quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Perang taktikal: Guardiola vs Conte

Perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-14 musim ini di Stadium Etihad bukan sahaja mempertemukan dua pasukan teratas carta, juga dua pengurus tersohor Pep Guardiola dan Antonio Conte.

Guardiola dan Conte pernah bertemu sebagai pemain ketika kedua-dua beraksi di pentas Eropah namun tidak pernah bertembung sebagai pengurus menjadikan perlawanan Manchester City menentang Chelsea pada tengahari Sabtu ini pertembungan yang dinanti-nanti.

Bukan sahaja kedudukan takhta liga yang dicari dengan City berpeluang merampas kembali kedudukan tersebut, malahan pertemuan sulung dua pengurus ini akan menyaksikan pertembungan taktikal dua pakar taktikal bola sepak.

Related image

Guardiola sendiri pernah mengakui kehebatan pengurus Chelsea asal Itali itu apabila mengenalpasti Antonio Conte dan Thomas Tuchel sebagai dua pengurus berpotensi besar dalam dunia bolasepak moden.

Biarpun pasukan kendalian mereka belum pernah bertembung di atas padang namun Guardiola dapat melihat banyak persamaan di antara mereka berdua dalam taktikal bolasepak yang dibawa.

Image result for antonio conte chelsea players

Sama seperti Guardiola, Conte juga menekankan aspek posesi dan posisi dalam pasukan beliau walaupun pendekatan mereka mungkin berbeza.

Kedua-dua mereka mahu menguasai kawasan lebar padang; Guardiola gemar menggunakan pemain sayap manakala Conte pula menggunakan pemain bek sayap.

Kedua-dua pengurus mempercayai sistem 3 pemain pertahanan; Guardiola sering menukarkan formasi pasukan kepada 3-4-3/3-6-1 dalam gerakan pasukan manakala Conte sememangnya menjunjung formasi asas 3-5-2/3-4-3 semenjak mengendali pasukan Juventus dan Itali.

Image result for guardiola city players

Ini kerana Guardiola dan Conte mahu pasukan masing-masing menekan dari bahagian tengah untuk mengawal posesi dan cara mencapai tujuan itu ialah dengan memperkenalkan pemain ekstra di bahagian tersebut melalui formasi 3 pemain pertahanan.

Agak menarik persamaan Conte dan Guardiola ini kerana Conte bukanlah lahir dari susur galur aliran sistem Johan Cryuff ataupun Louis Van Gaal.

Sebaliknya selama bermain bersama Juventus, Conte bermain di bawah tiga pengurus Itali; Giovanni Trappatoni, Marcelo Lippi dan Carlo Ancelotti. Jadi tidak hairanlah Conte sebelum ini sering dikaitkan dengan falsadah Catenaccio yang sinonim dengan bolasepak aliran Itali.

Image result for antonio conte juventus player

Conte segera menyangkal gambaran tersebut dengan membuktikan beliau membawa permainan menyerang dan menyeronokkan.

Bahkan Conte seperti berjaya mencari gabungan bertahan dan menyerang dalam permainan pasukannya. Ini terbukti pada statistik pasukan Chelsea yang merupakan pasukan paling kurang melepaskan gol sambil mencatatkan jaringan gol kedua tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

City tidaklah begitu jauh dengan Chelsea, hanya 1 mata membezakan mereka. Jaringan gol adalah sama dan City hanya terbolos 2 gol melebihi Chelsea. Agak kurang adil juga difikirkan apabila ramai peminat City sering mempersoalkan pertahanan City.

Related image

Dalam pada itu memang tidak dinafikan pertahanan City kebelakangan ini sering terdedah kelemahan mereka lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan bola tinggi.

Walaupun berdasarkan statistik gol Chelsea musim ini, belum ada lagi gol mereka yang terhasil dari tandukan namun kekuatan Diego Costa fizikal di bahagian serangan Chelsea boleh membawa ancaman.

