quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Media Watch: Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Media Watch: Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Satu tindakan bijak taktikal, bakat berdaya maju Leroy Sane dan kekaguman seorang pemain Manchester United ke atas seorang pemain City, semuanya dalam ruangan Apa Kata Media hari ini.

Kita mulakan dengan akhbar Manchester Evening News, di mana Stuart Brennan telah menulis dan menjelaskan bagaimana Pep Guardiola telah berjaya menggali keunggulan Kevin De Bruyne dan David Silva, dan mengapa ianya teramat penting kepada nasib City pada musim ini.

Brennan menulis: "Kedua-dua De Bruyne dan David Silva adalah pemain tengah, dan keduanya bermain sebagai pemain nombor 10 - ketika City menguasai bola.

"Tetapi apabila tanpa bola, dia mengharapkan keduanya menjadi apa yang dikatakan oleh orang Eropah ini sebagai pemain nombor 8, pemain serba boleh atau kotak ke kotak yang juga turun ke bawah dan bekerja keras untuk pasukan.

"Sebaik sahaja dia memastikan mesej itu difahami, City berubah. Ketika memiliki bola, mereka ada Fernandinho sebagai penambat yang mengemudi pacuan permainan dan membuat hantaran-hantaran tajam.

 

"De Bruyne biasanya turun ke bawah lebih jauh daripada Silva tetapi masih berfungsi sebagai pemain tengah yang menyerang - kedua-duanya saling beralih posisi di mana ini dapat memberikan Fernandinho dan para pemain pertahanan City lain sasaran bagi hantaran-hantaran di antara ruang dan pemain lawan."

Sementara itu, Sane telah selayaknya dipuji rakan-rakan sepasukan negara dan Bayer Leverkusen. Bercakap tentang kumpulan pemain muda Jerman yang berbakat tinggi, termasuk Sane, pemain tengah itu percaya pasukan Die Mannschaft harus berbangga dengan kualiti mereka.

 

Image result for leroy sane

Goal menceritakan, di mana Jonathan Tah berkata: "Pastinya, inilah masa hadapan.

"Saya rasa Jerman sepatutnya berbangga memiliki pemain-pemain seperti mereka. Apa yang mereka telah capai pada usia semuda itu adalah sememangnya cemerlang.

"Ada lagi beberapa pemain lain. Saya fikir ini adalah masa hadapan kita, semestinya. "

Terakhir, pemain United Paul Pogba telah mendedahkan senarai pemain yang dikaguminya, termasuk yang lama dan baru.

Image result for paul pogba

Dan di antara bintang-bintang yang masih bermain adalah dua pemain tengah City, yang mana pemain Perancis itu mengaku dia cuba belajar dari mereka.

Dia memberitahu akhbar Mirror: "Sekarang saya lebih banyak memerhati pemain-pemain seperti Andres Iniesta, Yaya Toure, Kevin De Bruyne dan Luka Modric - yang merupakan pemain tengah yang sangat bagus.

"Saya memerhati mereka untuk cuba menjadi lebih baik."

Itu sahaja untuk hari ini, Blues, tetapi kami akan kembali semula dengan banyak lagi berita-berita utama, esok pada masa yang sama.

 

Berita Pasukan Utama

Lionel Messi tiba di Akademi Bola Sepak City

SEKADAR MEMERHATI: Sergio Aguero dan Lionel Messi

Lionel Messi menyertai rakan sepasukan Argentina pada petang Selasa sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan dengan Itali pada petang Jumaat.

Lionel Messi menyertai pasukan Argentina di CFA ...

Berita Pasukan Utama

Tugasan Antarabangsa: Siapa, ke mana dan bila?

Berita Pasukan Utama

City diundi bertemu Liverpool di suku akhir UCL