quote linkedin dugout

Peraduan dan Kuiz

Video 1 Galeri Foto

Cinta City, Sayang Malaysia

Kami berbesar hati mengumumkan pemenang bertuah Peraduan #KeranaMuCity sempena ulang tahun kemerdekaan ke-59 dan Hari Malaysia ke-53.

Peraduan yang berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan berakhir 15 September menerima penyertaan menggalakkan dari para peminat City tegar Malaysia. Kebanyakan penyertaan tiba di hari terakhir menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2016.

Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti, keaslian dan menarik perhatian menonjolkan kejituan dan jati diri peserta sebagai 'Biru Sejati' (True Blue) dan akan menerima sehelai jersi tulin dan rasmi hero hatrik semasa kemenangan 4-0 ke atas Borussia Monchengladbach, tak lain dan tak bukan Sergio Aguero!

Image result for aguero v borussia 2016/17

PEMENANG UTAMA

Pemenangnya ialah saudara Taleeb Mizad yang juga duta selebriti Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM) yang aktif dalam partisipasi aktiviti kelab peminat dan turut menyumbangkan suara menyanyikan lagu 'anthem' City versi Bahasa Melayu ' Blue Moon' (Bulan Biru).

Image result for aguero shirt 2016/17

Saksikan video kreatif hasil Taleeb Mizad..


PEMENANG SAGUHATI

Kami juga berbesar hati memilih tiga pemenang saguhati yang akan menerima hadiah mafla retro Manchester City sebagai tanda penghargaan dari kami atas sokongan tak berbelah bagi para peminat City di tanahair.

Image result for scarf retro manchester city

Jeremy Chee Mun Hoe

Faizal Azim

Riduan Ashaha

TAHNIAH kepada semua pemenang dan terima kasih kepada yang telah mengirimkan video penyertaan. Bagi yang tidak terpilih cuba lagi dalam peraduan dan kuiz anjuran Manchester City khas buat para peminat di Malaysia. Ikuti akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu/Malaysia kami @ManCityMAS

Kerana Mu City kami percaya diri, Kerana Mu Malaysia kami bersatu hati.

Nikmati lagu 'anthem' City 'Blue Moon' versi Malaysia 'Bulan Biru'...

Previu dan Reviu Peminat

United vs City: Pedang bertemu perisai

Derbi Manchester edisi ke-172 Sabtu ini akan menjadi medan pertemuan semula dua seteru pemikir taktikal bola sepak terhebat era moden, Pep Guardiola dan Jose Mourinho.

Berita Kelab Peminat

Derbi Manchester: Senarai 'gathering' di Malaysia

Manchester City akan bertemu buat kali ke-172 dengan kelab jiran, Manchester United, Sabtu 10 September. Para penyokong Manchester biru di tanahair berpeluang berkumpul menonton perlawanan untuk memberi sokongan dari jauh bersama-sama.

Peraduan dan Kuiz

Peraduan: Keranamu City...

Bersempena ulangtahun kemerdekaan ke-59 dan Hari Malaysia ke-53 kami ingin memberi anda peluang memenangi hadiah sehelai jersi laman sendiri City dengan cetakan nama Sergio Agüero.