quote linkedin dugout

Berita Kelab Peminat

Video 1 Galeri Foto

MCM jalin kerjasama dengan Football Republic

MCM and Football Republic

MCM and Football Republic

Pada 23 Disember 2017, Manchester City Malaysia (MCM) melebarkan sayap dengan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Football Republic, cawangan Kuala Lumpur City Center (KLCC).

Football Republic merupakan rangkaian kedai yang menjual pelbagai barangan sukan, terutama sekali barangan sukan bola sepak. Football Republic juga adalah induk kepada Al-Ikhsan, dimana jenama Al-Ikhsan ini lebih dikenali di Malaysia.

Seramai 100 ahli MCM telah hadir memeriahkan majlis penandatangan kerjasama tersebut dan menjadi saksi hari bersejarah buat kelab penyokong ini yang kian mendapat tempat di hati para peminat bola sepak di tanahair.

Rata-rata ahli yang hadir adalah ahli yang telah mendaftar dan lebih 50 ahli baru yang berjaya mendaftarkan diri mereka menjadi sebahagian dari keluarga besar MCM pada hari tersebut.

MCM 3

Perjanjian kerjasam ini akan memberi kelebihan kepada para ahli yang berdaftar dengan diskaun pembelian sebanyak 15% di setiap cawangan Football Republic and Al-Ikhsan di seluruh negara.

Menyentuh kerjasama ini, CEO Football Republic, Vach Pillutla berkata: “Kami dari Football Republic amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Manchester City Malaysia. Potensi dan komitmen yang ditonjolkan amat memberi impak yang besar buat kami di Football Republic.”

Zoul Bucker selaku Presiden MCM menambah: “Saya amat bersyukur atas kerjasama ini dan terima kasih buat Football Republic kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk menjayakan kerjasama ini. Kami dari MCM akan terus menerus mencari peluang yang lebih baik buat setiap ahli yang berdaftar.”

Sementara  itu Diana Aeldy, Setiausaha MCM turut melahirkan rasa penghargaan kepada mereka yang merealisasikan kerjasama ini dengan berkata : “Ribuan terima kasih kepada Taslim dari Football Republic atas susulan dan cadangan kerjasama ini.

“Ini merupakan langkah positif buat kelab penyokong ini untuk berkembang disamping memberi lebih kelebihan kepada ahli yang berdaftar. Terima kasih kepada keluarga Football Republic cawangan KLCC atas layanan dan persediaan yang sempurna sehingga tamatnya majlis tandatangan.”

Pandaftaran keahlian terus dibuka kepada semua penyokong Manchester City di Malaysia di mana MCM telah mendapat status sebagai kelab penyokong rasmi Manchester City yang berpengkalan di Manchester (Official Supporters Club) mulai tahun 2017, 10 tahun selepas penubuhan kelab penyokong pada tahun 2007.

Selain kelebihan yang ahli kelab penyokong rasmi perolehi daripada Football Republic dan Al-Ikhsan, terdapat banyak lagi kelebihan yang disediakan dan ianya pasti berbaloi dengan harga yang ditetapkan.

MCM 15

MCM turut menganjurkan banyak aktiviti bersama selain ‘gathering’  (perkumpulan menonton perlawanan bersama-sama di beberapa cawangan di seluruh nergara) termasuk juga acara futsal tahunan dan perhimpunan tahunan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan wakil kami melalui:

Facebook – www.facebook.com/MCMPage

Twitter – www.twitter.com/MCFC_Malaysia

Atau talian secara terus:

OSC KPMCM CEO (Azrul Alzaaem) - +60135024070

OSC SPOC (Diana Aeldy) - +60176992446

Special Features

Bukan Semua Tentang Bola: Antara bola dan cinta

Berita Kelab Peminat

Manchester itu biru, kemenangan itu milik kita!

derbi manchester malaysia

Perlawanan derbi Manchester sentiasa dinantikan tidak hanya oleh kedua-dua penyokong pasukan Manchester, malahan para penyokong neutral, apatah lagi di derbi ke-175 kali ini mempertemukan kedua-dua pasukan menghuni dua teratas Liga Perdana Inggeris.

Laporan perkumpulan derbi Manchester ke-175 oleh Kumpulan Peminat Manchester City Malysia (MCM).

Special Features

Bukan Semua Tentang Bola: KDB, Kyle dan Mendy

Not all about Football 1

Bagi peminat bola selain kelab yang diminati, faktor pemain turut menjadi faktor penarik namun mungkin ramai tanpa sedari para pemain bola juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan sama seperti kita semua.

Bukan Semua Tentang Bola merungkai mesej kemanusiaan, persahabatan dan sikap positif para pemain City tidak berkenaan bola...