quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Sanchez dan Alves kian disatukan semula dengan Pep

Akhbar the Mirror percaya yang City bersedia untuk menunjukkan minat mereka terhadap penyerang Arsenal, Alexis Sanchez.

Bintang Chile itu kini sedang memikul tugasan bersama pasukan negaranya di Rusia dalam  kejohanan Piala Konfederasi (Confederations Cup) dimana beliau begitu menyerlah.

Sanchez masih mempunyai baki kontrak setahun di Stadium Emirates dan difahamkan akan menguji penyelesaian antaranya dan Arsenal selepas kejohanan selesai nanti.

Akhbar Inggeris itu mengatakan yang City semakin berminat untuk mendapatkan khidmat Alexis, 28 dengan yuran perpindahan bakal mencecah £50 juta dan Arsenal sedang cuba memujuk Sanchez untuk kekal di Emirates dengan hanya baki kontrak setahun.

Arsenal dilaporkan telah menawarkan Sanchez yang telah menjaringkan 30 gol buat the Gunners musim lalu kontrak baru dan menegaskan mereka tiada hajat untuk melepaskannya musim panas ini.

Image result for pep hug dani alves

Namun Pep Guardiola telah menjadikan Sanchez yang merupakan bekas anak didiknya di Barcelona sebagai antara sasaran utama yang juga diinginkan oleh Chelsea dan Bayern Munich.

Sementara itu, akhbar the Sun percaya peletakan harga Tottenham ke atas Kyle Walker mungkin merencatkan rundingan kedua-dua kelab, namun sasaran ke atas Dani Alves masih kekal.

Spurs dilaporkan telah meletakkan harga tinggi untuk Kyle Walker berpindah ke Stadum Etihad dalam Pep Guardiola memerlukan pemain bek kanan yang berpengalaman selepas melepaskan Bacary Sagna dan menjual Pablo Zabaleta ke West Ham.

Guardiola dikatakan menginginkan pemain pertahanan England pada harga £35 juta dan bukan harga melampau £50 yang diletakkan Spurs.

Related image

Dalam masa sama, Pep dikatakan hampir dipersatukan kembali dengan Dani Alvez selepas Juventus bersetuju untuk melepaskan pemain Brazil hanya selepas setahun bersama.

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva bersama Portugal kalahkan Rusia

Bernardo Silva yang secara rasmi akan menyertai Manchester City dari Monaco pada 1 Julai telah bermain selama 90 minit dalam Portugal mengalahkan tuan rumah, Rusia saingan Piala Konfederasi.

Bernardo Silva bersama Portugal kalahkan Rusia

Apa Kata Media

Messi 'ingin sertai City' lapor Express

Sejauh mana benarnya cerita ini mungkin kita tidak tahu, namun laporan mengatakan Lionel Messi hampir menyertai City musim lalu sudah pasti menyenangkan hati!

Liputan media tentang gosip perpindahan pemain berkaitan Manchester City dari seluruh dunia

Berita Pasukan Utama

Perkembangan kecederaan Gabriel Jesus