang Borussia Monchengladbach yang juga merupakan hatrik kedua beliau musim ini selepas hatrik ke atas Steaua Bucharest.

Kunjungan ke Swansea menjadi permulaan satu lagi cabaran besar buat City dan Guardiola. Empat perlawanan dalam tempoh 2 minggu terpaksa diharung City dan kesemuanya di tempat lawan.

Cabaran berganda di Swansea berjaya diatasi dengan keputusan 2-1 dan 3-1 dicapai City walaupun aksi mereka tidak begitu meyakinkan.

Image result for swansea vs man 2016

Dua kemenangan di Swansea itu membawa rekod kemenangan berturutan City kepada 10 perlawanan semenjak permulaan musim. Ianya adalah rekod baru kelab memecahkan rekod berusia 119 tahun yang dicatat pada 1897 dengan 7 kemenangan.

Permulaan 10 kemenangan itu juga menjadikan City hanya kelab Inggeris kedua membuat pencapaian tersebut selepas pasukan Tottenham Hotspur (1960/61).

Sebahagian besar kejayaan City mencatat 'Sepuluh Sempurna' ialah disebabkan oleh transformasi taktikal yang dibawa Guardiola. Konsep 3P mula diserap ke dalam DNA bolasepak City dan terserlah dalam setiap 10 perlawanan yang dimenangi City.

Image result for guardiola sterling

City mendominasi posesi kesemua 10 perlawananan kerana bagi Guardiola selagi bola berada di kaki pemain sendiri maka pihak lawan tidak akan berpeluang mengancam gawang pasukan.

Posesi maksimum dicapai melalui hantaran kerap di antara pemain dan juga permainan menekan secara tinggi. Maka tidak hairanlah City mendahului statistik posesi dan bilangan hantaran dalam perlawanan mereka.

Posisi pemain sangat ditekankan Guardiola. Formasi pasukan hanyalah angka bagi beliau. Apa yang lebih penting ialah bagaimana pemain mencari posisi untuk mengeksploitasi ruang.

Image result for guardiola city dug out

Jadi bukanlah pelik melihat pasukan City sering mengubah formasi dan posisi pemain sepanjang permainan mereka.

Kadang-kala pemain bek sayap dimainkan di bahagian tengah dan pemain tengah pula turun mengisi peranan pemain pertahanan.

‘P’ yang ketiga merujuk kepada ‘Permainan’ di mana Guardiola menekankan permainan menarik, terbuka dan menyerang. Jelas Guardiola mengamalkan falsafah Johan Cruyff yang pernah berkata, “Saya lebih suka menang 5-4 berbanding 1-0”.

Maka bukanlah sesuatu yang pelik andai pasukan Guardiola kurang mencatat gawang bersih.

Image result for bravo city conceded

Permulaan sempurna City membawa mereka begitu hampir di lembaran rekod. Kemenangan di Celtic sepatutnya membawa Guardiola menyamai rekod yang dicatat Manuel Pellegrini dan pasukan Spurs 1960/61. Namun sayang rupa-rupanya ianya adalah permulaan kepada kemarau kemenangan.

Suasana gamat penuh semangat oleh para penyokong tuan rumah di Celtic Park memberi keyakinan luar biasa kepada anak-anak buah Brendan Rodgers. Tiga kali Celtic mendahului City dan tiga kali juga City terpaksa berusaha mengejar dari belakang.

Selesai urusan di kota Glasgow, City bertandang pula ke kota London untuk berdepan Tottenham Hotspur dan City akhirnya merasa kekalahan pertama mereka.

Image result for spurs v man city 2016/17

Bermula dengan gol sendiri Aleksandar Kolarov dalam 10 minit pertama, Spurs kemudian menggandakan jaringan melalui Delle Ali.

Buat pertama kali posesi City tidak melangkau angka 60% dan kelihatan Maurio Pochettino berjaya menandingi Guardiola dari sudut taktikal.

Nasib seperti mula tidak menyebelahi City selepas itu. Dalam perlawanan menentang Everton pihak berkunjung yang terlebih dahulu membuka jaringan walaupun City yang lebih mendominasi.

Image result for claudio bravo city conceded

City melepaskan peluang mengaut 3 mata apabila gagal menyempurnakan 2 sepakan penalti yang diberi. Kunjungan ke Barcelona pula berkesudahan dengan kekalahan besar 4-0 apabila terpaksa bertarung bersama hanya 10 pemain.

Kekecewaan City berterusan apabila sekadar seri 1-1 dengan Southampton di Stadium Etihad. Seperti kes Everton, pihak lawan terlebih dahulu mencetak gol walaupun sebahagian besar perlawanan dikuasai City.

Jadual perlawanan yang padat kemudiannya memaksa Guardiola mengorbankan ramai pemain utama untuk perlawanan derbi Manchester kedua musim ini dalam kejohanan Piala Liga dan City tewas tipis 1-0 untuk  memanjangkan kemarau kemenangan kepada 6 perlawanan menyamai rekod terburuk peribadi Guardiola sebelum ini.

