quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

City siap gempur the Gunners

Selepas tersungkur dikejar musang Leicester, City berjaya mengelak dari disengat tebuan Watford, kini ancaman bedilan meriam Arsenal menanti pada petang Ahad di Stadium Etihad.

Para peminat Manchester City akhirnya dapat mengukir senyuman semula di Stadium Etihad Rabu lalu. Kemenangan 2-0 ke atas Watford telah menyaksikan City kembali meraih kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri  semenjak kali terakhir merangkulnya pada 17 September lalu apabila mereka membelasah Bournemouth 4-0. 

Image result for manchester city 4-0 bournemouth

Semenjak itu pasukan kendalian Pe Guardiola hanya sekadar seri 1-1 dengan Everton, Southampton dan Middlesbrough sebelum kemudian tertunduk 3-1 kepada Chelsea. Setakat ini pada musim ini, City meraih 4 kemenangan, 3 seri dan 1 kalah dari 8 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris di laman sendiri berbanding 6 kemenangan dan 2 kekalahan di tempat lawan.

Kemenangan ke atas Watford amat penting untuk City membina kembali momentum kebangkitan setelah kekalahan berturutan kepada Chelsea dan Leicester City yang melihat City kini ketinggalan 10 mata di belakang pasukan kendalian Antonio Conte selepas pendahulu liga tersebut mencatat rekod 11 kemenangan berturut-turut pada hari Sabtu dengan mengalahkan Crystal Palace 1-0.

david silva thanks raheem sterling

Tidak dapat tidak, City tidak boleh lagi keciciran mata dengan jadual padat menanti sepanjang baki bulan Disember dan Januari dengan lawan-lawan pencabar utama liga termasuk Liverpool, Everton dan Spurs.

Kemenangan berharga ke atas the Hornets sedikit sebanyak telah mengembalikan semula keyakinan pasukan sebelum menghadapi Arsenal petang Ahad nanti. Pasukan bimbingan Arsene Wenger kini menduduki satu tangga di atas City berbeza hanya 1 mata yang akan bertandang di Manchester dengan misi merawat luka selepas tertewas 2-1 kepada Everton Selasa lalu.

Image result for everton 2-1 arsenal 2016

The Gunners hadir di Stadium Etihad kali ini dengan rekod pertemuan yang lebih memihak kepada kelab London tersebut. City gagal memenangi sebarang pertembungan dengan Arsenal dalam 6 perlawanan terakhir menentang mereka.

Kali terakhir City berjaya menewaskan Arsenal adalah pada 14 Disember 2013 apabila City mengamuk di Stadium Etihad dengan ledakan 6 gol berbalas 3.

Image result for manchester city 6-3 arsenal

Sergio Aguero, Alvaro Negredo, David Silva, Fernandinho dan Yaya Toure mencetak nama masing-masing sebagai penjaring gol pada hari indah tersebut. Namun kali ini tiada lagi kelibat Negredo yang kini menjadi hero Middlesborough, manakala Arsenal bernasib baik kali ini dengan ketiadaan Aguero dan Fernandinho yang masih menjalani hukuman gantung perlawanan.

Ilkay Gundogan juga tidak akan dapat diturunkan untuk perlawanan ini akibat kecederaan lutut serius yang dialami semasa menentang Watford tempoh hari. Ketiadaan 3 tonggak utama ini sedikit sebanyak dapat menggoyah strategi yang mahu dilaksanakan Guardiola terutama di bahagian tengah.

Image result for gundogan injury

Namun, berita baik buat para peminat City ialah rekod pertemuan di antara Pep Guardiola dan Arsene Wenger, pengurus City memegang rekod lebih bagus dengan 4 kemenangan daripada 8 perlawanan serta 2 seri dan 2 kalah.

Perlawanan menentang Chelsea dan Leicester City telah mendedahkan kelemahan City berhadapan pemain-pemain yang pantas. Arsenal terkenal memiliki ramai pemain dengan pergerakan laju dalam skuad mereka termasuk Alexis Sanchez, Mesut Ozil, Theo Walcott, Alex Iwobi dan Hector Bellerin. 

Image result for ozil bellerin iwobi walcott 2016/17

Mampukah barisan pertahanan veteran City menangani ancaman bedilan meriam the Gunners kali ini? Jika kelajuan tidak cukup membimbangkan peminat City, Arsenal juga boleh mengancam pertarungan di udara dengan menggunakan pemain seperti Olivier Giroud menggunakan kekurangan City yang diperakui Pep masih lemah dalam arena ini pada musim ini.

