quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Pemain-pemain City di kedudukan teratas dalam Liga

Apa kata media: Pemain-pemain City di kedudukan teratas dalam Liga Perdana

Apa kata media: Pemain-pemain City di kedudukan teratas dalam Liga Perdana

Pemain-pemain City masih mendapat mendapat perhatian media walaupun sedang menjalani rehat antarangsa.

Seramai empat orang pemain Manchester City telah diberikan penghargaan berikutan jumlah bantuan gol mereka yang cemerlang setakat ini pada musim ini. Dalam kupasan media kali ini, gosip perpindahan pemain dan bintang-bintang baru dalam akademi merupakan topik utama yang akan kita bincangkan.

Image result for kevin de bruyne david silva man city

Pertama sekali, akhbar Daily Express telah membuat satu galeri untuk 11 orang pemain di tangga teratas yang paling banyak melakukan bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini pada musim ini. Empat orang pemain City telah tersenarai -  paling ramai jika dibandingkan dengan kelab-kelab lain.

Daily Express dalam laman sesawang mereka melaporkan: “Bantuan gol paling banyak setakat musim ini – Anda tahu siapa orangnya!”

Image result for kyle walker man city

Daripada 11 orang pemain, Kyle Walker berada di tangga ke 10 dengan 4 bantuan, Leroy Sane di tangga ke-enam dengan lima bantuan, sementara Kevin De Bruyne dan David Silva berada dia tangga teratas dengan masing-masing tujuh dan lapan bantuan!

Tiada yang mengejutkan apabila kita mempunyai pemain-pemain yang agak ramai di dalam senarai tersebut memandangkan kita sekarang berada di puncak Liga Perdana – dengan jurang lapan mata yang ketara dari  Manchester United yang berada di tangga kedua.

City juga nampaknya menjadi topik bualan berkenaan gosip perpindahan yang dilaporkan dalam beberapa artikel seperti Daily Star. Akhbar itu melaporkan bahawa Blues dan beberapa kelab Liga Perdana yang lain sedang mengintai pemain tengah Seville: Steven N’Zonzi.

Image result for Steven N’Zonzi

“N’Zonzi semakin menyinar di Sepanyol setelah berpindah dari stoke pada tahun 2015 dalam perjanjian empat tahun yang bernilai £7 juta (RM 38 juta).

Di dalam laman sesawang mereka, akhbar itu melaporkan: “Bekas pemain Blackburn itu mempunyai klausa pembelian terus dan beliau sedang dikaitkan dengan kelab-kelab terkemuka seperti Arsenal, Manchester City dan Manchester United.  

“Leicester membuat bidaan sebanyak £30 juta (RM164 juta) tetapi ditolak oleh pemain berusia 28 tahun itu pada musim panas tahun 2016.

“Bekas pemain Stoke itu membuat penampilan semasa perlawanan Perancis menentang Wales pada hari Jumaat yang lalu.

“Dan beliau sekali lagi tidak akan mengetepikan La Liga untuk Liga Perdana.

Sekarang, kita lihat pula siapa bintang baru harapan City yang berjaya mencuri perhatian media.

Pertama sekali, penjaga gol pinjaman Angus Gunn telah dipanggil untuk ke skuad England buat pertama kalinya dan bapanya – Bryan Gunn, bekas penjaga gol Norwich City – telah ditemubual oleh Eastern Daily berkenaan pencapaian anaknya.

Image result for angus gunn england

“Seperti bapa-bapa yang lain, saya sangat bangga dengan pencapaiannya,” kata Angus kepada EDP. “Dengan membuat penampilan yang terbaik buat England, saya yakin mutu permainan beliau juga akan bertambah cemerlang – itu yang terbaik.

“Teman wanita Angus, Phoebe menangis kegirangan, begitu dengan dengan ibu dan adiknya – orang sekelilingnya sangat bangga dengannya.

“Saya hubungi ibu untuk sampaikan berita itu dan dia sangat teruja.

Related image

 “Saya rasa orang yang paling tenang adalah Angus –beliau lakukan semuanya dengan caranya sendiri dan beliau tidak mudah terpengaruh. Ianya ibarat pencapaian yang baru buat beliau dan ini merupakan ganjaran buat semua usaha dan kerja keras yang dilakukannya.

Selamat maju jaya buat penjaga gol kami!

Seterusnya, akhbar Daily Mail dalam laporan mereka mengatakan bahawa rakan se-akademi Gunn, Phil Foden mungkin dipanggil untuk menyertai skuad England untuk Bawah 21. 

Dalam temubual dengan jurulatih U21, Andy Boothroyd, beliau berkata akan meninjau keadaan dalam bulan-bulan yang akan datang.

Dalam laporan Daily Mail: “Apabila England bertemu Ukraine pada Mac tahun hadapan, kemungkinan besar Foden akan dimasukkan dalam skuad B21. England juga akan bermain perlawanan persahabatan dalam masa rehat antarabangsa yang akan datang.

“Semua kata putus akan dilakukan pada awal tahun 2018 setelah semua jurulatih termasuk ketua jurulatih senior, Gareth Southgate serta pengarah teknikal, Dan Ashworth bertemu di St George’s Park untuk mencari hala tuju terbaik buat pemain berbakat seperti Foden.”

Image result for phil foden england

“Kami akan mengaudit semua pemain-pemain pada bulan Januari,” kata Boothroyd kepada akhbar tersebut. “Semua jurulatih akan duduk semeja dan membincangkan prestasi pemain dari semua kelompok dan kami akan kenal pasti siapa yang harus dimasukkan ke dalam skuad dan siapa yang perlu dikeluarkan.

“Mungkin ada beberapa pemain dari skuad B17 yang layak dan mereka adalah cemerlang.

“Ada pemain dari setiap kelompok umur yang merasakan mereka tidak ada peluang untuk ke peringkat seterusnya.

“Saya sangat sukakan Phil. Beliau merupakan seorang pemain yang sangat istimewa, begitu juga dengan beberapa pemain-pemain yang lain. Semua pemain-pemain berada di peringkat yang berbeza dan penting untuk kami berbincang supaya dapat memberikan mereka haluan yang terbaik dan bukan sekadar mengetepikan mereka. 

Berita Pasukan Utama

Perlawanan pilihan wartawan City setakat ini...

Berita Pasukan Utama

Lescott: Stones ada faktor X

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini

Joleon Lescott kagum dengan kemampuan John Stones pada musim ini.

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini

Berita Pasukan Utama

Pandangan Stones terhadap City

Beliau menggunakan kesempatan ini untuk memantapkan mutu permainannya dibawah kendalian Pep Guardiola.

John Stones menyambut baik peluang untuk memperbaiki diri sejak hari pertamanya di Manchester City pada musim panas yang lalu

Pengalaman-pengalaman positif dan negatif telah membantu perkembangannya.