Related image

Mujurlah rekod itu tidak dipecahkan dan City pulang dari The Hawthorns bersama kemenangan bergaya 4-0. Ia kemudian diikuti mungkin kemenangan paling diraikan City setakat ini mengalahkan skuad Barcelona 3-1.

Apa yang menarik tentang kemenangan itu ialah bagaimana Guardiola sanggup melepaskan falsafahnya untuk memegang posesi dan bermain secara lebih langsung.

Sebelum rehat perlawanan antarabangsa ini City menerima kunjungan Middlesbrough dalam usaha mereka mengekalkan kedudukan di persada EPL.

Image result for man city 1-1 boro

Namun buat kali ketiga berturutan City hanya seri 1-1. Kali ini mereka tidak melepaskan gol awal sebaliknya mereka melepaskan peluang demi peluang untuk menamatkan perlawanan sebelum dihukum Boro di masa tambahan.

Begitu tipikal sekali jalan cerita City. Selepas mengharungi 19 perlawanan City mencatatkan 12 kemenangan, 4 seri dan 3 kekalahan. Sekali imbas bukanlah teruk sangat tetapi apa yang menarik ialah corak keputusan itu. City bermula cemerlang sebelum tiba-tiba merudum.

Sepuluh perlawanan pertama dibolot 3 mata kesemuanya sebelum City tiba-tiba hilang punca di 9 perlawanan seterusnya. Hanya 2 kemenangan dicatat bila sepatutnya keputusan lebih baik boleh dicapai lebih-lebih lagi melibatkan perlawanan di laman sendiri.

Image result for west brom 0-4 city

Apa yang perlu diperbaiki ialah City mesti mematikan perlawanan lebih awal dan tidak mensia-siakan peluang yang terhidang terutama sekali daripada gerakan set.

Musim ini City sudah dihadiahkan 78 sepakan penjuru (kedua tertinggi selepas Tottenham Hotspur) namun sayang tidak banyak gol yang dapat dihasilkan daripadanya.

Memang tepat sekali pandangan Pablo Zabaleta selepas perlawanan menentang Middlesbrough dua minggu lalu bahawa City mesti bersifat kejam terhadap lawan mereka jika ingin berjaya dalam kempen musim ini.

Image result for pep guardiola v pardew

City akan meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris selepas rehat antarabangsa terakhir 2016 dengan berkunjung ke Selhurst Park bertemu Crystal Palace bimbingan Alan Pardew, pada petang Sabtu, 19 November.

Dengan kedudukan City tergelincir ke tangga ketiga selepas menghuni di puncak selama 10 minggu, pendahulu Liverpool kini memgambil alih posisi dengan meninggalkan dua mata di hadapan. City kini perlu menang ke atas Palace untuk memastikan dapat terus bersaing sekaligus merampas kembali taktha teratas.

Pep Guardiola telah mengesahkan kesemua pemain kembali dari tugasan antarabangsa dengan baik tanpa sebarang kecederaan dan Bacary Sagna juga telah sembuh sepenuhnya, meninggalkan hanya Fabian Delph yang masih dalam proses pemulihan.

Ia sedikit melegakan buat Pep dalam pemilihan pemain untuk skuad dan melakukan penggiliran dengan City akan mendepani jadual perlawanan yang sibuk dan padat sepanjang baki bulan November sehingga ke awal Tahun Baharu 2017.

Namun apa yang mengujakan kedatangan Tahun Baharu nanti turut mendatangkan pemain yang ditunggu-tunggu, bintang muda Brazil Gabriel Jesus yang diharapkan dapat memperkuatkan lagi bahagian serangan.

Image result for gabriel jesus celebrate

Kedatangan Januari ini dengan Jendela Perpindahan Musim Sejuk, mungkin turut memberi pilihan kepada Pep kembali ke pasaran pemain mencari pilihan untuk mengisi barisan pertahanan? Semoga semangat kental para pemain terus membakar dan membahang untuk meredah kedinginan Musim Sejuk yang panjang..

Image result for etihad stadium snow

*Perlawanan menentang Crystal Palace akan berlangsung hari Sabtu, 19 November jam 3 petang UK bersamaan pukul 11 malam waktu Malaysia. Siaran akan ke udara di saluran Astro 810/ 831 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan nanti di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Blog Peminat

City dulu sering disindiri kini mula disegani

Syerah

Pernah sewaktu tika dahulu, ia seakan lumrah sebagai peminat Manchester City di Malaysia anda akan menjadi bahan sindiran dengan panggilan 'penyokong lalang', namun kini segalanya tinggal kenangan.

Blog Peminat

City mekar di kota Singa

Dari Manchester ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Singapura yang turut menempatkan lokasi cawangan Manchester City untuk operasi komersial wilayah Asia Tenggara.

Previu dan Reviu Peminat

Piala Liga medan derbi Manchester ke-173