quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Kehebatan Gundogan dan nasihat Gabriel buat Neymar

FITNESS ADVICE: Gabriel Jesus and compatriot Neymar

FITNESS ADVICE: Gabriel Jesus and compatriot Neymar

Media hari Jumaat membawa kami analisis tentang para pemain tengah City Ilkay Gundogan dan Fernandinho, dan bagaimana pemain penyerang Brazil, Gabriel Jesus memberi nasihat kepada rakan senegaranya, Neymar.

Pertama sekali tentang Ilkay Gundogan yang telah melakukant 37 penampilan yang hebat dalam semua kejohanan musim ini, beliau telah menarik perhatian kolumnis ESPN, David Mooney.

Mooney menulis: "Dia kelihatan seperti pemain tengah yang sempurna untuk pasukan gaya Guardiola. Dia mempunyai visi dan kemahiran untuk melaksanakan pelbagai hantaran bola, walaupun tanpa bola, dia menunjukkan bakat yang diingini oleh pengurus atas setiap pemainnya, seperti memotong ruang dan merampas kembali bola dengan cepat.

Image result for ilkay gundogan 2018

" Ia mungkin Leroy Sane, Raheem Sterling atau Sergio Aguero yang melakukan larian dan kejaran, tetapi selalunya Gundogan yang muncul dengan bola, bersedia untuk mewujudkan peluang kepada salah satu rakan sepasukannya ke ruang kosong yang terbiar."

Kehadiran Gundogan telah mengurangkan 'tamparan' ketiadaan Fernandinho, walaupun galeri latihan kami dari hari Khamis telah mengesahkan bahawa dinamo Brazil sedang menghampiri kemunculan semula.

Wartawan City MEN, Stuart Brennan menulis bahawa skuad Blues akan kembali dengan kekuatan skuad penuh menjelang perlawanan pada hari Isnin ini di Stoke.

Image result for fernandinho injury 2018

"Sterling, yang telah direhatkan akibat mengalami kecederaan hamstring dijangka akan kembali semula," laporan Brennan.

"Pemain tengah Brazil, Fernandinho keluar padang dengan terhinjut-hinjut dari perlawanan akhir Piala Carabao akibat masalah hamstring hampir dua minggu lalu, dan terlepas beraksi dalam kemenangan menentang Arsenal dan Chelsea, serta kekalahan kepada Basel di Liga Juara-Juara Eropah. 

"Menuju ke hujung musim ini, kembalinya Fernandinho dan David Silva adalah satu manfaat besar buat City.”

Image result for gabriel jesus neymar

Meneruskan tema Brazil, beberapa akhbar menyampaikan kata-kata dari penyerang City, Gabriel Jesus berikutan sekembalinya beraksi - dan bagaimana dia telah memberi nasihat kepada rakan senegara Neymar selepas pemain PSG itu patah kaki.

Jack Gaughan dari akhbar The Daily Mail melaporkan: "Dia (Jesus) mendedahkan bahawa rakan sepasukan Brazil Neymar telah meminta nasihatnya menangani pemulihan selepas mengalami kecederaan yang sama pada bulan yang lalu.

"Dia menghantar saya mesej dan bertanya tentang masalah tersebut," tambah Jesus. "Saya menjelaskan kepadanya bagaimana perasaan saya, bagaimana proses pemulihan dilalui. Dia sudah menjalani pembedahan, sedang pulih dan mulai berjalan semula."

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad Februari

Berita Pasukan Utama

Pep teruja City layak ke suku akhir UCL

Pep v Basel

Pep Guardiola berkata yang beliau merasa teruja selepas Manchester City berjaya layak ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas menang agregat 5-2 ke atas Basel di 16 akhir.

Laporan Perlawanan

City tempah tempat lapan akhir UCL 2018