quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

The Sun: City bersaing dengan Reds untuk Boateng?

Adakah City akan cuba mengembalikan pemain yang meninggalkan kita pada 2011?

The Sun, Mirror dan Daily Star semuanya percaya bahawa Blues akan cuba mendapatkan pemain serba boleh Jerome Boateng, jika dibolehkan pada musim panas ini dengan pemain antarabangsa Jerman itu dikhabarkan sedang mencari cabaran baru.

Laporan akhbar The Sun: "Pep Guardiola sedang bersiap sedia dengan kemungkinan pemain pertahanan Jerman kembali ke Stadium Etihad - tetapi dijangka mendapat persaingan sengit dari jirannya, Manchester United, juga Real Madrid dan Barcelona.

Image result for jerome boateng pep guardiola

"Guardiola sangat meminati pemain berusia 29 tahun itu selepas bekerja dengannya di Allianz Arena.

"Dan pemenang Piala Dunia itu akan memperkuat pertahanan Pep meskipun City telah berjaya memperoleh Liga Perdana Inggeris.

"Pep berpeluang besar untuk mendapatkan dia selepas memenangi tiga gelaran Bundesliga dengan pemain pertahanan itu antara 2014 dan 2016.

Image result for jerome boateng world cup

"Dia juga boleh mengisi kedudukan bek kanan tetapi pertahanan tengah ialah posisi di mana ia telah membuktikan dirinya sebagai antara pemain pertahanan terbaik di Eropah.

"Boateng tinggalkan City pada 2011 untuk meningkatkan peluang bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman dengan bermain bola secara lebih kerap di Bayern.

Image result for jerome boateng man city

"Dalam masa tiga tahun dia telah memenangi Piala Dunia dan menyumbang kepada kejayaan negaranya di Brazil.

"Bintang kelahiran Berlin itu mengalami kecederaan yang panjang dua musim lalu dengan masalah paha tetapi telah kembali bermain musim ini dengan lebih kerap – tetapi sumber terdekat pemain itu menjangkakan dia akan berpindah pada musim panas ini."

Sementara itu, laporan BBC Sport menyatakan Yaya mungkin tidak akan kembali bermain untuk pasukan negara.

Legenda Ivory itu dijangka kembali untuk bermain dengan pasukan Gajah minggu depan - tetapi BBC melaporkan: "Yaya Toure mengatakan dia menarik diri dari skuad Ivory Coast untuk perlawanan-perlawanan akan datang menentang Togo dan Moldova kerana alasan keluarga.

"Pemain tengah Manchester City itu dijangka kembali ke arena antarabangsa selepas membatalkan keputusan untuk bersara yang dibuatnya selepas memimpin negaranya memenangi gelaran Piala Afrika 2015.

Image result for yaya toure ivory coast african cup 2015

"Bagaimanapun, Toure, yang memiliki 102 penampilan antarabangsa, tidak muncul seperti yang dijangka pada hari Selasa dan telah memaklumkan Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast yang dia tidak akan bersama mereka.

"Awal minggu ini Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) telah mengesahkan yang Yaya Toure akan kembali bermain bersama skuad Gajah untuk perlawanan-perlawanan persahabatan bulan ini di Perancis.

"Setelah dinamakan dalam skuad 24 pemain untuk perlawanan menentang Togo pada 24 Mac dan kemudiannya Moldova tiga hari kemudian, para pegawai FIF mengatakan mereka tidak sabar untuk menunggu kepulangannya selepas tidak bermain selama tiga tahun."

Selanjutnya, dan kita perlu membiasakan diri dengan cerita 'City tidak menakutkan kita' yang datang dari kiri, kanan dan tengah oleh bekas-bekas pemain Liverpool.

Komen yang adil, tetapi diharapkan Blues akan membuktikan kemampuan mereka di atas padang - sehingga itu, jangkakan lebih banyak lagi wawancara seperti John Aldridge dalam 101 Great Goals.

Image result for john Aldridge

Dia berkata: "Mungkin, ia adalah kelebihan bagi mereka yang bermain perlawanan kedua di tempat sendiri namun begitu, tempat mereka tidak menghasilkan suasana bola sepak sebenar. (Aduh!)

"Kita perlu mengambil kepentingan perlawan pertama ini. Saya rasa cukup bertuah kerana telah  terlibat dalam beberapa malam bola sepak Eropah yang sangat istimewa di Anfield selama beberapa tahun,  di mana tempat itu benar-benar bergegar, dan kami perlu menambah Man City ke senarai yang sama.

Akan ada pemain-pemain mereka yang bergetar apabila mereka merasakan suasana di tempat kami. Mereka mungkin tidak pernah mendengar sesuatu yang seperti itu.

'Tidak ada sebab untuk kami berasa takut kepada City. Saya tahu kami telah kalah di tempat mereka  dalam perlawanan liga tetapi sehingga kad merah Sadio Mane, tidak ada banyak perbezaan antara kedua pasukan. '

Related image

Sebagai pengakhir, Daily Mail melaporkan yang pengurus bola sepak wanita England, Phil Neville berada di Stadium Akademi ketika City mencatat kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama dengan juara Sweden, Linkoping malam tadi ...

"Neville kini sedang memikirkan tentang tanggungjawab awalnya selepas pasukannya mengalami kekalahan terakhir kepada Amerika Syarikat dalam Piala Shebelieves awal bulan ini.

"Untuk City, mereka telah mara ke separuh akhir musim lalu untuk penyertaan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara Wanita dan akan berharap untuk bermain dengan baik atau lebih baik pada kali ini.

"Pada malam Rabu lepas, Linkoping telah dikurangkan kepada 10 pemain, tujuh minit sebelum separuh masa pertama berakhir ketika Liza Lantz menerima dua kad kuning berturut-turut dan diberi sepakan penalti.

"Parris menjaringkan sepakan penalti dan Ross menanduk masuk gol kedua 10 minit setelah separuh masa kedua bermula, dan City yang juga telah terkena palang gol sebanyak dua kali, akhirnya berjaya memperoleh kemenangan sebelum perlawanan seterusnya di Linkoping Arena."

 

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva mendedahkan kunci kejayaan City

"Ia sememangnya hebat setakat ini dan kami mahu pastikan ia begitu." Bernardo Silva tentang musim sulung impiannya di City.

Keinginan untuk menyerang pasukan lawan dan menghiburkan peminat menjadi kunci kepada musim Manchester City setakat ini.

Kami bercakap dengan Bernardo Silva mengenai musim City setakat ini ...

Berita Pasukan Utama

Ilkay Gundogan tentang undian UCL

ILKAY GUNDOGAN: German precision

Ilkay Gundogan berkata City perlu mengalahkan pasukan-pasukan terbaik untuk merangkul Liga Juara-Juara Eropah.

Gundogan: Kita harus mengalahkan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik

Apa Kata Media

Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Media Watch: Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Satu tindakan bijak taktikal, bakat berdaya maju Leroy Sane dan kekaguman seorang pemain Manchester United ke atas seorang pemain City, semuanya dalam ruangan Apa Kata Media hari ini.

Salah satu keputusan paling penting Pep Guardiola telah diperbincangkan di akhbar-akhbar hari ini...