quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

KDB tenang dikaitkan calon anugerah Ballon d'Or

HUMBLE: Kevin De Bruyne

HUMBLE: Kevin De Bruyne

Kevin De Bryune dicanang sebagai pencabar baru anugerah berprestij pemain bola sepak terbaik dunia dan Vincent Kompany sasar City rangkul juara semasa derbi Manchester.

Kevin De Bruyne, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo ... adakah anda dengar bunyi itu bila kami sebutkan nama-nama  ini dalam ruangan Apa Kata Media kali ini?

Kami juga ada pandangan mengenai perlawanana derbi Manchester, ditambah dengan cerita penyerang La Liga yang sudah lama dikaitkan, semuanya dalam himpunan spekulasi perpindahan terkini.

Pertama kita mulakan dengan pemain handalan City, De Bruyne; yang telah dibandingkan dengan beberapa pemenang Ballon d'Or, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Related image

Pemain Belgium yang licik itu tidak mahu terbawa-bawa dengan cerita tersebut.

"Adalah mustahil untuk membandingkan antara mereka dengan saya," katanya dalam komen yang dilaporkan oleh MEN. "Kedudukan kami adalah berbeza sama sekali.

"Mereka lebih hebat di padang dan menjaringkan gol sepuluh kali ganda lebih banyak daripada saya.

"Jika saya jaringkan 10 gol dalam satu musim, mereka jaringkan seratus. Tetapi saya juga ada tugas lain di atas padang. "

EVERY TOUCH: Kevin De Bruyne v Leicester.

Every Touch

Video

Every touch: Kevin De Bruyne v Leicester

View original post

Rakan senegara De Bruyne, Vincent Kompany telah bercakap sebelum perlawanan Belgium menentang Arab Saudi, dan telah menekankan pentingnya bagi Blues meneruskan momentum yang baik di waktu rehat antarabangsa.

City bakal menghadapi 11 hari-hari yang genting apabila kita kembali beraksi, menghadapi Everton (di tempat lawan, Liga Perdana), sebelum Liverpool (di tempat lawan, Liga Juara-Juara), United (di tempat sendiri, PL) dan kemudian Liverpool (di tempat sendiri, UCL).

Dalam satu sidang akhbar yang dilaporkan oleh Sky Sports, Kompany, berkata: '' Anda perlukan perasaan positif untuk mengakhiri musim dengan baik, terus bermain pada tahap yang sama, malahan meneruskannya di musim depan dan merasa bahawa anda masih mempunyai kekuatan tersebut. '

Image result for vincent kompany man city

"'Anda boleh kehilangan kekuatan itu walaupun sebagai seorang juara. Ia adalah 11 hari yang penting apabila kita benar-benar memahami keadaan sebenarnya..

"Manchester City berpotensi untuk memenangi gelaran liga dengan kemenangan ke atas United pada 7 April dan Kompany mengakui perlawanan derbi yang akan datang itu sedang heboh dipercakapkan.

"Semua orang di Manchester hanya bercakap mengenainya sekarang. Liga Juara-Juara Eropah juga adalah sesuatu yang sangat besar, bagaimanapun, saya rasa seperti kami dapat sedikit sokongan daripada penyokong United untuk perlawanan itu [melawan Liverpool].

Image result for vincent kompany man city champions league

"Tetapi selain daripada itu, permainan menentang United adalah perkara yang paling banyak dipercakapkan tetapi kami masih perlu bertemu Everton."

Akhir sekali, sedikit coretan desas desus perpindahan dari Sepanyol, dengan Isco daripada Real Madrid dilaporkan masih menjadi sasaran.

Itu sahaja keseluruhannya untuk hari ini, kami akan kembali lagi esok dengan berita akhbar-akhbar selanjutnya!

Berita Pasukan Utama

Kemas kini kecederaan Sergio Aguero

CITY SMILE: Sergio spots our camera

Jorge Sampaoli mengesahkan Sergio Aguero tidak bersedia untuk menghadapi Itali di Stadium Etihad pada petang Jumaat ini

Terkini mengenai Sergio Aguero dari kem Argentina

Berita Pasukan Utama

Gundogan: Saya semakin hampir menuju tahap terbaik

IN THE HEAT: Ilkay Gundogan takes some liquid on board.

Ilkay Gundogan percaya pencarian tahap terbaiknya bakal digapai setelah pulih daripada kecederaan seawal pembabitannya dengan Manchester City.

Kita dengarkan dari Ilkay Gundogan mengenai prestasi dan kecergasannya ...

Apa Kata Media

The Sun: City bersaing dengan Reds untuk Boateng?