quote linkedin dugout

Wawancara Peminat

Video 1 Galeri Foto

Belasungkawa: Yus Jambu (1976-2015)

Berita kematian penghibur dan pelawak terkenal tanahair, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry bin Edoo telah mengejutkan kita semua dan terasa satu kehilangan besar.

Berikut kami siarkan semula wawancara yang telah dilakukan dua minggu selepas hari lahir Yus ke-39 pada 15 Mac 2015 lalu dan disiarkan di laman web rasmi malay.mcfc.com pada 28 Mac 2015. Yus adalah selaku duta selebriti Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM).

Di kalangan peminat bola sepak tanahair, ramai sudah maklum Yus Jambu sememangnya meminati sukan tersebut dan mula mengetahui beliau merupakan salah seorang penyokong tegar Manchester City apabila kelibatnya pernah memakai jersi biru langit semasa pementasan lawak.

Embedded image permalink

Wakil media Bahasa Melayu malay.mcfc.com sempat menemubual Yus yang diangkat sebagai duta selebriti Manchester City FC di Malaysia, seiring dengan rakan seperjuangan artis lain yang pernah ditemuramah kami sebelum ini iaitu; Shuib Sepahtu dan Taleeb Mizad.

Anak kelahiran Kangar, Perlis ini mula berjinak-jinak dalam dunia seni di bidang teater yang kemudiannya menceburi bidang lawak jenaka dan lakonan dan namanya mula dikenali ramai di Malaysia serta Brunei dan Singapura.

 

“Saya masih ingat tahun 2001 saya mula menyertai rancangan Sinaran Passport Kegemilangan anjuran TV3 namun tidak berjaya, dan kemudiannya saya meneruskan kegiatan dalam dunia teater saya,” ujar Yus memulakan bicara.

Minat Yus dalam bidang teater sememangnya dikenali di kalangan peminat teater tanahair dan mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan tahun 2004.

“Kemudian tahun 2007, saya mengambil keputusan mencuba nasib sekali lagi dalam rancangan Raja Lawak yang diperkenalkan oleh Astro untuk musim pertama , dan Alhamdulillah saya menjadi juara, bermula dari situlah nama saya mula dikenali dalam bidang lawak jenaka,” imbas Yus detik mula kariernya.

"Pada musim pertama Raja Lawak itu juga saya mula kenal dan rapat dengan Zamaratul Amri Zakaria atau lebih dikenali dengan nama Tauke  dan kami bersepakat untuk membentuk kumpulan Jambu. 

"Pada asalnya Tauke mencadangkan nama Joper (Johor-Perlis) sebagai mewakili negeri asal kami, kemudian ia ditukar kepada nama Jambu, kerana mewakili muka kami yang 'cute' dan 'jambu'," kata Yus sambil bergurau.

Kumpulan Jambu terus terlibat aktif dalam pementasan lawak dan menyertai beberapa pertandingan termasuk Maharaja Lawak, Mahajara Lawak Mega, dan Super Spontan.

Dalam penyertaan terakhir sebelum wawancara ini, Yus bersama Tauke bergabung dengan Zizan Razak membentuk kumpulan Virus bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014, di mana kumpulan Zero telah menjuarainya.

Dalam bidang lakonan pula, Yus telah berlakon dalam hampir sembilan filem, beberapa telemovie serta drama dan turut menyumbangkan suara dalam bidang nyanyian. 

Filem terbaru yang dilakonkan masih dalam tayangan kini ialah 'Cicakman 3D', manakala filem 'Hantu Bungkus Ikat Tepi' yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 April 2015. 

Selain bakat lakonan, lawak dan nyanyian, Yus juga berkemahiran dalam memainkan alatan muzik seperti serunai dan harmonika. Ketika ditanya apa yang menjadi pendorongnya untuk terus menghiburkan para peminat.

Memang tidak mudah menghiburkan orang, apatah lagi bila diri sendiri ditimpa masalah, namun ia satu kepuasan bila orang terhibur dan dapat melupakan masalah mereka seketika..."

...Yus Jambu...

Berbalik kepada minat Yus kepada Manchester City, beliau mengatakan minatnya mula timbul apabila nama-nama besar menyertai City terutama Robinho, Adam Johnson dan Yaya Toure, sekaligus menjadikan gaya permainan City lebih menarik.

Ketika ditanya kelab bola sepak mana yang diminatinya sebelum beralih kepada City, Yus menjawab dengan bersahaja: “Saya tidak ada satu pasukan tetap kerana saya meminati permainan cantik, saya turut meminati Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Barcelona. Tapi tidak Manchester United!,” katanya sambil ketawa.

"Maaf penyokong Man United, saya bergurau sahaja."

“Namun sekarang ini hanya tiga kelab saya meminati sepenuh hati iaitu Manchester City kerana mempunyai Yaya Toure, Real Madrid kerana adanya Cristiano Ronaldo dan juga Barcelona.

