quote linkedin dugout

Berita Kelab Peminat

Video 1 Galeri Foto

Fantom gegarkan Kuala Lumpur!

Ia bukan jam tangan pintar biasa, tapi jam tangan pintar khas untuk para peminat bola sepak, dan Manchester City dengan bangganya menjadi kelab bola sepak pertama di dunia yang akan memperkenalkannya.

Dengan berfikiran sentiasa menambahbaiki hubungan kelab dengan para peminat di seluruh dunia melalui pelbagai medium termasuk media dan media sosial, Manchester City dengan kerjasama Turnpike Group maju setapak lagi untuk memperkenalkan satu cara lagi yang kreatif dan inovatif iaitu maklumat pantas di pergelangan tangan melalui Fantom. 

Malaysia menjadi destinasi pertama di Asia dengan Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia telah menerima jemputan khas dari kelab dengan kerjasama Turnpike untuk menjadi antara kelab penyokong yang pertama di rantau ini mencuba produk terbaru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi untuk para peminat City merasa lebih dekat dengan kelab yang mereka sayangi.

Pada 17 Julai yang lalu, wakil dari Turnpike; Dag Larsson dan Hampus Montham telah mengunjungi Kuala Lumpur sebelum ke Jakarta, Indonesia. Pertemuan itu telah dihadiri oleh 20 ahli Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia yang terpilih untuk mencuba produk ini.

Jam tangan pintar (smartwatch) ini dinamakan sebagai ‘Fan Band’ semasa tempoh percubaan yang akan dikenali sebagai ‘Fantom’ setelah dikeluarkan nanti. Antara fungsi utama Fantom adalah memberi maklumat utama secara langsung berkaitan kelab di mana sahaja.

Selain itu, dengan memakai Fan Band ini, si pemakai akan mendapat isyarat gegaran bahawa terdapat penyokong Manchester City di sekitar dengan syarat penyokong tersebut juga memakai Fantom.

Berikut merupakan fungsi-fungsi utama Fantom:

- Jam

- Kira undur (Countdown) sebelum perlawanan

- Statistik perlawanan

- Pesanan juga informasi terkini daripada kelab

- Carian penyokong berhampiran

- Notifikasi telefon bimbit (panggilan dan sms)

- Undian sewaktu perlawanan (teka jaringan/Pemain Terbaik Perlawanan)

Jam pintar versi percubaan (alpha) ini telah diberikan kepada para peminat untuk mencubanya sehingga sesi jelajah pramusim selesai 5 Ogos lalu untuk maklumbalas dan cadangan penambahbaikan sebelum ia diperkenalkan secara rasmi kepada para peminat City di seluruh dunia.

Kami sempat menembual sebahagian ahli penyokong kelab yang terlibat dalam tempoh percubaan untuk mendapat reaksi mereka tentang Fantom

Presiden KPMCM, Zulkifli Samsudin berkata: “Saya sangat berbesar hati kerana Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia menerima jemputan sebesar ini daripada kelab. Tiada kata dapat saya gambarkan perasaan saya apabila menerima produk ini.

“Ternyata Manchester City mementingkan hubungan diantara Kelab dan juga penyokong. Pada saya, Fantom akan menjadi sesuatu yang akan menjadi ikutan oleh kelab-kelab besar yang lain kerana fungsi-fungsinya, secara tidak lansung mendekatkan lagi hati para penyokong yang jauh kepada kelab tercinta Manchester City walau di mana sahaja mereka berada.”

Sementara Timbalan Presiden, Nurul Riduan yang juga wartawan sukan Sinar Harian, menambah: “Saya benar-benar teruja denga Fantom ini. Ia merupakan sebuah gajet yang menarik buat penggunanya.

“Reka bentuknya juga seakan sedap mata memandang selain selesa untuk dipakai. Sepanjang lebih dua minggu menggunakannya, saya berpuas hati dengan fungsi yang diterapkan dalam Fantom ini.

“Sebagai seorang yang berkhidmat dalam bidang kewartawanan, segala maklumat, berita perlu pantas disampaikan kepada pembaca dan Fantom ternyata memenuhi ciri-ciri tersebut namum perlu ada penambahbaikkan.

“Ribuan terima kasih kepada Man City kerana memberi peluang untuk saya menjadi antara penyokong terawal merasai kehebatan dan kelebihan Fantom.”

Manakala Jeremy Chee yang juga terlibat dalam percubaan Fantom berkata: “Untuk sementara ini Fantom masih dalam proses untuk menyempurnakan sistem dan membaik pulih fungsi ‘bluetooh’ yang masih tidak stabil.

“Fantom pada saya sememangnya mengeratkan lagi hubungan si pengguna dengan kelab tercinta. Saya rasa seakan berada di Stadium Etihad sendiri semasa perlawanan sedang berlangsung kerana penerimaan “update” yang berterusan sepanjang tempoh 90 minit itu.

“Terima kasih Manchester City, kami di Malaysia akan sedaya upaya untuk menambahkan lagi “fanbase” kami dengan jam pintar ini! Juga terima kasih kepada wakil Turnpike, Dag dan Hampus atas keprihatinan dan kesabaran mereka mengajar dan membimbing kami sepanjang tempoh percubaan.”

