quote linkedin dugout

Berita Kelab Peminat

Video 1 Galeri Foto

Trofi-trofi kemenangan City di Malaysia!

Pada 25-26 Oktober lalu, Dashing telah membawa trofi Liga Perdana Inggeris dan Capital One Cup ke Sunway Pyramid, Kuala Lumpur untuk ditunjukkan secara dekat buat para penyokong Manchester City di Malaysia.

Dashing merupakan syarikat Malaysia yang pertama menandatangani perjanjian kerjasama bersama Manchester City FC. Para penyokong di Malaysia merasakan ini adalah peluang yang terbaik bagi merapatkan lagi hubungan diantara kelab kesayangan mereka juga negara yang tercinta ini.

Melalui kerjasama ini, ia membuka peluang kepada semua penyokong di Malaysia merealisasikan impian untuk menjejakkan kaki di Manchester, melawat Stadium Etihad, bertemu para pemain utama, juga menonton perlawanan secara lansung dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak Dashing.

Dashing Malaysia juga turut diberi peluang membawa dua trofi yang telah dijulang oleh kelab pada musim lalu untuk memberi peluang kepada para penyokong kelab bergambar. Ahli penyokong Manchester City Malaysia (MCM) mendapat pass masuk khas untuk merakamkan detik manis mereka bersama trofi yang diidami oleh kelab-kelab di England ini.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah-wajah ahli penyokong MCM dan antara komen dari para ahli setelah merakamkan detik bersama piala seperti berikut:

Zoul Bake: “Ribuan berterima kasih kepada pihak Dashing kerana memberi peluang kepada kami untuk merakamkan saat indah ini. Saya berharap MCM dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak Dashing. Terima kasih sekali lagi.”

Jeremy Chee: “Ini kali pertama saya melihat piala ini secara langsung, dan ternyata impian saya kini menjadi kenyataan. Merakamkan saat indah ini adalah sangat bermakna buat saya bersama ahli MCM yang lain. Terima kasih Dashing!”

Riduan: “Ini kali kedua saya melihat piala ini secara lansung. Buat pertama kalinya adalah ketika pertama jelajah pra-musim tahun 2012 di sini, dan kini, berjumpa kembali buat kali kedua, perasaan saya sememangnya sukar untuk digambarkan. Kegembiraan para pemain serta Manuel sewaktu menjulang piala bermain di minda saya!”

Ruzaidi: “Terima kasih Dashing kerana memberi kami kesempatan ini. Terima kasih kepada Manchester City juga kerana mengadakan sesi jelajah trofi ini. Sekurangnya, buat kami yang jauh di Malaysia ini, sedikit sebanyak dapat merasai keseronokkan yang sama penyokong Manchester City di United Kingdom alami. Ayuh City, kekalkan kejuaraan ini!”

Sekalung penghargaan buat pihak Dashing yang membantu secara lansung dan secara tidak langsung. Kami hargai akan layanan baik yang anda berikan, dan kami berharap dapat menjalikan hubungan baik. Terima kasih atas sokongan. Kini, penyokong Manchester City akan kekalkan keharuman badan dengan mengunakan Dashing! Dashing membuatkan ada VIP di Manchester City. #DASHINGgoesMANCITY

__________________________________________________________

Kirimkan kepada kami pengalaman anda selaku penyokong dan pendukung City, bagaimana tercetusnya anda meminati kelab ini, perlawanan yang tak dapat dilupakan, pandangan anda tentang kelab, pemain dan pengurus, serta kongsikan pengalaman bertemu pemain City kesayangan anda, atau lawatan anda ke Etihad! Hantarkan kepada wakil media Bahasa Melayu kami bersama foto-foto di e-mail nik.hassan@cityfootball.com.

 

Wawancara Peminat

Taleeb Mizad: City tetap nombor satu!

Taleeb yang menjadi duta selebriti rasmi Manchester City Malaysia sempat meluangkan masa untuk diwawancara secara eksklusif oleh wakil media Bahasa Melayu MCFC di Etihad.

Wawancara khas bersama duta selebriti Man City Malaysia, penyanyi Islamick, Taleeb Mizad

Wawancara Peminat

Shuib Sepahtu: Laughter is a good medicine!

Sepahtu tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat hiburan tanahair dengan gandingan Jep dan Shuib. Kami sempat mewawancara Shuib secara eksklusif yang menjadi duta selebriti Manchester City di Malaysia.

Wawancara bersama duta selebirit Manchester Malaysia, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu

Berita Kelab Peminat

Salam Aidilfitri buat semua

Bersempena kedatangan 1 Syawal 1437H, Manchester City ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum Muslimin yang menyambutnya.