quote linkedin dugout

Berita Kelab Peminat

Video 1 Galeri Foto

MCM Family Futsal 2016 meriah!

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM) telah menganjurkan Family Futsal edisi 2016 bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara tahunan tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 14 Januari 2017 bertempat di Centremart, Setapak. Namun kali ini ia lebih meriah dengan jumlah kehadiran yang amat diluar jangkaan iaitu seramai hampir 300 peserta, ahli MCM dari seluruh Malaysia.

Sebanyak 12 pasukan mewakili negeri masing-masing dengan harapan untuk menjulang piala pusingan MCM Family Futsal edisi kali ini. Lebih mengkagumkan sebanyak 9 pasukan sanggup datang dari jauh luar dari sekitar Lembah Klang termasuk menyeberang Laut China Selatan dengan pengorbanan wang dan masa.

Ada diantaranya yang terpaksa bermalam di hentian rehat RNR dan hanya dapat tidur lena di dalam kereta sewaktu perjalanan. Namun ia tidak menjadi penghalang untuk merebut kejuaraan, bahkan mereka tetap bertenaga dengan berentap sepenuh kudrat mereka.

Piala pusingan berjaya dijulang oleh pasukan MCM Pulau Pinang dan penjaga gawang mereka, Muhammad Ariff Abd Talib turut merangkul anugerah Penjaga Gawang Terbaik bagi tahun 2016 ini. Kesulitan sewaktu perjalanan terus hilang tatkala diumumkan sebagai juara. 

Naib juara kejohanan pula dimenangi oleh MCM Johor dan tempat ketiga oleh MCM Perak dan Sarawak. Sementara itu MCM Sarawak turut menjuarai Piala FA MCM 2016. 

Pemain Terbaik Kejohanan dirangkul oleh pemain MCM Sarawak, Ahmad Noor Haffizal Ahmad Nasir dan  Pengurus Terbaik pula dimenangi oleh pengurus MCM Perak, Muhamad Lupfee Pornomo. Tahniah kepada semua pemenang!

Presiden MCM, Zulkifli Samsuddin sempat mengulas tentang kejohanan ini dengan mengatakan: " Acara seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan diantara ahli, para penyokong Manchester City Malaysia dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan MCM serta mempromosi Manchester City di kalangan peminat bola sepak tanahair."

Bagi pihak MCM, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua ahli yang telah menjayakan MCM Family Futsal 2016 kali ini. Kami memohon kemaafan atas segala yang terkurang dan sama-sama kita ingati kenangan yang manis ini dan berjumpa lagi di MCM Family Futsal tahun hadapan!

Pada penyokong Manchester City di luar sana, anda dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada kami. Masih banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Akhir kata, majulah Manchester City untuk semua!

Keputusan penuh perlawanan:

* Ikuti laman Facebook MCM Malaysia untuk segala perkembangan aktiviti kami dan akaun Twitter @MCFC_Malaysia.

Previu dan Reviu Peminat

City ibarat menggenggam bara api

Manchester City memulakan langkah di tahun 2017 dengan dua kemenangan berturut-turut di dua kejohanan berbeza yang telah mengembalikan wajah City sebenar ketika di awal musim.

Previu dan Reviu Peminat

City siap gempur the Gunners

Selepas tersungkur dikejar musang Leicester, City berjaya mengelak dari disengat tebuan Watford, kini ancaman bedilan meriam Arsenal menanti pada petang Ahad di Stadium Etihad.

Berita Kelab Peminat

Dua kota satu warna

Blues London dan Blues Manchester bertembung di Stadium Etihad dalam suasana tegang dan berakhir dengan insiden namun ia tidak mengeruhkan hubungan para penyokong kedua-dua pasukan di tanahair.