“Dan sudah tentu sebagai orang Perlis, untuk liga tempatan Malaysia saya sokong pasukan Perlis!”.

Apabila ditanya siapakah pemain City yang paling digemarinya, Yus dengan pantas menjawab midfielder City asal Ivory Coast, Yaya Toure. Tidak hairanlah mereka yang mengenali rapat Yus menggelarnya sebagai 'Yaya Toure Malaysia'.

“Yaya adalah seorang pemain sempurna dan lengkap dari segi kekuatan fizikal dan mental, serta hantaran dan tendangannya yang padu," akui Yus.

Seperti biasa kami ajukan soalan tiga perkataan menggambarkan City dan Yus mengatakan: “Yaya Toure, Stadium Etihad dan berita Messi mahu sertai City.”

Akhir kata dari Yus buat Manchester City dan para penyokong City: “Terus menyokong Manchester City dan juga hiburan lawak tanahair.” 

Image result for yus jambu smile

Sebelum mengundur diri, kami sempat bertanyakan, bila Yus akan naik pelamin : "InsyaAllah dalam masa terdekat," ujar Yus sambil tersenyum.

"Doakan saya agar dapat sampai di Stadium Etihad suatu hari nanti, kalau nak 'sponsor' lagi baik, hadiah 'bulan madu'!, "kata Yus berseloroh.

Ketika ditanya siapakah calonnya, Yus sempat memberi 'klu' tapi diminta kami merahsiakannya. Baik Pak Yus! Kami tunggu kad jemputannya nanti.

Saksikan semula antara petikan persembahan Kumpulan Jambu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega...

 

____________________________________________________________

Yus meninggal dunia selepas sesak nafas akibat serangan jantung dan menghembus nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang pada jam 12.15 pagi 30 November 2015 bersamaan 18 Safar 1437H, dan disahkan oleh rakan karibnya Tauke. 

Jenazah arwah selamat dikebumikan di kampung halamannya di perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong, Perlis jam 2.45 petang dengan dihadiri ribuan rakan-rakan dan para peminat.

Embedded image permalink

Kami di Manchester City FC terutama kakitangan media berbahasa Melayu serta warga penyokong Manchester City Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga arwah serta rakan-rakan karib. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan tenang di sana. Amin.

Berikut adalah persembahan terakhir arwah di kaca TV pada 27 November 2015 dalam rancangan 'Juara Parodi' dan meluahkan rasa 'penat'...

Masih banyak perkara yang kami bualkan semasa sesi wawancara ini yang tak dapat disiarkan atas permintaan peribadi arwah, walaupun kali pertama berpeluang menemubualnya, kami seakan sudah kenal lama dengan gurau dan senda. 

Meskipun kesibukan mengejar masa dengan jadual persembahan yang sibuk, arwah melayan setiap soalan kami dengan tenang dan tidak tergesa-gesa, malah tidak menyedari ia berlalu begitu pantas dan melebihi masa yang dirancang awal.

Embedded image permalink

Sedikit rasa terkilan tidak sempat untuk arwah menjejakkan kaki di Stadium Etihad dan bertemu pemain idolanya, Yaya Toure. Yus Jambu telah pergi namun takkan dilupai oleh kita semua termasuk 'anak-anaknya' yang manja...

"Rasulullah sayangkan kucing, sekurang-kurangnya saya cuba ikut sunnah...

...Pak Yus...

Embedded image permalink

Kami abadikan kenangan ini selamanya bersama para peminat Yus dan juga Manchester City FC. Al-Fatihah.

Berita Kelab Peminat

Trofi-trofi kemenangan City di Malaysia!

Pada 25-26 Oktober lalu, Dashing telah membawa trofi Liga Perdana Inggeris dan Capital One Cup ke Sunway Pyramid, Kuala Lumpur untuk ditunjukkan secara dekat buat para penyokong Manchester City di Malaysia.

Para peminat Man City di Malaysia berpeluang melihat dan bergambar dengan piala Liga Perdana Inggeris dan Piala Capital One yang dibawa ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Wawancara Peminat

Taleeb Mizad: City tetap nombor satu!

Taleeb yang menjadi duta selebriti rasmi Manchester City Malaysia sempat meluangkan masa untuk diwawancara secara eksklusif oleh wakil media Bahasa Melayu MCFC di Etihad.

Wawancara khas bersama duta selebriti Man City Malaysia, penyanyi Islamick, Taleeb Mizad

Wawancara Peminat

Shuib Sepahtu: Laughter is a good medicine!

Sepahtu tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat hiburan tanahair dengan gandingan Jep dan Shuib. Kami sempat mewawancara Shuib secara eksklusif yang menjadi duta selebriti Manchester City di Malaysia.

Wawancara bersama duta selebirit Manchester Malaysia, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu