quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

City selangkah lagi ke 16 akhir UCL

Line up

Line up

Borussia Monchengladbach kini berdiri di antara Manchester City dan di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah kali ini.

Satu mata  dibawa pulang dari Borussia-Park menentang 'A German Team' mungkin sudah memadai untuk City mencapai sasaran itu tetapi ia lebih enak sekiranya ia dikecapi dengan kemenangan bergaya sebagaimana pertemuan pertama musim ini di Stadium Etihad.

Musim lepas Manchester City mencatat sejarah menjadi kelab Inggeris pertama berjaya menewaskan lawan sama, Borussia Monchengladbach di tanah Jerman. City bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menang 2-1 menerusi jaringan Nicolas Otamendi dan sepakan penalti di minit akhir Sergio Aguero.

Image result for borussia monchengladbach 1-2 city otamendi

Semenjak kemenangan sulung City ke atas Gladbach itu sudah dua lagi kemenangan dicatatkan oleh the Citizens. Kedua-dua kunjungan Gladbach ke Stadium Etihad disambut dengan 4 gol oleh pasukan City.

Dalam kemenangan 4-0 pada 14 September yang lalu Aguero menjaringkan hatrik yang juga merupakan hatrik kedua beliau dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Jika menang City pasti akan layak ke pusingan seterusnya manakala jika sekadar seri City akan layak andai Celtic tertewas kepada Barcelona.

Ini kerana walaupun jika City kalah kepada Celtic di perlawanan terakhir kumpulan dan Gladbach pula berjaya mengumpul mata sama dengan City, rekod pertemuan di antara kedua pasukan itu lebih memihak kepada City, berdasarkan peraturan UEFA.

Semenjak bermain di dalam Liga Juara-Juara, Gladbach hanya pernah menang satu perlawanan di laman sendiri. Rekod tempat lawan City di dalam kejohanan juga tidak begitu cantik.

Image result for manchester city vs borussia monchengladbach

City gagal memenangi 4 perlawanan Liga JUara-Juara terakhir di tempat lawan mereka. Di peringkat kumpulan musim ini City sudah memboloskan 7 gol di gelanggang lawan; 4 di Camp Nou dan 3 di Celtic Park.

Kajian prestasi semasa pasukan akan mendapati City mempunyai kelebihan dalam menghadapi perlawanan ini.  

Selepas menamatkan kemarau 6 perlawanan City kini mula memperbaiki rekod keputusan mereka dengan 3 kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir mereka termasuklah kemenangan besar ke atas Barcelona.

Image result for manchester city 3-1 barcelona

Gladbach pula sebaliknya gagal memenangi 4 perlawanan terakhir mereka. Hujung minggu lalu mereka tewas kepada FC Cologne di laman sendiri.

Gladbach kini kehilangan 6 pemain untuk perlawanan ini, 5 melalui kecederaan dan seorang digantung perlawanan iaitu Julian Korb.

Kem City pula hanya Vincent Kompany yang disahkan Pep Guardiola di sidang media mengalami kecederaan lutut kesan pelanggaran dengan Claudio Bravo semasa kemenangan ke atas Crystal Palace Sabtu lalu, dan sekali lagi tidak dapat bermain untuk beberapa minggu.

Image result for kompany injury palace

Sementara Fabian Delph dan Pablo Zabaleta masih belum cukup sepenuhnya untuk perlawanan kali ini, manakala Yaya Toure tidak tersenarai dalam skuad untuk saingan peringkat kumpulan kejohanan.

Begitupun skuad yang tersedia untuk Gladbach masih boleh dikira kuat dan Guardiola tidak boleh mensia-siakan peluang untuk layak dari kumpulan seawal mungkin.

John Stones, Ilkay Gundogan dan David Silva tidak bermula ketika berdepan Palace. Ini dipercayai kerana Guardiola mahu menyimpan mereka untuk perlawanan ini.

Claudio Bravo dapat beraksi semula selepas digantung satu permainan apabila dikenakan kad merah semasa di Camp Nou.

Ramalan keputusan: Borussia Monchengladbach 1 – 2 Manchester City, dan berikut jangkaan kesebelasan utama City bakal diturunkan Pep...

*Perlawanan akan berlangsung hari Rabu, 23 November jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 810/ 831 HD dan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter kami @ManCityMAS.

Bacaan lanjut:

Sidang media Pep Guardiola dan Ilkay Gundogan dari Borussia-Park, baca di sini.

Senario bagaimana City dan pasukan lain Kumpulan C dapat layak seterusnya dalam Liga Juara-Juara kali ini, baca di sini.

Galeri latihan pasukan utama sebelum terbang ke Jerman, lihat di sini.

Tonton seleksi gol terbaik dari para pemain City asal Jerman di sini.

Previu dan Reviu Peminat

Meredah Musim Sejuk yang panjang

Snowy Sergio

Saingan bola Inggeris dan Eropah disambung semula selepas rehat antarabangsa terakhir tahun 2016 dengan cabaran jadual perlawanan yang sibuk dan padat menanti dalam kedinginan Musim Sejuk.

Blog Peminat

City dulu sering disindiri kini mula disegani

Syerah

Pernah sewaktu tika dahulu, ia seakan lumrah sebagai peminat Manchester City di Malaysia anda akan menjadi bahan sindiran dengan panggilan 'penyokong lalang', namun kini segalanya tinggal kenangan.

Blog Peminat

City mekar di kota Singa

Dari Manchester ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Singapura yang turut menempatkan lokasi cawangan Manchester City untuk operasi komersial wilayah Asia Tenggara.