quote linkedin dugout

Peraduan dan Kuiz

Video 1 Galeri Foto

Sehati sejiwa bersama Yaya

Bersempena meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-60 Malaysia kali ini, Yaya Toure telah bermurah hati menghadiahkan sehelai jersi terbaru City untuk dimenangi oleh peminat bertuah di tanahair.

Yaya berhati dan berjiwa biru

Pemain tengah Ivory Coast telah melanjutkan kontrak setahun bersama Manchester City dan akan menyumbang bakti di musim terakhirnya buat Citizens dengan harapan untuk merangkul kejuaraan dan menjulang piala musim ini.

Image result for yaya toure signs for manchester city

Yaya telah menyertai City dari Barcelona pada 2 Julai 2010 dan semenjak itu telah tampil sebanyak 299 kali dengan jaringan 82 gol setakat ini.

Musim paling cemerlang Yaya bersama City ialah pada musim 2013/14 ketika City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam masa tiga tahun dengan menyumbang 24 gol dari 49 penampilan.

 Related image

Beliau juga telah membantu City menjulang dua piala Liga Perdana Inggeris (2012, 2014), satu Piala FA (2011), dua Piala Liga (2014, 2016) dan piala Sumbangsih ‘Community Shield’ (2012).

Yaya berperanan besar dengan gol penting semifinal Piala FA menentang Manchester United dan final Piala FA menentang Stoke pada musim pertamanya di City untuk menamatkan kemarau piala utama kelab selama 35 tahun.

Related image

Memasuki musim ketujuh bersama Citizens jelas hati dan jiwa Yaya cukup sebati bersama City, sebagai kelab yang dicintainya dan mempunyai para pengikut setia di kalangan Blues.

Sebagai hadiah terakhir Yaya di kelab buat para peminat Manchester City di Malaysia, Yaya dengan kerjasama bahagian media Bahasa Malaysia di Manchester City ingin memberi peluang kepada anda memenangi sehelai jersi laman sendiri (home) musim 2017/18 dengan cetakan nama dan nombor Yaya Toure, 42.

Image result for yaya toure new kit 2017/18 42

Bagaimana untuk menang?

Caranya mudah!

1- Ikuti akaun Twitter rasmi Bahasa Malaysia Manchester City, @ManCityMAS.

2- Tweet gambar anda menggunakan kreativiti anda menggambarkan kecintaan anda kepada Manchester City dan negara Malaysia sempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan.

3- Setiap gambar yang di ‘tweet’ disertakan slogan ringkas: “Malaysia negaraku, City kelabku….. diikuti hashtag #SehatiSejiwaYaya

4- Tarikh tutup penyertaan pada jam 11.54 malam 15 September 2017 waktu Malaysia. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 16 September 2017 bersempena ulang tahun ke-54 penubuhan Malaysia.

5- Pemenang akan dihubungi secara terus melalui mesej akaun Twitter dan akan dihebahkan di akaun Twitter kami @ManCityMAS dan laman web my.mancity.com.

6- Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti gambar dan slogan.

7- Setiap akaun Twitter hanya dibenarkan satu penyertaan sahaja.

8- Hadiah tidak boleh ditukar dengan hadiah lain atau wang tunai. Saiz jersi M.

9- Jersi akan dipos terus dari ibu pejabat kami di Manchester dan pemenang yang terpilih disyaratkan untuk merakamkan foto memakai jersi dan video ringkas untuk tujuan pemasaran.

Sertai sekarang, sehati sejiwa bersama Yaya dan Salam Aidil Adha buat kaum Muslimin!

 

Previu dan Reviu Peminat

Berkunjung ke Bournemouth memetik ceri

Selepas menang di perlawanan pembuka dengan Brighton dan diikat seri dengan Everton, City kembali ke selatan England menghadapi Cherries.

Previu perlawanan ketiga Liga Perdana Inggeris musim 2017/18, Manchester City menentang Bournemouth.

Wawancara Peminat

Taleeb Mizad: Sejuta harapan di musim baru

Harapan dan jangkaan Taleeb Mizad, duta selebriti Manchester City Malaysia buat Citizens di musim baru ini.

Wawancara khas bersama duta selebriti Manchester City Malaysia, Taleeb Mizad.

Previu dan Reviu Peminat

Bertandang ke sarang sang Camar di awal musim

Kun Brighton

Selepas sepi tiga bulan tanpa aksi bola akhirnya Liga Perdana Inggeris kembali dengan Manchester City yang bewajah baru memulakan cabaran penuh bersemangat dan berkeyakinan tinggi.

Previu perlawanan pembuka musim Liga Perdana Inggeris 2017/18 Manchester City menentang Brighton and Hove Albion oleh kolumnis Bulan Biru...