quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Dari Eropah kembali ke England

Image missing

Image missing

Revolusi Pep Guardiola terus menyinar tika Barcelona tersungkur di bumi Manchester. Kelab yang sentiasa dipandang kerdil akhirnya berjaya menumbangkan salah satu gergasi Eropah.

Ia malam terindah buat semua penyokong City terutamanya yang mengenali kelab pada tahun-tahun suram 1980an hingga 1990an dengan City turun naik dari antara tangga teratas Divisyen Satu dan menjunam tercorot di musim seterusnya, lalu tersingkir ke Divisyen Dua dan bergelut untuk dipromosi kembali ke liga utama Inggeris.

Sementara bagi yang sempat mengecapi zaman keemasan City pada akhir tahun 1960an ke pertengahan 1970an pula, ketika City disegani bukan sahaja di England malah di Eropah, ia telah membangkitkan semula nostalgia lama semasa di Maine Road.

Image result for manchester city 1970s

Kelab yang ditubuhkan secara rasmi tahun 1894 dan lahir tahun 1880 di pinggir bandar Manchester ini mungkin tidak pernah kedengaran oleh sebilangan besar oleh para penyokong Liga Inggeris di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia dengan kebanyakannya menyokong kelab-kelab yang telah mencipta nama sewaktu mereka mengenal bola sepak.

Namun kini Manchester City kian mengukir nama sebagai salah satu kelab meningkat naik dan sebaris dengan kelab-kelab bola sepak besar dunia dan ia tidak menjadi sesuatu yang asing melihat kelibat sesiapa sahaja memakai jersi City, tak kira di penjuru dunia mana sekalipun.

Image result for Manchester city uefa cup winner's cup 1970

Walaupun City pernah merangkul satu piala Eropah ‘UEFA Cup Winner’s Cup’ musim 1969/70 selepas menewaskan kelab Poland, Gornik Zabrze di final, impian untuk bersaing dengan kelab-kelab utama Eropah sebagaimana sekarang adalah ibarat 'mimpi di siang hari' sewaktu masa dahulu.

Meskipun City sering diperlekeh dan diperleceh dengan sindiran 'tiada sejarah', 'tiada peminat', 'stadium kosong' dan 'di mana City sebelum diambil pemilik kaya saudagar minyak Arab?'. Ia sudah lali dan tidak dipeduli lagi oleh para the Citizens, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!

Image result for manchester is blue

Para peminat bola sepak Eropah dan Liga Inggeris terutama generasi baharu yang taksub dengan kelab masing-masing harus sedar yang City juga punya sejarah tersendiri dan pernah merasai zaman kegemilangannya, dan kini terus melakar sejarah baharu.

City di pentas awal Eropah

Musim 1978/79 merupakan kali terakhir City beraksi di pentas Eropah selepas menduduki tempat kelima Divisyen Satu Inggeris sehinggalah mara ke suku akhir UEFA Cup menyingkirkan juara empat kali kejohanan ketika itu AC Milan.

Ketika itu City disanjung kerana menjadi kelab Inggeris pertama menumbangkan kelab gergasi Itali namun terkandas di suku akhir kepada Borussia Monchengladbach, ironisnya lawan sama Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Image result for manchester city vs Total Network Solutions

Era 1980an dan 1990an merupakan dua dekad kegelapan buat kelab biru Manchester sehinggalah City kembali di pentas Eropah selepas menyepi agak lama hampir 24 tahun dengan dipertemukan kelab dari Wales, Total Network Solutions di kelayakan UEFA Cup.

Ia kemenangan bersejarah di laman baharu City, Stadium City of Manchester yang mula menjadi kediaman rasmi Manchester City tahun 2003. City mara hingga ke pusingan kedua apabila tersingkir kepada kelab Poland, Groclin Dyskobolia.

Kembali bersaing di Eropah

Selang lima tahun kemudian, City kembali semula di kancah Eropah dalam UEFA Cup bertemu kelab dari negara pulau kecil Eropah, Faroe Islands iaitu EB/Streymur di pusingan kelayakan dan melepasi pusingan pertama mengatasi kelab Denmark, FC Midtjylland dan seterusnya kelab Cyprus AC Omania untuk bersaing di peringkat kumpulan.

Pada tahun tersebut City berjaya melepasi peringkat Kumpulan (Schalke 04, Racing de Santander dan PSG), kemudian melepasi pusingan kalah mati menentang FC Copenhagen dan ke 16 akhir menyingkirkan satu lagi kelab Denmark, Aalborg.