Dalam pertemuan sebelum ini, City memiliki Eilaquim Mangala untuk mengunci Costa tetapi kali ini City perlu mengharapkan Nicolas Otamendi atau John Stones untuk membawa tugas tersebut.

Image result for mangala vs costa

Mampukah mereka menangani kekuatan fizikal Costa yang sudah menjaringkan 10 gol dalam EPL?

Seperti dinyatakan di awal artikel, Guardiola dan Conte meletakkan kepercayaan kepada sistem 3 pemain pertahanan dalam falsafah mereka namun dilihat Conte lebih berjaya dalam pelaksanaan sistem tersebut.

Sebab utama Conte lebih berjaya menggunakan sistem 3 pemain pertahanan di EPL berbanding Guardiola ialah kerana dua pemain Chelsea yang bermain di posisi bek sayap; Marcos Alonso dan Victor Moses.

Image result for Marcos Alonso Victor Moses.

Kedua-dua pemain tersebut masih muda dan memiliki stamina tinggi untuk turun naik membantu bahagian serangan dan pertahanan berbanding City yang menggunakan pemain-pemain veteran seperti Aleksandar Kolarov, Gael Clichy, Pablo Zabaleta dan Bacary Sagna.

Satu lagi kelebihan Chelsea musim ini ialah mereka tidak terlibat dalam kejohanan peringkat Eropah  yang menjadi antara sebab utama mengapa mereka boleh menurunkan senarai kesebelasan yang sama dalam 6 perlawanan terakhir mereka.

Meskipun City disahkan Pep tanpa kecederaan baharu kecuali Vincent Kompany, namun jadual perlawanan yang padat sepanjang Disember ke Tahun Baharu memaksakan mereka untuk membuat rotasi pemain bagi mengekalkan kecergasan pasukan. Ini memudahkan Chelsea mencari konsistensi dalam permainan mereka.

Image result for gundogan and john stones

Namun ketiadaan perlawanan Eropah minggu ini dan tidak lagi beraksi di Piala Liga (EFL Cup) serta beberapa pemain utama City direhatkan semasa perlawanan menentang Burnley termasuk Ilkay Gundogan dan John Stones menyediakan medan pertarungan yang lebih rata untuk perlawanan Sabtu nanti.

Tiga perlawanan EPL terakhir di Stadium Etihad ketika menentang Everton, Southampton dan Midlesborough gagal dimenangi City dengan kesemuanya berkesudahan 1-1.

Chelsea pula sedang rancak dengan 7 kemenangan berturutan semenjak tertewas kepada Arsenal pada bulan September. Takkanlah City mahu kemarau menang di laman sendiri berpanjangan?

Image result for fernandinho city 2016/17

Pertarungan di bahagian tengah dan serangan nanti semestinya menjadi tarikan utama. Adakah Fernandinho ataupun N’golo Kante adalah raja pivot di EPL?

Adakah Sergio Aguero ataupun Diego Costa adalah raja gol di EPL? Siapakah yang akan mengungguli takhta liga selesai perlawanan nanti; City atau Chelsea? Atau Liverpool menanti mencuri peluang?

Ramalan Bulan Biru: City 2 – Chelsea 0, manakala jangkaan formasi pemain seperti berikut…

 

 *Perlawanan akan berlangsung hari Sabtu, 3 Disember jam 12.30 tengahari waktu UK bersamaan pukul 8.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Previu dan Reviu Peminat

City selangkah lagi ke 16 akhir UCL

Previu dan Reviu Peminat

Meredah Musim Sejuk yang panjang

Snowy Sergio

Saingan bola Inggeris dan Eropah disambung semula selepas rehat antarabangsa terakhir tahun 2016 dengan cabaran jadual perlawanan yang sibuk dan padat menanti dalam kedinginan Musim Sejuk.

Blog Peminat

City dulu sering disindiri kini mula disegani

Syerah

Pernah sewaktu tika dahulu, ia seakan lumrah sebagai peminat Manchester City di Malaysia anda akan menjadi bahan sindiran dengan panggilan 'penyokong lalang', namun kini segalanya tinggal kenangan.