quote linkedin dugout

Blog Peminat

Video 1 Galeri Foto

City dulu sering disindiri kini mula disegani

Syerah

Syerah

Pernah sewaktu tika dahulu, ia seakan lumrah sebagai peminat Manchester City di Malaysia anda akan menjadi bahan sindiran dengan panggilan 'penyokong lalang', namun kini segalanya tinggal kenangan.

Aku merupakan peminat setia bola sepak Inggeris dan merupakan penyokong kuat Manchester City. Jika ditanya sejak tahun bila aku menyokong kelab ini, jawapanya dari zaman Roberto Mancini, tahun 2009.

Related image

Tidak perlulah sekiranya ada nanti yang bertanyakan tentang sejarah lampau Manchester City kepadaku, sebabnya aku lebih gemar menyokong sebuah kelab yang terus mencipta sejarah baharu dari mengenang sejarah lama kerana mencipta sejarah tidak ada dalam Wikipedia. 

Jika ada yang tetap berdegil ingin mengetahui sejarah Manchester City, bolehlah 'google' sendiri!

Sejujurnya, sebelum aku mengetahui kewujudan Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM), aku lebih bergerak secara solo dengan menonton perlawanan secara berseorangan. Ketika itu aku sering dihambur segala sindirian dan kritikan dari peminat kelab Liga Inggeris yang lain namun aku menelannya dengan sabar. 

Pada ketika itu setiap kali ada perlawanan yang melibatkan Manchester City aku terpaksa melilau mencari restoran atau kedai makan yang menayangkan perlawanan  kerana ketika itu Manchester City belum dikenali dan bukanlah antara sebuah pasukan pilihan rakyat Malaysia. 

Pada tahun 2014, aku telah diajak oleh rakan-rakan sepejabat menyertai permainan yang dinamakan "Fantasy Premier League", dan dari situlah aku meyedari bahawa Manchester City mempunyai kelab peminat di Malaysia iaitu MCM. 

Ia berlaku secara tidak sengaja dan boleh dikatakan sebagai 'jodoh' yang mempertemukanku dengan MCM, ketika aku melayari laman-laman "Facebook" mereka sekadar mencari info para pemain Liga Inggeris dan muncul laman MCM. 

Dengan penemuan ini, aku telah berjaya menutup mulut-mulut orang yang aku kenali yang sering menjadikan Manchester City sebagai bahan jenaka dengan mengatakan Manchester City kelab bawahan dan tiada peminat di Malaysia. Timbul rasa bangga pula ketika itu!

Dari situlahaku telah dijemput oleh pengerusi Manchester City Malaysia cawangan Negeri Kedah (MCMK) yang lebih di kenali sebagai Kun Zakir untuk menjadi ahli MCM di bawah pentadbiran MCMK. Selang beberapa minggu selepas itu aku telah ditugaskan mencari ahli-ahli baharu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekitar Bandar Raya Kota Setar.

Semasa dalam proses pencarian ahli baru, 'Facebook' merupakan strategi pertama yang aku telah gunakan dengan mengepos aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MCMK dan ia telah menerima maklum balas positif dengan ramai yang berminat untuk menjadi ahli.


Dalam tugasan pencarian tersebut, satu peristiwa lucu telah berlaku dimana aku telah ditegur oleh 'admin' MCM sendiri sedangkan aku juga merupakan ahli MCM sendiri. Ia berlaku kerana aku tidak meminta izin daripada 'admin' MCM untuk mengiklankan aktiviti-aktiviti kami kepada umum.

Sejak itu barulah aku sedari bahawa MCM bukanlah seperti kelab-kelab peminat yang lain yang terdapat di Malaysia kerana ia begitu tersusun dan mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk ahli-ahlinya.


Berdasarkan pengalamanku mencari ahli-ahli baharu bukanlah mudah seperti yang disangkakan, anda terpaksa tebalkan muka, kebalkan telinga, korbankan wang ringgit, masa dan tenaga untuk menarik minat orang ramai.

Anda juga perlu memastikan setiap aktiviti yang dijalankan terlaksana dengan sempurna. Apa yang kita mahukan segala pengorbanan ini akan berterusan dan tidak mati di pertengahan jalan, sekaligus menimbulkan perpecahan di kalangan para peminat Manchester City di tanahair.


Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM) ditubuhkan pada Januari 2007 dengan mempunyai 16 cawangan di seluruh negara dan sentiasa mengalu-alukan keahlian baharu bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran peringkat kebangsaan ataupun kawasan masing-masing termasuk menonton perlawanan bersama-sama.

Sebagai peminat tegar Manchester City dengan saiz badan aku XXXL, aku sering mengalami kesulitan memperolehi jersi yang muat kerana kebanyakan yang dijual di Malaysia hanya bersaiz XXL adalah yang maksima. Jadi terpaksalah aku menyarung baju biasa bewarna biru muda setiap kali hadir menonton perlawanan yang melibatkan Manchester City.


Namun semenjak pihak MCM sendiri mengeluarkan baju khas untuk para ahli termasuk yang bersaiz XXXL ia menjadi pengganti, tapi apakan daya masalah pencarian saiz jersi yang padan masih belum dapat aku selesaikan!

Begitulah kisah perjalanan hidupku selaku penyokong Manchester City dan penglibatanku dalam kelab peminat, Kumpulan Penyokong Manchester City Malaysia. Segala sindiran adalah kisah lama kini kerana kebanyakan para penyokong semakin ramai dan merakyat serta amat bangga mengakui sebagai peminat City.

Related image

Dengan prestasi City mencipta nama sebagai salah satu kelab besar di England dan Eropah, sekaligus para penyokongnya turut disegani dan dihormati.

Di kesempatan ini, sebagai ahli MCM yang aktif sejak bertahun, aku menyeru kepada para peminat City di Malaysia terutama ahli-ahli MCM tidak mudah melatah dengan setiap perubahan yang cuba dilakukan oleh pihak Ahli Jawatan Kuasa kerana setiap keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan bersama.


Untuk rakan-rakan peminat, sokonglah sesuatu pasukan bola sepak kerana kelab, bukan kerana pemain tertentu kerana setiap pemain datang dan pergi, namun kelab akan terus kekal selamanya.

Blog Peminat

City mekar di kota Singa

Dari Manchester ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Singapura yang turut menempatkan lokasi cawangan Manchester City untuk operasi komersial wilayah Asia Tenggara.

Previu dan Reviu Peminat

Piala Liga medan derbi Manchester ke-173

Previu dan Reviu Peminat

Cabaran Transformasi Guardiola

Kehadiran Pep Guardiola di Stadium Etihad pada musim panas tiga bulan lalu bagai menatang minyak yang penuh turut dicemburui oleh kelab-kelab pesaing, namun selepas kemarau kemenangan empat perlawanan terakhir, mula timbul persoalan.