quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Ringkasan Media: 26 Jun

STERLING WORK: Raheem Sterling has been tipped for greatness by a former teammate...

STERLING WORK: Raheem Sterling has been tipped for greatness by a former teammate...

Sembang Piala Dunia, penghormatan daripada bekas pemain City dan desas-desus pemindahan…

Pemain Terbaik Perlawanan John Stones, masih lagi menonjol di tajuk utama berita berikutan dua tendangan gol yang menakjubkan dalam perlawanan dengan Panama Ahad lepas.

Pemain barisan pertahanan tersebut dijangka akan bermain di perlawanan akhir Kumpulan G melawan Belgium hari Khamis nanti, mengesahkan pentingnya membina momentum, sambal Stones menimba pengalaman luar biasa daripada kempen City tahun 2017/18.

Rentetan dari Daily Mail, Stones menyatakan: “Kami mahu menang. Saya rasa kita perlu terus menang, dan saya telah membawa kemenangan dari City hinggalah ke Piala Dunia: kita perlu meneruskan momentum kemenangan.

“Kemenangan membawa manfaat ke perlawanan yang seterusnya. Saya cuba menambah baik diri dan terus menang dalam perlawanan.

“Pada akhir hari, kita mahu menang – itulah sebab kita menyertai perlawanan.”

Stones juga mengiktiraf perkembangan pantasnya kepada pengurusan Pep Guardiola.

Katanya: “Beliau memudahkan segala-galanya – cara beliau berbahasa, cara beliau memberi nasihat dan memberitahu anda cara bermain.

“Dari dua tahun yang lepas sehingga sekarang, saya kini individu yang berbeza; pemain yang berbeza. Terima kasih kepada Pep Guardiola dan teman sepasukan saya.

“Sebagai budak muda, saya tidak pernah menjangka bahawa saya akan berpeluang bermain untuk England, apa lagi menjaringkan gol. Sebenarnya, saya masih tidak dapat mempercayainya!”

Begitulah populariti Stones, tulis pengarang Football Fancast Sam Preston, tentang pengaruh pemain barisan pertahanan tersebut terhadap England.

Katanya lagi: “Dalam perlawanan menewaskan Panama 6-1, Stones telah menunjukkan prestasi yang menyeluruh. Dia telah menjaringkan gol pertama dengan tandukan yang kuat dan kemudian menambat gol kedua sebelum sampai separuh masa.

“Ini telah membawa kepada satu scenario yang tidak dapat dibayangkan jika tendangan penalti kedua England tidak dilakukan oleh Harry Kane, Stones berkemungkinan menyandang gelaran pemain barisan pertahanan yang pertama menjaringkan tiga gol Piala Dunia berturut-turut untuk England.

“Stones telah mengambil peluang apabila Panama enggan menekan dengan mendapatkan bola lebih kerap berbanding pemain-pemain England yang lain dan memaparkan ketepatan dalam pengendalian.

Berita Pasukan Utama

Diari Piala Dunia: 25 Jun

CRUNCH TIME: Bernardo Silva and David Silva are both set to be in World Cup action later today

Piala Dunia 2018 telah sampai ke titik pertengahan, persiapan perlawanan akan bermula lewat hari ini apabila keputusan peringkat kumpulan mula diketahui.

Perlawanan sengit di Rusia 2018 apabila Sepanyol dan Portugal berlawan hari ini untuk menjamin tempat mereka di pusingan 16

Berita Pasukan Utama

Diari Piala Dunia: 25 Jun

CRUNCH TIME: Bernardo Silva and David Silva are both set to be in World Cup action later today

Piala Dunia 2018 telah sampai ke titik pertengahan, persiapan perlawanan akan bermula lewat hari ini apabila keputusan peringkat kumpulan mula diketahui.

Perlawanan sengit di Rusia 2018 apabila Sepanyol dan Portugal berlawan hari ini untuk menjamin tempat mereka di pusingan 16

Berita Pasukan Utama

Diari Piala Dunia: 22 Jun

RUSSIA 2018: The latest diary entry from the World Cup

Sergio Aguero dan Nicolas Otamendi kecewa apabila Argentina tewas dengan Croatia 3-0 dalam perlawanan Piala Dunia semalam.

Berita terkini Piala Dunia di Rusia