quote linkedin dugout

Berita Kelab Peminat

Video 1 Galeri Foto

Dua kota satu warna

Blues London dan Blues Manchester bertembung di Stadium Etihad dalam suasana tegang dan berakhir dengan insiden namun ia tidak mengeruhkan hubungan para penyokong kedua-dua pasukan di tanahair.

Para penyokong Manchester City dan Chelsea Malaysia telah berkumpul bersama 3 Disember lalu di beberapa lokasi di tanahair dengan 'gathering' terbesar berlangsung di Studio 1 Astro di Bukit Jalil.

Sebahagian para peminat kedua-dua pasukan hadir menonton bersama perlawanan yang turut dimeriahkan dengan tetamu jemputan khas bekas pemain Manchester City, Danny Mills dan bekas pemain Tottenham Hotspur, Gary Stevens.

Sebelum perlawanan kedua-dua tetamu khas ini menjangkakan perlawanan yang sengit namun lebih berpihak kepada Chelsea atas faktor momentum prestasi mereka yang sangat baik dengan kemenangan 7 perlawanan berturut-turut. 

Kelab Penyokong Manchester City Malaysia (MCM) turut dihadiri oleh duta selebriti Radhi OAG bersama isteri. 

Walaupun kalah 3-1 di tempat sendiri, para penyokong City menerimanya dengan terbuka hati walaupun tidak dinafikan sebilangan para penyokong lawan menggunakan peluang tersebut untuk memerli para penyokong City. Alah bisa tegal biasa!

Penyokong City dan Chelsea Pulau Pinang

Namun rata-rata para penyokong Man City dan Chelsea yang berkerjasama menganjurkan 'gathering' di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah Sarawak dan Sabah telah memberi peluang mengeratkan ukhuwwah antara sesama penyokong kedua-dua kelab yang sedia terjalin.

Jumpa lagi 5 April tahun hadapan apabila giliran Man City pula bertandang ke laman Chelsea di Stamford Bridge. Kita sama-sama tunggu pasukan manakah yang akan unggul di puncak carta menjelang Tahun Baharu 2017 nanti.

Penyokong City dan Chelsea Kedah

Penyokong City dan Chelsea Sabah

Bagi para penyokong Man City di Malaysia, kami tetap kekal positif dan berdiri teguh di belakang para pemain dan bos pasukan, Pep Guardiola. Menang kalah adat pertandingan dan kami tidak sabar untuk mengetahu siapakah lawan City seterusnya di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah. COME ON CITY!

Previu dan Reviu Peminat

Misi elak 'mata' dicuri 'musang'

City akan berkunjung ke Stadium King Power petang Sabtu berhadapan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester, dengan sasaran kembali bangkit meraih kemenangan.

Previu dan Reviu Peminat

Perang taktikal: Guardiola vs Conte

Perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-14 musim ini di Stadium Etihad bukan sahaja mempertemukan dua pasukan teratas carta, juga dua pengurus tersohor Pep Guardiola dan Antonio Conte.

Previu dan Reviu Peminat

City selangkah lagi ke 16 akhir UCL