quote linkedin dugout

Peraduan dan Kuiz

Video 1 Galeri Foto

Peraduan: Keranamu City...

Bersempena ulangtahun kemerdekaan ke-59 dan Hari Malaysia ke-53 kami ingin memberi anda peluang memenangi hadiah sehelai jersi laman sendiri City dengan cetakan nama Sergio Agüero.

Penjaring gol terbanyak Manchester City musim lalu asal Argentina ini sudah tidak asing lagi sebagai pemain ikonik City dan Liga Perdana Inggeris. Malah Kun dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik Eropah sejak berpindah ke Stadium Etihad lima tahun lalu, pada 28 Julai 2011.

Image result for sergio aguero vs sunderland 2016

Agüero setakat ini telah mencatat enam gol dari enam penampilan musim ini termasuk hatrik semasa perlawanan pertama 'play-off' Liga Juara-Juara Eropah dalam kemenangan 5-0 ke atas Steaua Bucharest.

Sebagai menghargai sokongan para peminat Malaysia terhadap kelab yang anda sayangi ini dan khususnya penggemar bintang City, Agüero, kami berbesar hati memberi anda peluang memenangi hadiah sehelai jersi laman sendiri City musim 2016/17 dengan cetakan No. 10 dan nama Kun Agüero.

Image result for aguero shirt 2016/17

Caranya mudah!

1- Rakamkan video ringkas menggunakan telefon pintar anda dengan memakai jersi, jaket atau t-shirt City sedia ada anda dengan melengkapkan ungkapan berikut menggambarkan kecintaan anda kepada City dalam Bahasa Melayu atau Inggeris; Keranamu City... Because of you City...

2- Anda boleh menggunakan kreativiti anda sama ada dengan bermadah, bersyair, berpantun, nyanyian, sorakan dan sebagainya. 

3- Panjang video tidak lebih dari 2 minit dan ucapan seharusnya jelas dan tidak tenggelam dengan muzik latar, sekiranya ada.

4- Tweetkan video yang sudah siap dan diedit ke akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu/Malaysia kami di @ManCityMAS dengan hashtag #KeranaMuCity

5- Setiap akaun Twitter hanya boleh mengirimkan satu penyertaan sahaja.

6- Pemenang akan dipilih berdasarkan keaslian, inovatif dan kreatif.

7- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan akan dipos secara terus dari CFA, Manchester.

8- Pemenang yang terpilih disyaratkan untuk bergambar dengan memakai jersi yang dimenangi dan Tweet kepada kami untuk tujuan promosi.

Image result for sergio aguero vs sunderland 2016

Penyertaan dibuka mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 12 tengah malam 15 September waktu Malaysia. Kami akan mengumumkan pemenang yang terpilih pada Hari Malaysia, 16 September nanti di akaun Twitter dan laman web kami malay.mcfc.com. 

Image result for fireworks images

Akhir kata, Selamat Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan ke-59 kami ucapkan, serta Hari Malaysia ke-53 buat semua warga Malaysia walau di mana jua anda berada, ingatlah Malaysia adalah tanahair kita. Selagi bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

Sehati Sejiwa. Di sinilah lahirnya sebuah cinta!

Previu dan Reviu Peminat

Meredah angin Britannia

Otamendi

City terus mengorak langkah meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris dengan bertandang di laman sukar, Stadium Britannia menentang Stoke pada tengahari Sabtu.

Previu dan Reviu Peminat

Cabaran sebenar bermula...

Era Pep Guardiola di Manchester City telah bermula dan revolusinya tampak jelas meremajakan skuad dengan kedatangan para pemain baru yang muda belia.

Previu dan Reviu Peminat

Revolusi Pep kini bermula!

Manchester City akan memulakan siri perlawanan pramusim dengan Pep Guardiola kembali ke laman lamanya menentang bekas pasukan, Bayern Munich pada hari Rabu, 20 Julai.