quote linkedin dugout

Berita Kelab Peminat

Video 1 Galeri Foto

Gelombang Manchester biru di Malaysia

Pada 10 September lalu telah berlangsung derbi Manchester ke-172 di mana kemenangan telah berpihak kepada Manchester biru 2-1 di Old Trafford yang kejayaannya turut diraikan oleh para penyokong City di tanahair.

Manchester derbi dikategorikan sebagai derbi terbesar dalam Liga Perdana Inggeris dan antara yang paling mendapat liputan meluas dalam dunia bola sepak. Pertemuan kedua-dua kelab kali ini turut amat berlainan berbanding derbi tahun-tahun yang lalu kerana ia telah mempertemukan semula dua pengurus bola sepak antara tersohor di dunia iaitu Pep Guardiola dan Jose Mourinho.

Para penyokong merah dan biru Manchester di Malaysia tidak ketinggalan merasai kehangatan apa yang dirasai oleh para penyokong di bandar Manchester dan seluruh dunia. Kumpulan Penyokong Manchester City Malaysia (MCM) telah mengambil peluang mengadakan perkumpulan (gathering) untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dengan 14 lokasi di seluruh Malaysia.

Selangor dan Kuala Lumpur

Bagi penyokong di Lembah Klang, lokasi perkumpulan telah diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil. Seramai 60 penyokong Manchester City Malaysia dan 60 penyokong Manchester United telah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara khas sempena derbi Manchester di Astro Supersport. 

Acara Supersport telah di acarai oleh Adam Carruthers bersama tetamu jemputan George Boateng, Gary Stevens, Paul Parker dan Steve Mcmahon. Acara bermula sejam sebelum perlawanan bermula, dan dimulakan dengan perbincangan mengenai taktikal yang bakal diguna pakai oleh kedua-dua pasukan berdasarkan senarai pemain yang diturunkan.

Dua ahli dari penyokong Manchester City, Jeremy Chee Mun dan Diana Eldy telah ditemubual bertanyakan tentang siapakah pemain utama bagi perlawanan nanti. Bagi Jeremy, David Silva adalah pemain utama atas faktor beliau sebagai pemain yang berpengalaman di Manchester City juga keajaiban yang selalukan dihasilkan oleh beliau.

Bagi Diana pula, beliau telah memilih Raheem Sterling sebagai pemain utama kerana kelainan yang dapat kita lihat dari Reheem pada 3 perlawanan sebelum ini. Raheem Sterling sering dikatakan hanya sebagai pelengkap pasukan atas faktor keupayaan beliau pada musim lepas, tetapi sepanjang 3 perlawanan yang lalu, kita seoleh-oleh lihat Raheem yang berbeza apabila di bawah pengurusan Pep Guardiola ini. 

Kedua-dua ahli MCM ini telah meneka jaringan perlawanan di masa penuh 1-2 dan nampaknya tekaan mereka sememangnya betul!

Jaringan gol pembuka Kevin De Bruyne diikuti oleh Kelechi Iheanacho yang kemudian dikurangkan defisit oleh Zlatan Ibrahimovic membawa tiga mata penuh buat anak-anak buah bimbingan Pep.

Melaka

Sementara di Melaka pula, seramai 15 ahli telah berkumpul di Restoran Daiwood Bandar Melaka. Kata mereke, ini merupakan perkumpulan teramai mereka kerana faktor lokasi mereka paling berhampiran dengan Lembah Klang berbanding negeri-negeri lain. Kebanyakan ahli lain turut menyertai perkumpulan di kawasan-kawasan Lembah Klang. Tahniah MCM Melaka atas usaha anda!

Sabah

Manakala menyeberangi Laut China Selatan, MCM di Sabah telah berjaya mengembangkan sayap mereka dengan mengadakan perkumpulan di 2 lokasi berbeza; Kota Kinabalu dengan kehadiran 17 ahli dan Tawau seramai 35 ahli. 

