quote linkedin dugout

Wawancara Peminat

Video 1 Galeri Foto

Taleeb Mizad: City tetap nombor satu!

Taleeb yang menjadi duta selebriti rasmi Manchester City Malaysia sempat meluangkan masa untuk diwawancara secara eksklusif oleh wakil media Bahasa Melayu MCFC di Etihad.

Abdul Muttaleeb Mizad atau lebih dikenali dengan nama Taleeb Mizad mula menempa nama di bidang seni suara di Malaysia melalui Youtube dengan 'cover' menyanyikan lagu-lagu popular sehinggalah beliau menerima anugerah ‘Nova Media Baru’ di Anugerah Planet Muzik 2012 di Singapura, hasil undian ramai di peringkat Asia Tenggara.

Anak muda kelahiran Muar, Johor Darul Takzim yang hampir menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina di UTM Skudai dan sudah mendirikan rumah tangga ini, turut aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak di peringkat sekolah, matrikulasi dan universiti. Beliau kini berada di bawah naungan Hijjaz Records dan Music Valley Malaysia (MVMProductions).

Sebagai mukaddimah perbualan kita bagaimana perkembangan Taleeb terkini, sebagai artis, penuntut dan peribadi?

Alhamdulilah, saya telah merakamkan album pertama tahun lalu “Syukur Alhamdulillah” dan sambutan positif terutama melalui muat turun di iTunes. Dari segi pengajian saya pula kini di tahun akhir, dan saya telah bergelar suami kepada isteri saya, Juliana, yang juga merupakan penuntut IPT dan peminat asal saya.

 

Kami diberitakan yang Taleeb aktif dalam sukan terutama bolasepak, boleh kongsikan bersama kami?

Saya aktif antara 2009-2012 mewakili UTM dalam sukan futsal sempena MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) dan menjadi Presiden Majlis Tertinggi Sukan UTM dan Ketua Pasukan futsal UTM 2012-2013. Pencapaian tertinggi pasukan futsal UTM berjaya ke 'grand final' di peringkat IPT dan mewakili Malaysia bertanding antara tiga negara ASEAN di Thailand.

Berbalik pada topik perbincangan utama kita, tahniah kerana menjadi sebahagian dari keluarga besar the Citizens, dan terima kasih atas sokongan Taleeb kepada kelab.

Saya merasa berbangga, gembira dan bertuah menjadi penyokong Manchester City dengan bilangan pemain ternama yang mereka ada, dan pencapaian kelab setakat ini termasuk merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam masa tiga tahun baru-baru ini.

Boleh ceritakan kepada kami sejak bila Taleeb mula menyokong Manchester City?

Secara jujur, saya mula meminati Man City tiga tahun lepas apabila ramai pemain bertaraf dunia mula menyertai dan bermain untuk kelab yang mengujakan untuk ditonton seperti Sergio Aguero, Jesus Navas dan sebagainya. Gabungan para pemain tersebut menjadikan Man City satu kelab yang menarik sebagaimana Barcelona dan Real Madrid.

Siapakah pemain Manchester City yang Taleeb paling minati dan mengapa?

Saya paling minat Kun Aguero dengan aksi lincahnya, dan bagi saya dalam sukan bolasepak yang penting ialah mampu menjaringkan gol, dan dalam saat-saat diperlukan Kun dapat menghasilkan gol untuk pasukan. Contoh yang terbaik semasa perlawanan terakhir menentang QPR tahun 2012.

 

Apakah kenangan paling manis yang tak dapat dilupakan semenjak menyokong Man City?

Setakat ini, perlawanan menentang QPR yang membawa City menamatkan kemarau gelaran juara Liga Perdana Inggeris selama 44 tahun, terutama semasa Kun menjaringkan gol diminit terakhir perlawanan. Saya masih ingat ketika itu saya menjerit dan melompat kegembiraan. Kemeriahan kemenangan tersebut masih terasa dan sukar dilupakan hingga kini.

Apa pandangan Taleeb tentang Pellegrini pada musim pertamanya, yang telah berjaya membawa pasukan merangkul dua piala; Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga?

Pellegrini telah membuktikan kehebatannya sebagai pengurus di musim pertamanya. Namun, untuk persediaan musim depan, Pellegrini perlu perkukuhkan lagi dari segi taktikal terutama dalam menangkis serangan balas pasukan lawan, juga mengawasi kecerdasan para pemain kerana ramai yang mengalami kecederaan sepanjang musim lalu yang sedikit sebanyak menjejas prestasi pasukan.

Di mana biasa Taleeb menonton perlawanan-perlawanan membabitkan Man City?

Saya biasa menonton di rumah bersama keluarga, namun kerap juga mengikuti perkumpulan bersama rakan-rakan dan juga 'gathering' yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Man City Malaysia.

Selain Man City, kelab bola sepak manakah yang Taleeb sokong, tempatan dan luar England?

Untuk peringkat tempatan sudah tentu JDT kerana negeri kelahiran saya dan bagi saya JDT ada iras Manchester City dengan mempunyai para pemain berkualiti termasuk pemain import. Manakala di Eropah, saya sokong Real Madrid dan PSG. Namun apa-apa pun Man City tetap nombor satu!

Dalam kita hampir merasai demam Piala Dunia 2014, pasukan negara mana yang Taleeb sokong dan negara mana yang diramalkan menang?

Saya dari dahulu lagi sememangnya menyokong pasukan Brazil. Dalam kejohanan kali ini mereka mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri, juga mempunyai para pemain ternama termasuk Neymar dan Fernandinho. Jadi saya rasa mereka berpeluang besar menjuarai Piala Dunia kali ini.

Boleh Taleeb berikan kami 3 perkataan menggambarkan Man City?

Bagi saya Man City; World Class, Sky Blue dan Money! Jadi apabila setiap orang bertanyakan saya tentang Man City, tiga perkara itu yang biasa terpacul keluar dari mulut.

 

Akhir sekali, sebagai penutup bicara kita, apa nasihat Taleeb kepada para peminat Man City dan juga peminat Taleeb sendiri?

Untuk para penyokong Man City diharap dapat bersatu dalam menyokong kegiatan dan aktiviti kelab ke arah lebih baik. Kami Manchester City Malaysia akan sentiasa mendukung Manchester City walaupun jauh beribu batu, dan agar Man City akan menjadi sebuah kelab yang ternama di dunia suatu hari nanti.

Manakala untuk para peminat saya, pesanan saya jangan lupa beli album saya 'Syukur Alhamdulillah' dan dengar single terbaru saya 'Separuh Hidupku', serta sokong Man City!

 

Wawancara Peminat

Shuib Sepahtu: Laughter is a good medicine!

Sepahtu tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat hiburan tanahair dengan gandingan Jep dan Shuib. Kami sempat mewawancara Shuib secara eksklusif yang menjadi duta selebriti Manchester City di Malaysia.

Wawancara bersama duta selebirit Manchester Malaysia, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu

Blog Peminat

Kerana Ayah ku kenali City

Image missing

City yang dulu bagai melukut di tepi gantang di tanahair, kini semakin dikenali dan dapat berdiri gah sama tinggi dan menyaingi kelab-kelab besar lain di England dan Eropah.

Berita Kelab Peminat

Salam Aidilfitri buat semua

Image missing

Bersempena kedatangan 1 Syawal 1437H, Manchester City ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum Muslimin yang menyambutnya.