quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

City sasar gegarkan Anfield di ambang Tahun Baharu

Image missing

Image missing

Ia seolah-olah di pentas klimaks paling tepat, pertembungan 2 maestro taktikal bolasepak di antara Pep Guardiola dan Jurgen Klopp bakal dinyalakan semula di kemuncak tahun 2016.

Sebelum beradu di Liga Perdana Inggeris, Guardiola dan Klopp pernah berbalas taktikal di Bundesliga. Lapan kali mereka bertemu bersama rekod yang tidak memihak kepada sesiapa. Masing-masing menang 4 kali dan tewas 4 kali.

Image result for guardiola klopp

Kini pasukan kendalian Guardiola dan Klopp sedang berebut tempat kedua liga sambil mahu mengekalkan jarak dengan Chelsea yang sudah pasti tidak tercabar di persada liga melangkah masuk ke tahun baharu 2017. 

Image result for manchester city celebrate v hull 2016/17

Hanya satu mata memisahkan di antara mereka dan kedua pasukan sedang membawa momentum positif menjelang perlawanan besar ini dengan masing-masing melakar 3 kemenangan berturut-turut.

Namun Liverpool memegang rekod yang lebih cantik dalam pertembungan ini. Liverpool sudah memenangi 3 perlawanan liga terakhir menentang City termasuk kemenangan besar 4-1 di Stadium Etihad. Kali terakhir Liverpool mencatat 4 kemenangan liga berturutan ke atas City adalah pada tahun 1981 dahulu.

Image result for liverpool 4-1 man city 2015

City pula walaupun berjaya meranapkan impian Liverpool untuk menjulang piala musim lepas apabila memenangi Piala Liga di penentuan sepakan penalti tidak pernah menewaskan mereka di bumi Anfield semenjak 2003. Lebih sedekad yang lalu Nicolas Anelka menjaringkan 2 gol untuk City menang 2-1.

Peminat City, Liverpool dan juga neutral pasti mengharapkan persembahan menyerang oleh kedua-dua pasukan. Dalam statistik liga, City dan Liverpool memegang jumlah jaringan gol tertinggi dengan masing-masing sudah menghasilkan 39 dan 45 gol.

Image result for coutinho klopp

Menjelang perlawanan ini Liverpool mengharapkan Coutinho cukup cergas untuk berdepan City lebih-lebih lagi beliau kerap menjaringkan gol dalam pertembungan ini. 

Dari bilik rawatan, Liverpool sedang menunggu berita keadaan Joel Matip yang mengalami kecederaan buku lali manakala City pula hanya ketiadaan dua pemain; Vincent Kompany masih direhatkan, sementara Leroy Sane mengalami kecederaan ringan dan belum bersedia untuk beraksi.

Image result for john stones injury v hull

John Stones yang cedera lutut semasa kemenangan ke atas Hull Isnin lalu telah disahkan kembali cergas oleh Pep semasa sidang media hari Jumaat dan boleh diturunkan untuk mengukuhkan barisan pertahanan City yang kecetekan pemain. 

Agak membingungkan juga buat Guardiola dan Klopp yang terpaksa mengharung 2 perlawanan liga dalam tempoh 48 jam. Selepas perlawanan ini Liverpool akan bertandang ke Sunderland manakala City pula menunggu kedatangan Burnley di Stadium Etihad. Maka perancangan skuad perlu dilakukan dengan bijak.

Image result for pep guardiola

Berita paling mengujakan peminat City semestinya ialah kembalinya ayam tambatan Sergio Aguero dari penggantungan perlawanan. Walaupun City berjaya memenangi 3 daripada 4 perlawanan tanpa kelibat Aguero namun agak jelas dalam perlawanan-perlawanan itu City agak tumpul di bahagian serangan. Daripada 9 gol dalam 4 perlawanan hanya 1 gol dijaringkan oleh City dalam separuh masa pertama.

Image result for aguero celebrate 2016/17

Fernandinho sudah pun kembali dari penggantungan perlawanan semenjak Isnin lepas namun dengan jadual perlawanan yang begitu padat mungkin Guardiola akan menggilirkan beliau dan Yaya Toure untuk turun di bahagian tengah. 