Setiausaha kelab penyokong, Faizal Azim: “Ini adalah saat dan detik yang begitu mengujakan buat saya dan seluruh penyokong Man City di Malaysia. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah Manchester City kerana ini adalan antara cara terbaik kelab untuk menghargai peminat-peminat seluruh dunia dengan mendekatkan penyokong dan kelab.

“Semoga projek Fantom ini dapat dilaksanakan dan direalisasikan. Kami penyokong sangat dahagakan maklumat-maklumat terkini mengenai kelab yang dipaparkan secara langsung oleh Fantom.”

Diana Eldy yang juga Setiausaha kelab menambah: “Saya sangat teruja dan pastinya tidak terfikir bahawa Man City akan mengeluarkan produk seperti ini. Kualiti yang digunakan sangat bagus, ternyata memberikan keselesaan kepada si pemakai, juga bentuknya yang mengikuti 'trend' terkini sama seperti jam pintar i-Watch atau pengesan aktiviti dipasaran seperti Garmin, Fitbit atau Nabu X.

 

“Saya sangat berterima kasih kepada pasukan  R & D Manchester City atas peluang yang diberikan kepada kami penyokong Man City di Malaysia, juga kepada Turnpike atas bimbingan, tunjuk ajar serta kesabaran menjawab semua soalan daripada kami sepanjang tempoh percubaan. Terima kasih!.”

Sementara itu berikut reaksi dari ahli-ahli kelab yang terlibat dalam percubaan Fan Band (Fantom).

Khairul Razali: “Teruja! Itu yang paling mengambarkan perasaan saya ketika memakainya, sangat menakjubkan! Pendapat saya ia sangat berteknologi tinggi dan info keberkesanan sangat pantas berbanding medium lain. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur atas penghargaan yang diberikan untuk mencuba sesuatu benda baru yang akan membuatkan Manchester City sangat gah di mata dunia!.”

Taleeb Mizad: “Saya sangat gembira, teruja, bangga dan terharu sebab diiktiraf sebagai antara yang pertama dapat menggunakan Fantom Man City secara eksklusif! Secara peribadi, gajet ini sangat membantu penyokong, tambahan lagi dengan zaman yang serba moden dan hi-tech, semuanya dihujung jari sahaja. Terima kasih kepada Dag, Chris dan Hampus atas kerjasama dan bimbingan sepanjang kami menggunakan Fantom ini. Semoga Man City terus maju dan menjadi kelab elit dan terbaik di dunia!

Azrul Alzaeem: “Saya berdebar, teruja dan gembira menjadi perintis bagi projek terbaru dari Man City dengan kolaborasi bersama Turnpike. Fantom ini sangat menarik dan fantastik kerana ia menjadi medium yang boleh mendekatkan peminat dan kelab kegemaran dengan informasi secara langsung. Setinggi penghargaan diucapkan kepada City and Turnpike yang sanggup melabur bagi menjayakan perojek Fantom ini. Ianya sangat bermakna bagi kami semua sebagai peminat.”

Amiro Ezzat: “Saya rasa sangat dihargai sebagai salah seorang peminat Man City dan juga bersama amat teruja untuk menunjukkan Fantom tersebut kepada rakan-rakan saya. Fantom ini menjadi salah satu medium perantara dalam menyajikan pelbagai info dan statisik mengenai pasukan Man City, malah terdapat juga info mengenai bekas-bekas pemain yang pernah berkhidmat bersama City. Jutaan penghargaan terima kasih kepada pihak Turnpike dan City atas peluang yang diberikan.”

Atiqah Suhaimi: “Berpeluang merasai sendiri satu inovasi baru dalam dunia bola sepak dan gajet ini sangat mengujakan saya! Meskipun saya menghadapi masalah untuk menggunakan Fantom ini berikutan jenis telefon yang tidak dapat mengakses aplikasi tersebut, saya berpendapat bahawa gajet ini mampi memberi satu lagi impak besar berikutan fungsi yang ditawarkan sangat menarik dalam membantu memberi informasi terkini kepada peminat. Tahniah kepada pihak Turnpike di atas idea yang bernas ini. Selamat maju jaya!.”

Shahid Allie: “Saya sangat teruja apabila menjadi salah seorang daripasa 20 orang yang mendapat Fantom! Gajet ini ternyata menjadi medium perantaraan untuk peminat di seluruh dunia, cuma saya harap pihak terlibat dapat menaiktaraf Fantom bagi mengelakkan masalah-masalah yang dihadapi oleh para penggunanya. Akhir kata, ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan ini!.”

Alhariz Ismail: “Pada saya Fantom ini masih ada banyak lagi ruang untuk penambahbaikan, namun begitu ia masih lagi dalam versi “Alpha”, jadi sudah semestinya masih belum sempurna dan ada kekurangannya. Akan tetapi, secara keseluruhannya Fantom adalah satu inovasi yang sangat menarik dalam teknologi gajet serta informasi bola sepak. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Turnpike dan City diatas peluang yang diberikan untuk mencuba sesuatu produk yang masih belum lagi ada di pasaran.”