Image result for man city 2-0 watford 2016/17

Guardiola sudahpun menyedari 2 kelemahan ini dan persembahan dalam perlawanan Watford boleh menjadi bukti. Di awal musim pasukan City sering bermain dengan menekan secara tinggi dan agresif namun di kebelakangan ini City kurang menekan lawan yang membolehkan pihak lawan membawa bola masuk ke kawasan sepertiga akhir dan ia dengan mudah mendedahkan barisan pertahanan City kepada bahaya.

Namun apa yang telah diperhatikan, persembahan permainan menentang Watford begitu berbeza sekali. Seluruh pasukan City begitu bersemangat dan bertenaga bergerak aktif sepanjang perlawanan dengan mengejar bola dan menekan pemain lawan. Nolito dilihat turut turun membantu memberi tekanan di bahagian bawah.

Image result for man city 2-0 watford nolito

Bahkan Yaya Toure yang sebelum ini sering dikritik kerana 'malas' bertahan kelihatan begitu bersungguh-sungguh mengejar bola dan lawan dengan keadaan fizikal badannya yang lebih mantap berbanding di awal musim.

Cara permainan menekan secara tinggi ini telah membolehkan City merampas posesi di bahagian tengah sebelum sampai ke kawasan pertahanan dan secara tidak langsung ini meringankan beban ke atas barisan pertahanan. 

Image result for man city 2-0 watford nolito

Melihat kepada persembahan Toure yang turut mendapat pujian dari Pep, kemungkinan pemain Ivory Coast ini akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Fernandinho dan Gundogan untuk posisi pivot.

Dalam pada itu City juga boleh mengambil kesempatan ke atas Arsenal yang kehilangan Skhodan Mustafi yang menjadi tunjang utama pertahanan the Gunners musim ini. Kelechi Iheanacho yang telah direhatkan semasa perlawanan Rabu lalu mungkin akan diturunkan untuk mengepalai jentera serangan bersama Nolito dan Raheem Sterling.

Kelechi Iheanacho

Di barisan pertahanan pula, kemungkinan John Stones akan dimasukkan semula bersama Nicolas Otamendi meskipun bek England tersebut kini sedang dihujani kritikan berkenaan persembahan beliau. Lebih-lebih lagi setelah City ketinggalan 3-0 dalam 20 minit pertama di Leicester hujung minggu lepas termasuk ‘bantuan’ beliau untuk gol hatrik Jamie Vardy. 

Meletakkan Aleksandar Kolarov sebagai pertahanan tengah untuk perlawanan menentang Arsenal adalah agak berisiko, maka kemungkinan pemain pertahanan asal Serbia tersebut akan dikembalikan ke bahagian bek kiri.

Image result for kolarov city 2016/17

Permainan menekan secara tinggi dan intensif adalah kunci jika Pep Guardiola mahu mengecapi kejayaan di musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris yang memang terkenal dengan permainan pantas dan kompetitif. 

Sekiranya ia diteruskan dalam perlawanan bertemu Arsenal dan perlawananan-perlawanan seterusnya maka tidak mustahil City akan menemui semula rentak mereka seperti di awal musim yang begitu berkeyakinan dan sukar digugat lawan.

Berikut adalah ramalan kesebelasan utama dan formasi pemain Manchester City menentang Arsenal nanti...

*Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 18 Disember jam 4 petang waktu UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Kelab Peminat

Dua kota satu warna

Blues London dan Blues Manchester bertembung di Stadium Etihad dalam suasana tegang dan berakhir dengan insiden namun ia tidak mengeruhkan hubungan para penyokong kedua-dua pasukan di tanahair.

Previu dan Reviu Peminat

Misi elak 'mata' dicuri 'musang'

City akan berkunjung ke Stadium King Power petang Sabtu berhadapan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester, dengan sasaran kembali bangkit meraih kemenangan.

Previu dan Reviu Peminat

Perang taktikal: Guardiola vs Conte

Perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-14 musim ini di Stadium Etihad bukan sahaja mempertemukan dua pasukan teratas carta, juga dua pengurus tersohor Pep Guardiola dan Antonio Conte.