Yaya  yang beraksi baik semenjak dimainkan semula oleh Guardiola mungkin akan diturunkan untuk menentang Liverpool sambil Fernandinho akan direhatkan kali ini dan mungkin diturunkan semula bertemu Burnley.

Image result for yaya toure celebrate 2016/17

Beberapa rombakan mungkin terpaksa dilakukan tetapi bahagian serangan dan tengah City dilihat sudah cukup bersedia untuk menghadapi barisan pemain Liverpool. 

Pertarungan Yaya Toure vs Jordan Henderson, David Silva vs Adam Lallana, Raheem Sterling vs Roberto Firmino, Leroy Sane vs Sadio Mane, Kevin De Bruyne vs Coutinho  dan Sergio Aguero vs Divock Origi nanti pasti akan mempersembahkan aksi buku bertemu ruas. Ini kerana Guardiola dan Klopp mengamalkan falsafah menekan tinggi dalam permainan mereka.

Image result for leicester 4-2 man city

Kekalahan 4-2 kepada Leicester City telah mengajar Guardiola bahawa bermain dengan menekan tinggi adalah antara kunci utama untuk berjaya di Liga Inggeris. Semenjak itu kita boleh menyaksikan bagaimana City mengubah pendekatan mereka apabila berhadapan dengan Watford, Arsenal dan Hull City. 

Kesan paling jelas boleh dilihat dalam perlawanan menentang Arsenal. Lihat sahaja di separuh masa kedua apabila City menekan tinggi bagaimana barisan hadapan mereka menguasai statistik rampasan posesi bola.

Image result for man city 2-1 arsenal 2016

Di samping meringankan beban barisan pertahanan sekaligus pendekatan itu berjaya memutuskan bekalan bola kepada jentera serangan Arsenal dan Mesut Ozil hampir tidak terasa kewujudannya di atas padang.

Klopp pula memang sudah popular dengan gaya menekan 'counterpressing' atau lebih dikenali dengan nama 'gegenpressing'. Seawal pasukan Liverpool kehilangan bola mereka akan cuba merampasnya secepat mungkin dan kemudian apabila bola berjaya dirampas langsung melakukan serangan balas semasa pihak lawan masih belum bersedia.

Image result for klopp liverpool

Biarpun kedua-dua pengurus ini mengamalkan sistem menekan tinggi dengan cuba untuk memenangi semula posesi dalam 6 saat pertama bola jatuh ke kaki lawan tetapi mereka mempunyai tujuan yang berbeza melalui pendekatan itu. 

Aliran fahaman Klopp melakukan gegenpressing adalah atas sebab ia menyediakan landasan paling sesuai untuk melancarkan serangan balas kerana pasukannya akan mempunyai kelebihan jumlah pemain sementara formasi pihak lawan masih kucar-kacir.

Image result for marcelo bielsa and pep guardiola

Aliran fahaman Guardiola pula lebih mirip kepada Marcelo Bielsa yang menggunakan gaya menekan tinggi untuk menghalang pihak lawan dari membuat serangan balas dan mendapatkan semula posesi bola. 

Pasukan Guardiola akan menekan tinggi pemain lawan dan memaksanya membuat hantaran tergesa-gesa atau jauh supaya serangan pihak lawan terbantut dan bola kembali ke dalam penguasaan pasukan.

Image result for pep guardiola and man city squad

Gaya permainan yang sama namun dua pelaksanaan dan tujuan yang berbeza. Aliran fahaman menekan yang mana akan muncul lebih berjaya? Menekan mengejar posesi Pep Guardiola atau menekan menyerang balas Jurgen Klopp? Segalanya bakal terjawab di Anfield nanti.

Semoga City dapat menutup tirai 2016 dengan sesuatu yang positif sebagai tonik penguat tahun baharu 2017 yang lebih mencabar. May the best team win!

* Perlawanan Manchester City menentang Liverpool akan berlangsung di Anfield pada hari Sabtu, 31 Disember jam 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 1.30 pagi waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.