MCM Kota Kinabalu

Sabah merupakan 'lubuk' untuk City terus berkembang dengan jumlah ahli yang semakin meningkat dari hari ke sehari. Kedua-dua perkumpulan tersebut turut dihadiri oleh para penyokong kelab jiran yang turut memeriahkan lagi suasana menonton perlawanan bersama-sama. Turut dilangsungkan acara pertukaran cenderamata oleh kedua-dua wakil kelab penyokong. Sabah boleh bah!


MCM Tawau


Johor

Di Johor pula, 10 ahli telah berkumpul di Restoran Pura Kencana Sri Gading, Batu Pahat. Walaupun lokasi perkumpulan telah ditentukan pada minit-minit terakhir, MCM Johor tetap berjaya menyatukan ahli-ahli di negeri itu. Syabas buat anda semua!

Kedah

MCM Kedah dengan 15 ahli telah berkumpul di lokasi tetap mereka di Restoran Shifa, Alor Setar. MCM Kedah merupakan kelab penyokong City teraktif di tanahair di mana semasa sesi perkumpulan yang turut dihadiri oleh para penyokong United telah diadakan acara-acara sampingan seperti teka jaringan, cabutan bertuah dan sambutan hari lahir salah seorang ahli MCM. Tahniah kepada semua pemenang!

Pulau Pinang

Untuk kawasan Pulau Pinang dengan seramai 25, dua lokasi telah dipilih iaitu di K-Bistro Georgetown dan R-chik Café Bukit Mertajam.

Pahang

MCM Pahang dengan ahli seramai 5 orang, perkumpulan mereka diadakan di EPL Café, Kuantan. Walaupun bilangan ahli yang tidak ramai, namun mereka tetap tekad meneruskan aktiviti mereka. Kata mereka, 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit!'. Semangat itu yang kita mahu MCM Pahang! 

Terengganu

Akhir sekali, satu lagi negeri Pantai Timur lokasi perkumpulan telah bertukar pada saat-saat akhir yang membawa jumlah ahli yang dapat hadir hanya sedikit.Namun seramai 6 orang ahli telah hadir menonton perlawanan bersama di TGV MesraMall Kerteh Terengganu. Terima kasih dan syabas!

Kami berterima kasih atas jemputan dari pihak Astro juga kepada kesemua ahli MCM yang telah berusaha mengumpulkan semua para penyokong Manchester City di Malaysia. 

Terima kasih juga kepada penyokong Manchester United yang bersama-sama memeriahkan acara perkumpulan pada kali ini. Semoga kita dapat berkumpul lagi untuk perlawanan kedua nanti di Stadium Etihad pada 25 Februari 2017 nanti!

Image result for manchester is blue

Kepada semua penyokong Manchester City di Malaysia, anda dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti yang diadakan oleh Manchester City Malaysia kerana anda juga sebahagian dari kami! Sehingga derbi Manchester seterusnya, Manchester itu biru dan moga gelombangnya terus merebak ke seluruh tanahair!

* Untuk menyertai sebarang aktiviti termasuk 'gathering' (perkumpulan) sila rujuk laman Facebook Kumpulan Penyokong Manchester City Malaysia (MCM).

Previu dan Reviu Peminat

Siapa akan dapat hentikan keretapi laju City?

Manchester City yang dipacu Pep Guardiola meneruskan larian kemenangan mereka musim ini dengan '10 Sempurna’ selepas kemenangan berganda ke atas Swansea minggu lalu. Kini dua perlawanan menanti, menentang Celtic dan Tottenham Hotspur untuk sasaran rekod seterusnya.

Peraduan dan Kuiz

Hadiah teristimewa dari Agüero

Previu dan Reviu Peminat

Bulan Biru: Cabaran berganda sang Angsa

Raheem Sterling and Jack Cork duel for possession

Selepas mencatat 8 kemenangan dari 8 perlawanan dan memecah rekod 188 tahun kelab, Pep Guardiola berpeluang melanjutkan rekod kepada '10 Sempurna' apabila bertemu lawan sama Swansea di dua kejohanan berbeza secara berturut-turut.