quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

City pecah rekod baru Piala Dunia

Musim ini Manchester City bukan sahaja memecah rekod Liga Perdana Inggeris malah bakal menyaksikan memecah rekod Piala Dunia.

Pasukan Pep Guardiola akan menjadi kelab bola sepak pertama di dunia mempunyai wakil pemain teramai mewakil satu-satu kelab di kejohanan bola sepak terbesar di dunia di Russia nanti.

Wartawan Manchester Evening News, Stuart Brennan melaporkan , “Bukan sahaja memecah rekod-rekod Liga Perdana Inggeris dengan begitu banyak, Manchester City akan memecah satu lagi rekod iaitu di Piala Dunia!

“City akan diwakili 17 bintang bakal beraksi di Russia, satu penambahan besar dari tujuh pemain ketika Piala Dunia 2014 di Brazil, dan menjadi kontinjen terbesar dari satu kelab bola sepak dalam sejarah kejohanan.

Image result for world cup 2018 russia

“Ini bermakna, Citizens buat pertama kali, menjadi kelab terbaik dengan diwakili pemain teramai, mengatasi Real Madrid, yang diwakili pemain yang juga menjadi rekod sekiranya tidak diatasi City.

“Rekod sebelum ini dipegang oleh Arsenal dengan 15 pemain semasa Piala Dunia 2006 di Jerman.”

Ia nampaknya musim panas yang sibuk buat kami di my.mancity.com yang akan melaporkan perkembangan aksi bintang-bintang kita nanti.

WorldCup

 

Kejohanan Piala Dunia akan bermula 14 Jun ini dan berakhir 15 Julai. Siapa bakal anda sokong nanti?

Untuk senarai pemain City yang dipanggil oleh skuad kebangsaan masing-masing di pautan ini.

Berita Pasukan Utama

Siapa pemain City ke Piala Dunia 2018?

​NIGHT UNDER THE LIGHTS: Bernardo celebrates with Sane after slotting home to make it 2-1.

Musim 2017/18 merupakan musim cemerlang buat Manchester City selaku juara Liga Perdana Inggeris dengan deretan rekod baru, tapi fokus kini beralih ke Piala Dunia di Russia.

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola tandatangani lanjutan kontrak

Berita Pasukan Utama

Salam Ramadhan buat semua!

Happy Ramadhan 1439H

Manchester City mengucapkan Selamat berpuasa dan menyambut bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak buat semua kaum Muslim.