quote linkedin dugout

Blog Peminat

Video 1 Galeri Foto

City mekar di kota Singa

Dari Manchester ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Singapura yang turut menempatkan lokasi cawangan Manchester City untuk operasi komersial wilayah Asia Tenggara.

Para penyokong City di Singapura kian berkembang dengan keahlian kelab penyokong, ‘Manchester City FC Singapore Supporters’ Club’ dianggotai penyokong warganegara Singapura dan golongan ekspatriat.

Image result for manchester city singapore

Kami sempat mewawancara salah seorang penyokong City di negara pulau tersebut iaitu Muhamad Azhan Ahmad, 23 tahun yang kini menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sebagai anggota Pasukan Perkhidmatan Awam Singapura (SCDF).

“Saya mula meminati Manchester City sejak tahun 2011 setelah penyerang idola saya, Sergio Aguero berpindah dari Atletico Madrid,” ujar Azhan sambil menunjukkan foto beliau bersama jersi pertama dibelinya pada tahun tersebut.

“Salah satu sebab mengapa saya tertarik untuk menjadi penyokong kelab ini adalah kerana sejak Sheikh Mansour mengambil alih kelab ini, saya dapati yang kelab ini mempunyai wawasan yang tinggi.

Ketika ditanya siapakan pemain yang digemarinya, beliau pantas menjawab: “Tidak lain dan tidak bukan, Aguero!

“Saya meminatinya kerana dia seorang pemain yang berkaliber, berkerja keras dan suka membantu rakan-rakan sepasukan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada City.”

Apabila ditanya adakah ahli keluarga dan sahabat-sahabat rapat turut menyokong City: “Ya, sudah tentu, kebanyakan mereka merupakan penyokong setia Manchester City sama seperti saya, " ujar Azhan sambil tersenyum sambil menunjukkan koleksi jersi Manchester City yang dimilikinya.

“Biasanya, saya dan keluarga saya menonton perlawanan Manchester City yang disiarkan secara langsung di televisyen, walaupun terpaksa berjaga di dinihari untuk perlawanan waktu malam, jika tidak kesibukan.

“Namun ada juga sanak saudara dan sahabat-sahabat yang menyokong kelab-kelab Liga Perdana Inggeris lain, walaupun kadang-kadang ada sindiran tapi bagi saya sokongan terhadap mana-mana kelab bola sepak merupakan hak individu.

Azhan turut aktif mengikuti akaun Twitter berbahasa Melayu City @ManCityMAS dan Facebook dan telah terpilih sebagai salah seorang pemenang peraduan yang dianjurkan oleh bahagian media Bahasa Melayu dengan memenangi jaket Cityzens akhir musim lalu.

“Saya sentiasa memastikan bahawa saya mengikuti perkembangan Manchester City melalui media sosial seperti laman Facebook, Twitter, Snapchat, Instagram, Youtube dan sebagainya.”

Ketika ditanya kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang lima tahun menjadi penyokong City, kata Azhan : “Kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan sejak menyokong Manchester City apabila penyerang kesayangan saya, Aguero menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan menentang QPR pada tahun 2012 yang membawa City menjulang piala Liga Perdana Inggeris selepas 44 tahun.

Image result for sergio aguero vs QPR

“Pada pendapat saya, peluang Manchester City pada musim ini cerah untuk merangkul sebarang piala, walaupun keciciran mata. Ini kerana dengan kehadiran Pep Guardiola dan beberapa lagi pemain-pemain yang bertaraf bintang seperti Nolito, John Stones dan Ilkay Gundogan.

“Gabungan yang mantap antara pemain-pemain baharu ini dengan pemain-pemain sedia ada seperti Aguero, David Silva, Kevin De Bruyne dan Vincent Kompany meletakkan Manchester City di kedudukan yang baik untuk menjuarai  Liga Perdana Inggeris,  Liga Juara-Juara dan Piala FA kali ini.

Image result for nolito aguero de bruyne

“ Akhir kata, buat para peminat setia Manchester City, teruskan menyokong City. Menang, seri atau kalah merupakan adat permainan. Apa yang penting, sokongan peminat kepada kelab merupakan tunggak kejayaan pasukan dan para pemain memerlukan sokongan anda!."

Previu dan Reviu Peminat

Piala Liga medan derbi Manchester ke-173

Previu dan Reviu Peminat

Cabaran Transformasi Guardiola

Kehadiran Pep Guardiola di Stadium Etihad pada musim panas tiga bulan lalu bagai menatang minyak yang penuh turut dicemburui oleh kelab-kelab pesaing, namun selepas kemarau kemenangan empat perlawanan terakhir, mula timbul persoalan.

Previu dan Reviu Peminat

Pep bagai sirih pulang ke gagang

Pep Guardiola akan kembali ke lamannya, Camp Nou menghadapi bekas pasukan asuhannya dan kelab yang masih terpahat legasinya dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini.