quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Misi elak 'mata' dicuri 'musang'

City akan berkunjung ke Stadium King Power petang Sabtu berhadapan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester, dengan sasaran kembali bangkit meraih kemenangan.

Selepas kecundang 1-3 di tangan Chelsea kendalian Antonio Conte di tempat sendiri Sabtu lalu, City tergelincir jatuh ke tangga keempat berkongsi jumlah mata yang sama dengan Liverpool, 30, namun kekurangan perbezaan dua gol.

Dengan ditinggalkan empat mata oleh pendahulu liga, City tidak dapat tidak perlu mengaut kesemua tiga mata dan menghindarinya dari dicuri 'musang' Leicester untuk dibawa pulang ke Manchester untuk terus kekal bersaing kembali di puncak carta menjelang Tahun Baharu 2017.

Image result for king power stadium

Kedua-dua pasukan yang telah layak ke 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah akan turun berentap dengan nasib agak berlainan; City diikat seri 1-1 dengan Celtic, sementara Leicester tumbang 5-0 di Porto di perlawanan terakhir mereka selepas tewas 2-1 di Sunderland.

Kisah ‘khayalan’ luar biasa yang menjadi nyata Leicester musim lalu mungkin sukar diulang mana-mana pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris dan kekal menjadi inspirasi mana-mana pasukan bola sepak dunia yang pemain bertaraf bintang dan sokongan dana kewangan bukanlah penentu segalanya.

Related image

Namun nasib pasukan bimbingan Claudio Ranieri musim ini menimpa seakan sama penyandang juara liga musim 2014/15, Chelsea, yang menamatkan musim lalu di tangga ke-10.

Selepas 14 perlawanan, the Foxes kini berada di kedudukan ke-16 dengan 7 kekalahan, 4 seri dan hanya 3 kemenangan. Ia jauh berbanding prestasi musim lalu ketika mereka menjulang piala Liga Perdana Inggeris pada bulan Mei 2016 dengan rekod hanya mengalami 3 kekalahan, 12 seri dan 23 kemenangan.

Image result for leicester vs porto

Ramai mengandaikan berikutan tumpuan Leicester musim ini lebih kepada penampilan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah sehingga berjaya menjuarai peringkat kumpulan telah menjadikan mereka hilang tumpuan pada saingan liga tempatan England.

Namun harus diingatkan kekuatan mereka di laman sendiri musim ini setanding Manchester City dengan 3 kemenangan, 3 seri dan 1 kekalahan dari 7 perlawanan.  Malah sepanjang musim lalu mereka hanya mencatat 1 kekalahan di Stadium King Power. Jelas laman mereka sukar digugat oleh mana-mana lawan.

Image result for city 1-3 leicester

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 6 Februari lalu yang menjadi penentu untuk the Foxes merangkul kejuaraan pertama Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 ke atas City di Stadium Etihad hasil dua jaringan Robert Huth dan satu gol oleh Mahrez.

Pada saat itulah para penyokong Leicester percaya yang mimpi mereka menjadi kenyataan apabila sebelum musim lalu bermula ramai mempertaruhkan hanya keberangkalian 5000/1 the Foxes dapat menjadi juara liga.

Image result for aguero fernandinho 2016/17

City akan bertandang ke Leicester dengan 3 pemain mereka digantung perlawanan; Sergio Aguero (4), Fernandinho (3) dan Nicolas Otamendi (1), sementara Vincent Kompany pula masih direhatkan kerana kecederaan lutut.

Namun Pep mengkhabarkan berita gembira dengan Raheem Sterling dan juga Fabian Delph cukup cergas untuk pemilihan skuad nanti, ditambah kembalinya Yaya Toure dalam skuad menambahkan lagi kekuatan di bahagian tengah.

Image result for sterling delph 2016/17

Dengan ketiadaan penyerang utama Aguero untuk empat perlawanan liga sehingga ke akhir bulan ini, Kelechi Iheanacho akan memikul tugasan di bahagian hadapan atau Pep mempunyai pilihan dengan meletakkan Kevin De Bruyne di posisi ‘sembilan palsu' (False 9).

Kembalinya Raheem Sterling akan menyokong kekuatan bahagian serangan, begitu juga Nolito, namun ramai penyokong City gusar akan kegoyahan bahagian pertahanan. Kemungkinan Bacary Sagna atau Aleks Kolarov sekali lagi menjadi pilihan bek tengah dengan John Stones dan Gael Clichy sebagai pelengkap di kedua-dua sisi pertahanan.

Image result for kolarov stones

Sementara penjaga gawang masih menjadi teka-teki sama ada Pep akan menurunkan pilihan kedua, Willy Caballero dengan Claudio Bravo menerima kritikan berikutan prestasinya yang terbolos tiga gol menentang Chelsea dan hanya mencatat tiga perlawanan tanpa bolos musim ini.

Sementara Leicester pula ketiadaan pemain tengah mereka, Danny Drinkwater yang digantung permainan dan penjaga gol utama, Kasper Schmeichel tidak akan dapat beraksi kerana cedera.

Ranieri telah merehatkan beberapa pemain utamanya semasa kekalahan 5-0 kepada Porto termasuk Jamie Vardy, Robert Huth, Riyad Mahrez dan Islami Simani. Ini membawa Leicester akan menurunkan skuad terkuat mereka yang segar.

Dengan jadual padat dan sibuk menanti sepanjang bulan Disember sehingga ke awal Tahun Baharu nanti, Pep akan meneruskan sistem penggiliran pemain. Selepas berhadapan dengan Leicester, City akan menerima kunjungan Watford diikuti Arsenal sebelum bertandang ke Hull dan Liverpool serta menjamu Burnley dalam perlawanan pembuka Tahun Baharu.

Image result for pep city training

Menjelang Tahun Baharu nanti sukar diramalkan pasukan mana yang akan berada di takhta teratas carta Liga Perdana Inggeris, namun the Citizens tidak sabar menanti aksi penyerang muda Brazil, Gabriel Jesus yang pasti akan memeriahkan lagi persada liga dan dapat memacu kembali City dalam perlumbaan merebut juara liga musim ini.

Image result for gabriel jesus celebrate

*Perlawanan menentang Leicester akan bermula jam 5.30 petang Sabtu, 10 Disember waktu UK bersamaan pukul 1.30 pagi Ahad waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung ke udara di saluran Astro 816 /834 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.




Previu dan Reviu Peminat

Perang taktikal: Guardiola vs Conte

Perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-14 musim ini di Stadium Etihad bukan sahaja mempertemukan dua pasukan teratas carta, juga dua pengurus tersohor Pep Guardiola dan Antonio Conte.

Previu dan Reviu Peminat

City selangkah lagi ke 16 akhir UCL

Previu dan Reviu Peminat

Meredah Musim Sejuk yang panjang

Snowy Sergio

Saingan bola Inggeris dan Eropah disambung semula selepas rehat antarabangsa terakhir tahun 2016 dengan cabaran jadual perlawanan yang sibuk dan padat menanti dalam kedinginan Musim Sejuk.