quote linkedin dugout

Peraduan dan Kuiz

Video 1 Galeri Foto

Hadiah terindah dari Gabriel Jesus

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah hasil usaha gigih seorang peminat Manchester City Malaysia membuahkan ganjarannya.

Bersempena musim pertama penyerang muda Brazil, Gabriel Jesus bersama the Citizens, Bahagian Media Bahasa Melayu Manchester City telah menganjurkan pertandingan yang dibuka khas kepada para peminat City di tanahair dengan memberi peluang untuk memenangi jersi berautograf Gabriel.

Image result for gabriel jesus city

Para peminat telah diminta supaya menularkan akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu City @ManCityMAS dan hashtag #MYGabrielJesusCity dalam tempoh seminggu dan mesej promosi yang mendapat 'RT' terbanyak diumumkan sebagai pemenang.  Hasil usaha rayuan dan perang promosi dikalangan peserta sepanjang tempoh pertandingan telah membawa Mohammad Faizal Azim Bin Norapandi, 29 dari Selangor diumumkan sebagai pemenang dengan jumlah 'RT' terbanyak.

Pemenang yang lebih dikenali dengan panggilan Ajim di kalangan rakan-rakan peminat ketika ditanya apa yang telah mendorongnya menyertai pertandingan dan apa yang usaha telah dilakukannya untuk memenanginya, jelasnya: "Apa yang mendorong saya menyertai pertandingan ini adalah kerana saya amat meminati gaya dan kemahiran Gabriel Jesus sejak beliau bersama kelab terdahulu lagi iaitu Palmeiras dan selepas begitu menyerlah semasa Sukan Olimpik dan kelayakan Piala Dunia dengan menerima jolokan 'Neymar Baru'.

Related image

"Jadi apabila saya dapati ManCityMAS membuat peraduan #MYGabrielJesusCity dan menang Jersi Bertandatangan Gabriel Jesus di Twitter, saya ambil inisiatif dan menyimpan azam untuk memenanginya kerana saya amat meminati beliau.

"Hampir setiap hari saya aktifkan diri di Twitter untuk mendapatkan jumlah Retweet paling banyak. Pertandingan ini turut disertai ramai lagi peminat Manchester City yang  memberikan saingan sihat, Ia menyeronokkan untuk peminat dalam bersaing sesama sendiri, disamping terlibat dalam aktiviti anjuran kelab. 

"Setelah diberitahu saya sebagai pemenang saya berasa amat teruja dan sangat-sangat gembira. Jersi No.33 berautograf pemain yang saya minati berjaya saya dapatkan. Hampir sebulan lamanya saya sabar menanti jersi ini tiba dari Manchester dan awal Julai lalu ia selamat sampai ke tangan saya.

"Perasaan saya pada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betul-betul gembira, senyum sampai ke telinga!"

"Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan jersi yang diterimanya; Ajim mengatakan: " Jersi ini akan bingkaikan dan abadikan di ruangan 'Hall of Fame' di rumah saya. Saya mengumpul banyak barangan dan jersi-jersi Manchester City dari tahun 1956 Piala FA sehingga yang terkini. Jersi ini secara tidak langsung menambahkan lagi koleksi berharga saya. 

Walaupun Gabriel, 20,  yang berpindah secara rasmi ke Stadium Etihad dari Brazil Januari 2017 hanya sempat tampil sebanyak 11 kali di musim pertamanya bersama City berikutan terpaksa direhatkan hampir tiga bulan akibat kecederaan begitu menyerlah dengan 7 gol dan 4 bantuan jaringan.

"Pada pendapat saya, Gabriel Jesus memulakan musim pertamanya bersama Manchester City dengan sungguh dramatik dan sangat mengujakan. Kemahiran, stamina dan pergerakannya yang laju sudah cukup untuk mengucar-kacirkan gawang pihak lawan. 

Related image

"Jika anda masih ingat, kiita boleh lihat bagaimana beliau begitu bersemangat ketika penampilan pertama beliau untuk City ketika menentang Tottenham Hotspur. Bagi saya sebagai peminat Manchester City dan Gabriel Jesus, kita amat bertuah kerana mempunyai pemain sehebatnya.

Menyentuh prestasi City musim lalu, 2016/17 di bawah kendalian Pep Guardiola di musim pertamanya, Ajim berpandangan ia kurang memuaskan dengan prestasi tidak konsisten, namun menegaskan ia adalah musim transisi dimana Pep cuba menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris dan bola sepak England, cuba memahami setiap pemainnya dan membaca pasukan lawan.

Image result for pep guardiola city

Dengan kedatangan musim baru 2017/18 hanya kurang sebulan lagi Ajim mengharapkan City akan dapat berpeluang merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan agar Pep Guardiola dapat mengulangi kejayaan yang dilakukan oleh pengurus-pengurus sebelumnya, Roberto Mancini dan Manuel Pellegrini dengan reputasinya sebagai antara jurulatih bola sepak terbaik dunia."

Kelab Peminat Rasmi

Pengenalan Manchester City Malaysia (MCM)

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia atau Manchester City Malaysia (MCM) merupakan kelab penyokong Manchester City terbesar di Malaysia yang menaungi kelab-kelab penyokong setiap negeri di tanahair dan cawangan-cawangan bandar.

Pengenalan Manchester City Malaysia

Kelab Peminat Rasmi

Pengenalan MCFC OSC Malaysia

MCFC Official Supporters Club (MCFC OSC) cawangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1999 merupakan cawangan kelab penyokong rasmi Manchester City yang berpusat di Manchester, England sejak tahun 1949.

Pengenalan MCFC OSC Malaysia | Introduction to MCFC OSC Malaysia

Previu dan Reviu Peminat

Dari Etihad ke Emirates

Saingan Liga Perdana Inggeris kembali semula selepas dua minggu berehat dengan kunjungan Manchester City ke laman Arsenal, Stadium Emirates.