quote linkedin dugout

Peraduan dan Kuiz

Video 1 Galeri Foto

Hadiah teristimewa dari Agüero

Image missing

Image missing

Benarlah peribahasa Melayu ada berbunyi, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitulah perasaan dan peribahasa yang sesuai menggambarkan betapa gembira dan bertuahnya rasa diri ini apabila memenangi peraduan ‘Kerana Mu City’ yang dianjurkan oleh pihak Manchester City bersempena ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-59 dan Hari Malaysia ke-53 baru-baru ini.

Bak kata pepatah, 'Jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya', hasil dari usaha terlibat dalam beberapa penyertaan baik secara sukarela ataupun berbentuk pertandingan akhirnya membuahkan hasil.

Tidak tersangka, penyertaan video saya telah terpilih sebagai pemenang peraduan tersebut walaupun sebelum ini saya pernah menyumbang beberapa beberapa video untuk ruangan 'Blog Peminat' serta telah merakamkan lagu anthem City 'Blue Moon' versi Malaysia.

 

Apa yang bertambah menggembirakan ialah apabila mendapat berita bahawa Sergio Aguero bersetuju untuk menghadiahkan jersi tersebut beserta dengan autograf beliau sendiri! 

Dan bertambah-tambah istimewanya hadiah tersebut setelah difahamkan saya mungkin menjadi antara 'peminat jauh' terakhir yang dihadiahkan autograf dari pemain idola tersebut berikutan kesulitan pihak kelab mendapat kerjasama ejen-ejen pemain terutama yang ternama seperti Aguero.

Syukur! Saya rasa sungguh bertuah sekali, dan rasa amat berbaloi apabila kelab kesayangan saya memberi penghargaan yang teramat istimewa buat diri saya sepanjang menjadi penyokong Manchester City. Terasa diri ini semakin dekat dan sayang.

Apatah lagi, hadiahnya datang dari pemain idola saya, Sergio Aguero yang menjadi antara penarik saya menyokong kelab ini sejak beliau berpindah ke Manchester City dari Atletico Madrid. 

Saat yang tidak dapat dilupakan sudah pasti ketika Kun menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan apabila bertemu dengan Queen's Park Rangers dan seterusnya membawa Manchester City menjadi juara Liga Perdana Inggeris untuk menamatkan penantian selama 44 tahun! 

Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu. Sungguh indah!

Apa yang menarik tentang jersi Kun Aguero yang saya terima, ia adalah jersi baru pada satu musim baharu dengan pengurus baharu Pep Guardiola , lencana pasukan yang baharu, para pemain muda berbakat yang baharu, dan yang paling penting, era dan satu harapan yang baharu buat semua penyokong Manchester City di seluruh pelosok dunia.

Berikutan kesulitan urusan mendapat autograf yang memakan masa, saya telah menanti penuh kesabaran sejak diumumukan sebagai pemenang yang memakan masa hampir dua bulan lamanya termasuk urusan penghantaran dari Manchester.

Sebaik sahaja hadiah jersi Aguero tiba dan sebelum saya abadikan dan semadikan ia dalam bingkai khas untuk digantung di dinding rumah saya, saya telah mengambil peluang untuk menggayakannya melalui rakaman lensa jurugambar profesional dari Kuala Lumpur, Emirul Adzwan Yahya (EAY) di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Ia ternyata bagaikan Bulan Biru jatuh ke riba. Saya akan abadikan hadiah ini sebagai kenangan terindah sebagai peminat kelab yang saya amat dekat dan sayangi ini. Terima kasih Aguero, terima kasih City! Once a Blue always a Blue. Come on City!!

* Taleeb Mizad merupakan penyanyi dakwah di Malaysia yang juga merupakan duta selebriti Kumpulan Penyokong Manchester City Malaysia sejak Mei 2014 bersama-sama dengan Shuib Sepahtu dan Radhi OAG (sebelum ini juga termasuk Allahyarham Yus Jambu).



Previu dan Reviu Peminat

Bulan Biru: Cabaran berganda sang Angsa

Raheem Sterling and Jack Cork duel for possession

Selepas mencatat 8 kemenangan dari 8 perlawanan dan memecah rekod 188 tahun kelab, Pep Guardiola berpeluang melanjutkan rekod kepada '10 Sempurna' apabila bertemu lawan sama Swansea di dua kejohanan berbeza secara berturut-turut.

Peraduan dan Kuiz

Cinta City, Sayang Malaysia

Kami berbesar hati mengumumkan pemenang bertuah Peraduan #KeranaMuCity sempena ulang tahun kemerdekaan ke-59 dan Hari Malaysia ke-53.

Previu dan Reviu Peminat

United vs City: Pedang bertemu perisai

Derbi Manchester edisi ke-172 Sabtu ini akan menjadi medan pertemuan semula dua seteru pemikir taktikal bola sepak terhebat era moden, Pep Guardiola dan Jose Mourinho.