Delima: “Ketika kali pertama menerima Fantom, saya sangat teruja dan tidak sabar menunggu detik ‘Manchester Derby’ perlawanan pramusim untuk melihat sendiri apa yang ia boleh lakukan. Seperti mana yang kita tahu sekarang adalah dunia teknologi dan Fantom adalah salah satu jenis alat yang memang sangat diperlukan oleh peminat dunia sukan. Dengan adanya alat seperti Fanntom ini, penyokong yang sibuk berkerja tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari info terkini di laman sosial kerana informasi akan didapati secara terus dari pergelangan tangan. Selain itu, informasi ini adalah secara terus daripada kelab, jadi penyokong tidak perlu risau akan maklumat yang tidak sahih.”

Azam: “Saya sangat teruju ketika menggunakannya! Fantom adalah gajet yang berteknologi tinggi dan ada kelasnya yang tersendiri. Sungguh mudah dengan adanya Fantom ini kerana saya tidak perlu melayari laman sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai Man City. Saya bersyukur dan terharu atas kepercayaan yang diberikan untuk mencuba gajet ini. Projek seperti ini menunjukkan betapa prihatinnya Man City untuk mendekatkan para peminat kepada mereka!.”

Fakhri Sooti: “Saya berasa amat gembira dan sangat teruja ketika kali pertama memegang Fantom. Pada pendapat saya, masih banyak yang perlu diperbaiki untuk membuatkan Fantom ini lebih menarik. Terima kasih saya ucapkan kepada Turnpike dan City di atas peluang yang diberikan ini.”

Nawawi Marzuki: “Fantom ini sangat ‘versatile’ dan canggih tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya sangat berterima kasih kepada City kerana sudi menjadikan Malaysia sebagai destinasi ‘pilot test’ untuk jam tangan pintar ini”

Nurulamin: “Demi tidak melepaskan peluang teristimewa itu jarak 400 km dari Terengganu ke Kuala Lumpur seperti tiada apa-apa berbanding keseronokan terpilih di kalangan yang pertama untuk mencuba Fantom. Pada hemat saya, gajet ini memiliki reka bentuk yang cukup menarik dan sesuai untuk dipakai sebarang suasana. Dari sudut fungsi, ia berjaya memenuhi apa yang cuba dibawanya dengan memaparkan mesej dan berita terkini berkenaan City. Saya telah mencubanya semasa derbi Manchester pramusim di USA.

Tahniah, syabas dan ucapan segunung terima kasih kepada pihak Manchester City dengan satu lagi inisiatif penglibatan peminat. Ini menunjukkan komitmen pihak City untuk membalas semula sokongan yang dicurahkan para peminat terutama sekali dari kalangan luar kawasan Manchester.”

Jutaan terima kasih buat semua yang telah menjayakan program ini. Kami penyokong di Malaysia akan terus menunggu masanya Manchester City akan mengeluarkan produk ini ke pasaran dengan menjelangnya musim baru nanti.

Reaksi dari Manchester City dan Turnpike; Hampus Montham dan Dag Larsson atas kerjasama dan penglibatan ahi Kelab Peminat Manchester City Malaysia turut positif.

 

 

Untuk para peminat Manchester City di tanahair yang lain anda boleh mendaftar minat anda untuk mendapatkan jam tangan pintar ‘Fantom’ yang akan dimaklumkan perkembangannya kepada anda dengan mendaftar di pautan ini; http://getfantom.com/#signup

Bagi mereka yang terlibat dalam tempoh percubaan juga boleh memberi cadangan secara terus melalui pautan sama untuk tujuan penambahbaikan. Dengan Fantom, City sentiasa bersama anda walau di mana sahaja anda berada!

 

Previu dan Reviu Peminat

Revolusi baru Pep mendepani cabaran musim 2017/18

Selepas proses pembelajaran musim pertama di England, Pep Guardiola merombak skuadnya dengan wajah-wajah baru untuk persiapan musim baru 2017/18 bagi merealisasikan 'pasukan impian'nya.

Reviu musim baru 2017/18 menjelang perlawanan pembuka Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan City ke Brighton pada hari Sabtu 12 Ogos.

Peraduan dan Kuiz

Hadiah terindah dari Gabriel Jesus

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah hasil usaha gigih seorang peminat Manchester City Malaysia membuahkan ganjarannya.

Peminat tegar Manchester City Malaysia, Mohammad Faizal Azim Bin Norapandi teruja memenangi jersi berautograf pemain muda City asal Brazil, Gabriel Jesus...

Kelab Peminat Rasmi

Pengenalan Manchester City Malaysia (MCM)

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia atau Manchester City Malaysia (MCM) merupakan kelab penyokong Manchester City terbesar di Malaysia yang menaungi kelab-kelab penyokong setiap negeri di tanahair dan cawangan-cawangan bandar.

Pengenalan Manchester City Malaysia