quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Lewandowski mungkin sertai City?

Jendela perpindahan pemain Musim Sejuk lagi tiga bulan lebih akan dibuka namun media sudah mula rancak mengaitkan beberapa nama dengan City.

Hari ini akhbar the Sun mendakwa yang City sedang memerhati bintang Bayern Munich asal Poland, Robert Lewandowski untuk perpindahan Januari nanti.

City telah mempamerkan permainan menyerang sejak akhir-akhir ini dengan jaringan besar namun ia tidak menghentikan spekulasi yang Pep Guardiola ingin memperkuatkan lagi barisan serangannya dalam mendepani empat kejuaraan serentak musim ini.

Image result for lewandowski bayern 4-0 mainz

“Unit peninjau City sedang memerhati situasi Lewandowski apabila beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan Bayern Munich 4-0 di Mainz hujung minggu lalu.

“Penyerang Poland itu secara umum telah mengkritik polisi perpindahan pemain kelabnya pada musim panas ini selepas pengerusi dan pemilik kelab menolak untuk bersaing dengan Paris Saint-Germain dalam membeli pemain baru.

“Bos City Pep Guardiola dikatakan bersedia untuk menggunakan situasi ini dalam cubaan City menarik Lewandowski bulan Januari nanti.

“Beliau telah menjaringkan lima gol dari empat perlawanan musim ini meskipun spekulasi tentang masa depannya yang kabur.

“Lewandowski dijangka akan mencetus perang bidaan antara kelab-kelab ternama Eropah sekiranya beliau kembali dalam pasaran pemain nanti.

Image result for lewandowski and pep guardiola

“City akan menggunakan kelebihan hubungan baik penyerang tersebut dengan Guardiola semasa mereka bekerja bersama di Bayern.”

Sementara itu, wartawan bola sepak ternama Eropah, Gabriele Marcotti melaporkan di ESPN yang beliau percaya City kini bermain antara bola sepak terbaik di Eropah.

“Tahun lalu, Manchester City telah berkunjung ke Watford dan menang 5-0, dan musim ini sebahagian peminat Watford menjangkakan ia tidak menjadi lebih teruk dari itu pada musim ini, dan jelas telahan mereka silap.

“City menang 6-0 hari Sabtu lalu, meskipun keputusan tersebut belum lagi mencapai kehebatan sebenar pasukan dengan permainan yang telah ditonjolkan. Pep Guardiola kembali kepada formasi empat pemain pertahanan, gandingan Gabriel Jesus dan Sergio Aguero di bahagian hadapan dan menempatkan Raheem Sterling, Kevin De Bruyne dan David Silva di belakang kedua-duanya.

Image result for watford 0-6 man city

“Ia sesuatu yang mengasyikkan untuk ditonton, malah di kaca TV. Watford mendakwa dua gol City ofsaid (gol pertama Aguero dan gol Gabriel) dan Nathaniel Chalobah sepatutnya diberikan sepakan penalti.

“Namun jika insiden-insiden tersebut diambil kira termasuk dua gol yang dikatakan ofsaid itu dibatalkan, City masih lagi jelas sebagai pasukan 'pemusnah'. Ia mengulangi kehebatan mereka di awal musim lalu.

“Namun masih ada potensi kelemahan dalam pasukan dan mengurusi begitu ramai pemain berbakat, terutama yang di berada bangku simpanan yang mendambakan minit permainan, ia sesuatu tugasan yang mencabar buat diri Guardiola.

“Namun buat masa sekarang, jika anda seorang peminat City, anda seharusnya merasa teruja. Tidak disangkal lagi tiada pasukan lain bermain lebih bagus dari City di Eropah pada masa ini.”

Semoga momentum ini berterusan dan Citizens terus dapat meraikan detik-detik indah!

Berita Pasukan Utama

Sergio adalah mesin gol ujar Gundogan

Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling memberi pujian khas atas kualiti Sergio Aguero yang menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-0 di Watford.

Reaksi Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling seusai kemenangan 6-0 di Watford...

Berita Pasukan Utama

Pep puji kehebatan Aguero

Pep Guardiola memuji hero hatrik, Sergio Aguero selepas City menyungkurkan Watford 6-0 di Vicarage Road, petang Sabtu.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 6-0 di Watford...

Laporan Perlawanan

City belasah Watford enam gol tanpa balas