quote linkedin dugout

Berita Kelab Peminat

Video 1 Galeri Foto

Manchester itu biru, kemenangan itu milik kita!

derbi manchester malaysia

derbi manchester malaysia

Perlawanan derbi Manchester sentiasa dinantikan tidak hanya oleh kedua-dua penyokong pasukan Manchester, malahan para penyokong neutral, apatah lagi di derbi ke-175 kali ini mempertemukan kedua-dua pasukan menghuni dua teratas Liga Perdana Inggeris.

Meskipun pada mulanya keadaan cuaca yang tidak menentu di Manchester sangat dikuatiri dengan ribut salji melanda sehari sebelum perlawanan di seluruh UK, namun rasa kelegaan di kalangan peminat yang sudah membuat perancangan masing-masing apabila ia diteruskan.

Ahli-ahli Kelab Peminat Manchester City Malaysia (Manchester City Malaysia) telah awal lagi mengatur lokasi perkumpulan untuk menonton perlawanan bersama. Perlawanan yang bersiaran pada jam 12.30 tengah malam Ahad/ pagi Isnin itu sikit pun tidak menghalang para ahli untuk berkumpul, bahkan, lebih teruja untuk menyaksikan perlawanan bersama rakan-rakan peminat.

city 5

Lokasi “gathering” bagi kawasan pusat di adakan di Café Uncle K, Shah Alam, Selangor dan telah dihadiri seramai 50 ahli. Ini merupakan gathering kali kedua yang diadakan di Café Uncle K, dimana sebelum ini, perlawanan menentang Arsenal FC diadakan di Café Uncle K, Cyberjaya.

Tidak ketinggalan, ahli di Terengganu dan Perak turut bersama-sama mengadakan “gathering” di negeri masing-masing, Kedai Makan Safien Gong Badak, Terengganu dan Restoran Wak Puji hentian Limau Barli, Perak menjadi lokasi mereka.

city 4

Kehangatan semakin terasa apabila David Silva menjaringkan goal yang pertama. Debaran pula semakin kencang untuk menanti separuh masa yang kedua apabila Marcus Rashford menjaringkan jaringan penyamaan sebelum rehat. Wakil Kelab Peminat Manchester City Malaysia, Diana sempat bertanyakan kepada para ahli yang hadir akan jangkaan mereka pada separuh masa pertama, menurut mereka:

Khairul Razali: “Pertamanya dari apa yang saya nampak 1st half memang City struggle juga nak menyerang kerana player MU marking habis player city, Jesus pula terlalu lama pegang bola dan rasanya beliau masih belum boleh sepenuhnya dengan taktikal pep , midfielder city pula terlalu banyak buat mistake dengan passing yg tidak tepat itu membolehkan MU mendapat gol penyamaan.”

Raja Azam: “Seperti biasa City mengawal pergerakan bola, Manchester United cuba bermain markplayer tetapi Pep Guardiola bermain “false9” yang mana Sterling dan KDB kerap bertukar posisi menyebabkan pertahanan United kehadapan sedikit dari kotak penalty, ini memberi ruang untuk City mencipta ruang mendapatkan goal. Keseluruhan persembahan City pada separuh masa pertama sangat cemerlang.”

Sejurus selepas tamat, sempat juga saya bertanya kepada Naib Presiden MCM:

Nurul Riduan: ”Otamendi memainkan peranan yang penting pada separuh masa kedua. Bukan sahaja melalui jaringan kemenangan tetapi tugasnya selaku pemain pertahanan yang harus diberikan pujian dan tabik hormat daripada penyokong. Selain itu ederson juga cemerlang menafikan percubaan bahaya dariapada tuan rumah.”

Jeremy: “Dalam separuh masa kedua, City kelihatan lebih semangat untuk menjaringkan gol kemenangan. Kompany ditukar dengan Gundogan. Lepas gol kedua, City nampak puas dengan skor 2-1 dan mengeluarkan Jesus untuk Mangala. Kami Citizen semua patut berterima kasih dengan Ederson sebab walaupun dah kena rembat dekat muka, dia masih teguh dan menyelamatkan tendangan kedua.”

city 1

Kejayaan kali ini telah menyemarkkan lagi semangat serta keyakinan para ahli selepas pasukan kesayangan, Manchester City, berjaya mengungguli carta dengan 11 mata lmendahului kelab jiran Manchester United.

Kemenangan tersebut turut mencipta rekod baru kelab dan menyamai rekod Liga Perdana Inggeris sejak 2002 oleh Arsenal dengan 14 kemenangan berturut-turut.

Alangkah gembiranya sebagai para penyokong apabila orang ramai tidak berhenti-henti menceritakan keunggulan kelab kesayangan Manchester City!

city 3

* Perhatian kepada semua penyokong Manchester City di Malaysia, anda dialu-alukan menyertai aktiviti-aktivit kami atau berminat untuk menjadi ahli rasmi Kelab Peminat Manchester City (Official Supporters Club) Untuk maklumat lanjut. sila hubungi kami di laman Facebook: www.facebook.com/MCMPage . Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia ditubuhkan pada 1 Januari 2007 dan pada tahun ini 2017 menjadi kelab penyokong rasmi untuk cawangan Malaysia yang diikitiraf oleh Official Supporters Club berpengkalan di Stadium Etihad.

Special Features

Bukan Semua Tentang Bola: KDB, Kyle dan Mendy

Not all about Football 1

Bagi peminat bola selain kelab yang diminati, faktor pemain turut menjadi faktor penarik namun mungkin ramai tanpa sedari para pemain bola juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan sama seperti kita semua.

Bukan Semua Tentang Bola merungkai mesej kemanusiaan, persahabatan dan sikap positif para pemain City tidak berkenaan bola...

Previu dan Reviu Peminat

Pertemuan awal penentu juara liga musim ini?

Pep Conte

Menjelang perlawanan besar di antara dua gelombang biru Chelsea dan Manchester City, pasukan City bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila kehilangan dua tonggak utama mereka.

Previu perlawanan Chelsea vs Man City..

Previu dan Reviu Peminat

Piala Super yang tertangguh

Feyenoord v City  UCL

Citizens memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan bertandang di De Kuip, Rotterdam menghadapi juara Belanda, Feyenoord.

Previu perlawanan pembuka peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Feyenoord vs Manchester City...