Namun nasib tidak menyebelahi City apabila kalah tipis kepada Hamburger SV di suku akhir dengan agregat 3-3, kelebihan gol pasukan Jerman itu dalam kemenangan City 2-1 di Manchester selepas kalah 3-0 di Hamburg.

Image result for manchester city vs SV Hamburger

Selepas penjenamaan semula UEFA Cup tahun 2009 kepada Europa League (Liga Europa), City sekali lagi layak bersaing pada musim 2010/11 selepas menduduki tempat kelima Liga Perdana Inggeris musim sebelumnya.

Selepasi melepasi peringkat kumpulan sebagai juara (Juventus, Red Bull Salzburg dan Lech Poznan) City  berjaya menyingkirkan kelab Greece, Aris Thessaloniki di pusingan kalah mati namun terkandas di 16 akhir di tangan Dynamo Kyiv.

Mula mencabar di Liga Juara-Juara Eropah

City mula bertatih di liga utama elit Eropah yang sebelumnya dikenali sebagai European Cup (Piala Eropah) dengan penjenamaan semula kepada UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) selepas menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris pada musim 2010/11.

City telah diundi dalam ‘Kumpulan Maut’ bersama Bayern Munich, Villareal dan Napoli. Meskipun menang kedua-dua perlawanan ke atas kelab Sepanyol, seri dan kalah kepada Napoli dan menang mengejut 2-0 ke atas Bayern di Manchester, City gagal mara seterusnya setelah menduduki tempat ketiga kumpulan.

Image result for manchester city vs Villarreal

Selepas gagal dalam percubaan pertama liga utama Eropah, City kemudiannya bersaing di Liga Europa dan berjaya menyingkirkan Porto di pusingan 32 akhir sebelum tersingkir kepada Sporting CP di pusingan 16 akhir.

Sementara pada musim 2012/13 pula selaku juara Liga Perdana Inggeris, City gagal melepasi peringkat kumpulan yang turut bersaing bersama Real Madrid meskipun seri 1-1 di Manchester.

Image result for bayern 2-3 man city celebrate

Musim 2013/14 pula City maju setapak berjaya ke pusingan 16 akhir melepasi peringkat kumpulan bersama kelab gergasi Bayern Munich di bawah kendalian Pep Guardiola meskipun menang 3-2 di Allianz Arena selepas berjaya mengejar dari belakang.

Di pusingan 16 akhir, City telah dipertemukan pertama kali dengan Barcelona dalam perlawanan kompetitif namun tewas di kedua-dua perlawanan 0-2 dan 1-2 (agregat 1-4) dan ia ternyata bukanlah pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

Mencipta sejarah di liga utama Eropah

Pada musim 2014/15 selaku penyandang juara Liga Perdana Inggeris, City menjadi naib juara peringkat Kumpulan kepada Bayern Munich walaupun menang 3-2 di Manchester, dan sekali lagi dipertemukan dengan Barcelona di pusingan 16 akhir buat musim kedua berturut-turut.

Image result for city v barcelona 2015

Pada kali ini, City berjaya mengurangkan agregat kalah (1-3) dan Barcelona akhirnya menjuarai kejohanan buat kali ketiga dengan menewaskan Juventus di perlawanan akhir di Berlin.

Sementara pada musim lalu City mencatat pencapaian drastik bukan sahaja menjuarai peringkat Kumpulan, tapi melepasi 16 akhir untuk buat pertama kali bersaing di suku akhir dan mara ke semi final selepas menyingkirkan Paris Saint-Germain.

Image result for real madrid 1-0 city

City turut hanya selangkah mara ke final apabila seri 0-0 di Etihad Stadium dengan juara 11 kali kejohanan, Real Madrid  dan hanya kalah tipis 0-1 di Bernabeu (agregat 0-1). Itupun kerana gol sendiri oleh Fernando dari cubaan hadangan tendangan Gareth Bale!

Pep bawa harapan baharu

Meskipun Pep gagal membawa trofi Liga Juara-Juara Eropah ke pangkuan Bayern Munich selama tiga musim di Allianz Arena, namun rekod cemerlang bersama Barcelona dengan dua trofi kejohanan dan beberapa trofi utama lain memberi sinar baharu kepada City apatah lagi musim lalu tanpa sebarang piala diraih.

Sebagai anak didik Johann Cruyff, Pep Guardiola adalah antara pelopor permainan FC Barcelona yang kita lihat pada hari ini dalam pengalaman falsafah 'Total Football' dan beberapa eksperimen taktikal dan strategi yang menjadi pedoman para pengurus bola yang lain.

