quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Gandingan 'maut' EPL; Aguero dan Gabriel?

Dalam City mempersiapkan diri untuk memulakan cabaran Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu, masih ada cepisan berita berikutan kemenangan besar dan bergaya ke atas Liverpool Sabtu lalu.

Ia masih menjadi topik bualan baik dari kalangan para penyokong City dan Liverpool, mahupun neutral dan tak lupa para pengkritik sukan dan media.

Artikel dari ESPN melaporkan yang Pep Guardiola gembira dan senang hati dengan hubungan akrab dan hebat di antara kedua-dua penyerangnya, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus terutama selepas apa yang ditunjukkan Aguero Sabtu lalu.

Media penuh pujian dengan taktikal Pep Guardiola menurunkan kedua-dua penyerangnya Sergio dan Gabriel yang kian serasi ditunjukkan semasa kemenangan 5-0 ke atas Liverpool.

Image result for aguero and gabriel jesus city v liverpool

Kun tanpa mementingkan diri sendiri telah memberi hantaran yang sepatutnya disudahinya sendiri kepada Gabriel untuk gol ketiga City.

“Mereka adalah dua individu yang bagus dan pemain yang hebat, hubungan mereka juga akrab," akui Pep kepada wartawan.

“Anda semua kenal Sergio sejak sekian lama, sudah tentu kedua-duanya mahu menjaringkan gol-gol dan itu yang kami inginkan.

“Para penyerang sentiasa berfikir, ‘Aku mahu jaringkan gol lebih banyak dari rakan sepasukannya, namun ia masih penting untuk berupaya memilih keputusan tepat sebagaimana yang Sergio telah lakukan.

Image result for aguero and gabriel jesus city v liverpool

“Apabila berlaku di lain kali, Gabriel akan lakukan perkara sama untuk Sergio.

“Saya tidak arah kepada para penyerang saya: ‘Hantar bola – saya kata pada mereka: ‘Jaringkan gol!’

“Tapi apa yang telah saya lihat amat bagus. Kami mahu membina sesuatu yang istimewa di bilik persalinan pakaian, jadi ia penting buat kami.

“Dengan para penyerang kami ada, tidak disangkal kami akan hasilkan gol-gol. Para pemain tersebut hidup untuk jaringkan gol-gol.

Image result for aguero and gabriel jesus city v liverpool

“Tapi kami juga perlukan para pemain sayap seperti Sterling, Sane, supaya dapat membawa bola ke tengah dan hadapan. Ia amat penting kini.

“Kami tidak boleh hanya bergantung pada dua pemain, ia mustahil.”

Sementara itu, The Boot Room percaya keputusan Guardiola menurunkan dua penyerang menentang Liverpool terbukti satu keputusan bijak.

“Keputusan Pep Guardiola memainkan kedua-dua penyerang Sergio Aguero dan Gabriel Jesus berhasil dengan penyerang Argentina lebih berada di posisi hadapan di sisi bahu pertahanan akhir memberikan Jesus kebebasan untuk pergi lebih dalam dan berlari di kedua-dua belah sisi yang menyukarkan pertahanan Liverpool mengawasinya.

Image result for aguero and gabriel jesus city v liverpool

“Dari saat De Bruyne mula kerap menguasai bola ia membenarkan Jesus berusaha untuk lebih melakukan larian, cuba mencipta ruang untuk dirinya atau secara alternatif memberi ruang untuk Aguero.

“Ia kemudian usahanya membuahkan hasil apabila Jesus menjaringkan gol pada minit ke-45 selepas gol pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid, kemudian gol kedua pada masa tambahan sebelum rehat.

“Beliau kelihatan menyelinap ibarat halimunan melepasi di antara dua bek tengah Liverpool kemudian mengejar pantas hantaran silang De Bruyne sebelum menanduknya masuk melepasi Simon Mingnolet untuk memberi City penguasaan penuh seterusnya.

Image result for gabriel jesus header city v liverpool

“Usaha gol keduanya lebih mudah apabila beliau berlari seiring dengan Aguero sebelum gandingan serangannya tanpa pentingkan diri sendiri melakukan hantaran untuk Jesus menyudahinya mudah.

“Penyerang Brazil berusia 20 tahun itu kini mencatat tiga gol dari empat penampilannya pada musim ini yang juga gol ke-10 dari 12 penampilannya dari awal perlawanan sejak tiba di Stadium Etihad pada Januari lalu dengan catatan rekod 10 gol dari 19 percubaan.

“Gabriel telah memulakan musim ini dengan cemerlang dan sekiranya dia dapat teruskan prestasi sama sepanjang beberapa bulan lagi, dia akan berupaya membawa pasukannya di posisi kuat dalam mendepani empat penjuru kejuaraan musim ini.”

Image result for aguero celebrate city v liverpool

Manakala Sergio Aguero yang belum pernah gagal menjaringkan gol ke atas Liverpool di laman sendiri sejak menyertai kelab tahun 2011 mencipta sejarah baru tersendiri menjadi pemain bukan Eropah paling banyak menghasilkan gol dalam Liga Perdana Inggeris dengan jumlah 124 gol keseluruhan, mengatasi rekod dipegang oleh penyerang asal Tobago, Dwight Yorke, 123 gol.

Kun juga hanya kurang 7 gol untuk menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester City untuk mengatsi rekod yang dipegang sekian lama oleh legenda City, Eric Brook 177 gol.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami amat bertuah mempunyai De Bruyne

Pep Guardiola telah memuji permainan Pemain Terbaik Perlawanan, Kevin De Bruyne dalam City membelasah Liverpool 5-0 di Stadium Etihad.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 5-0 ke atas Liverpool...

Berita Pasukan Utama

Aguero catat sejarah baru Liga Inggeris

Sergio Aguero mencatat satu lagi sejarah tersendiri selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Liverpool di Stadium Etihad.

Penyerang sensasi Manchester City, Sergio Aguero mencatat satu lagi sejarah baru...

Berita Pasukan Utama

Laporan kecederaan Ederson

Penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes tidak mengalami konkusi atau keretakan tulang muka selepas pelanggaran dengan Sadio Mane.

Laporan kecederaan Ederson Moraes selepas insiden pelanggaran dengan Sadio Mane...