Image result for pep johan cruyff

Licik dengan gerakan yang penuh jitu dengan keyakinan, dan kemas di dalam percaturan segala strategi yang telah dirancang. Pendekatan inilah yang telah menjadi asas kepada permainan yang telah diperkembangkan oleh rakan sejawatnya di Camp Nou, Luis Enrique pada hari ini.

Manakan tidak, kedua-dua Enrique dan Guardiola pernah bermain bersama dalam pasukan Barcelona dan juga pasukan kebangsaan Sepanyol suatu ketika dahulu.

Dengan pengalaman yang bermakna di Barcelona, dan kemudiannya Bayern Munich, falsafah yang dibawa oleh Pep Guardiola di dalam revolusi bola sepak beliau terus diperbaiki dan diperhalusi di Manchester City.

Image result for pep city 3-1 barcelona

Dan tanggal 1 November 2016 menjadi saksi keutuhan ‘Revolusi Pep’ di Manchester City yang menjawab segala kesangsian tentang keupayaannya melakukannya di liga yang disifatkan paling mencabar. Luka kekalahan terbesar City di pentas Eropah 4-0 kepada Barcelona seakan ‘tenggelam’ sebagai cerita lama kini.

Kemenangan tersebut juga membuktikan tiada apa yang mustahil sekiranya usaha gigih dan latihan yang efektif dilakukan, lambat laun ia membuahkan hasil.

Misi Takluk Eropah

Semasa sesi media beliau sebelum perlawanan, Pep mengatakan “tiada perlawanan tidak boleh dimenangi”, dan kata-kata tersebut sedikit sebanyak memberi impak dalam membina keyakinan para pemainnya, dan juga para penyokong.

Image result for de bruyne city 3-1 barcelona

Ini boleh dilihat dengan gaya permainan yang penuh berkeyakinan dan bertenaga yang diperagakan para pemain terutama di babak kedua perlawanan. Para penyokong yang seramai 53,000 (2,000 pelawat) memenuhi stadium turut menjadi 'Pemain ke-12' yang tidak henti memberi sokongan sepanjang permainan.

Apa yang diharapkan adalah agar kesungguhan yang telah dipamerkan pada malam tersebut dalam kemenangan 3-1 ke atas Barcelona dapat dicontohi oleh semua pemain di dalam skuad utama, termasuk skuad remaja City sebagai pelapis bagi masa akan datang.

Image result for pablo maffeo city pep

Dengan kedudukan City hanya dua mata di belakang Barcelona sebagai pendahulu Kumpulan C, City masih berpeluang untuk merampas kedudukan tersebut dengan meraih kedua-dua baki perlawanan menentang Borussia Monchengladbach di Jerman dan Celtic di Manchester, serta mengharapkan Barcelona akan keciciran mata.

Sekiranya Roberto Mancini telah membina asas untuk City bersaing di Liga Juara-Juara Eropah, dan Manuel Pellegrini  mengorak langkah seterusnya sehingga mencipta sejarah baharu berjaya membawa City hingga ke semi final, kini ramai menanti sejauh mana pula kesinambungan City di bawah Pep di pentas Eropah.

Image result for pellegrini celebrate city v psg

Sebagaimana yang ditegaskan Pep, usaha untuk mencari adunan sesuai untuk sesebuah kelah baharu memerlukan masa, apatah liga yang berlainan dan amat kompetitif seperti diakuinya. Selepas menang 10 perlawanan berturutan dari awal musim diikuti kemarau kemenangan enam perlawanan, ramai yang cepat 'melatah' termasuk para penyokong baharu City.

Harus diingatkan, Pep hanya tiga bulan berada di England dan City, namun sudah ramai yang tidak sabar cuba menjolok jatuh buah yang belum ranum dan masak, serta mengharapkan hasil yang segera. Beliau telah menegaskan ingin mengulangi apa yang telah dicapai di Barcelona dan pihak kelab memberikannnya masa, namun tidak orang ramai!

Image result for pep city celebrate

Memang benar, City masih mentah di medan Eropah berbanding kelab-kelab besar lain yang bangga dengan ‘sejarah silam’ mereka. Namun kelab yang bercita-cita besar ini kini berada di landasan betul untuk menjadi salah satu kelab ternama Eropah.

Igauan ngeri Boro

Cabaran menanti seterusnya kembali di Liga Perdana Inggeris dengan menerima kunjungan Middlesborough yang City ada sejarah hitamnya tersendiri. Kunjungan ke Stadium Riverside pada 11 Mei 2008 telah mencatat kekalahan terbesar City dalam masa 100 tahun dan terburuk pernah direkodkan mana-mana kelab dalam sejarah era baru Liga Perdana Inggeris.

City telah dibelasah dengan lapan gol berbalas satu, jaringan Elano Blummer tiga minit sebelum wisel penamat setelah City terpaksa bermain dengan 10 pemain hanya selepas 15 minit perlawanan apabila Richard Dunne dikenakan kad merah.

City ketika itu bermain seakan memenuhi syarat jadual perlawanan sebagai memprotes tindakan pemilik kelab ketika itu Thaksin Shinawatra yang mengugut untuk memecat pengurus mereka, Sven-Goran Eriksson.  

Ia akhirnya menjadi kenyataan apabila perlawanan tersebut menjadi yang terakhir dikendalikan pengurus Sweden itu hanya selepas semusim menjadi pengurus City, di sebalik kontrak awal selama tiga tahun.

Image result for middlesbrough 8-1 man city

The Citizens sekali lagi telah dipertemukan dengan Boro di pusingan keempat Piala FA dua musim lalu dan igauan lama menghantui kembali apabila tewas 0-2 di bawah bimbingan Pellegrini.

Sabtu ini, pasukan yang dipromosi kembali ke Liga Perdana Inggeris akan bertandang sekali lagi di Stadium Etihad termasuk dengan kehadiran bekas pemain kegemaran the Citizens, Alvaro Negredo atau lebih dikenali dengan panggilan ‘The Beast’.

Image result for negredo aguero city celebrate

Pasukan kendalian Aitor Karanka yang kini di tangga ke-15 carta liga menyasarkan untuk meneruskan rekod tanpa kalah dua perlawanan berturutan selepas mengikat Arsenal seri di the Emirates dan menang ke atas Bournemouth 3-2 di perlawanan terakhir.

Mereka turut mencatat rekod baik di laman City dengan 3 kemenangan, seri 1 dari 7 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

Rekod pertemuan lalu di kesemua kejohanan pula ia adalah seimbang dengan City menang 47 perlawanan dari 119 pertemuan, begitu juga Boro 47 dan seri 25 perlawanan. Kemenangan terbesar di catat City 80 tahun dahulu iaitu 6-0 tahun 1936 berbanding kemenangan terbesar Boro 8-1 yang masih segar di ingatan tahun 2008.

Image result for man city vs middlesbrough

Selepas 10 perlawanan, kedudukan empat teratas carta Liga Perdana Inggeris begitu rapat dengan City, Arsenal dan Liverpool berkongsi mata yang sama (23) dan hanya dibezakan dengan jumlah gol, sementara Chelsea hanya ditinggalkan satu mata. 

Dengan Liverpool bertemu Watford dan Arsenal melawan Spurs kedua-duanya di laman sendiri pada hari Ahad, kemenangan City ke atas Boro akan mengekalkan City di kedudukan takhta teratas sebelum rehat antarabangsa selama dua minggu, sekaligus memberi tekanan kepada kedua-dua pesaing terdekat City itu nanti.

Sementara itu, Aguero kini memerlukan satu gol lagi untuk mencecah angka 150 gol keseluruhan buat City dan dua gol lagi akan mengatasi semula Diego Costa selaku penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dapatkah City yang masih bersemangat dengan dua kemenangan besar berturut-turut akan meneruskan prestasi sama dan sekali lagi para penyokong City dapat berpesta bunga api pada Malam Bonfire sejurus selepas perlawanan? Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.

*Perlawanan menentang Middlesborough akan berlangsung hari Sabtu, 5 November jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan langsung di akaun Twitter kami @ManCityMAS

Bacaan lanjut:

1-Sidang media Pep Guardiola tentang berita pasukan; kecederaan pemain, isu Yaya Toure dan insiden Messi di terowong pemain. Baca di sini.

2- Previu perlawanan oleh pemain City meningkat naik; Ilkay Gundogan yang bertekad teruskan kecemerlangan lawan Boro. Baca di sini.

3- Tonton video lima pertemuan lalu antara City dan Middlesborough di sini.

4- Tonton video para pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab, City dan Boro di sini.

Jangan lupa undi Pemain Terbaik Etihad bagi bulan Ogos antara Gundogan, Otamendi dan Sterling. Untuk mengundi klik di sini.