quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Pemain sayap dari Bundesliga?

Liputan khabar berita perpindahan pemain di musim panas.

Ousmane Dembele merupakan pemain terkini dikaitkan dengan senarai pembelian City oleh media di UK.

Jeremy Cross dari akhbar The Daily Star menulis: “Laporan mengatakan pemain Perancis itu telah hadir makan malam bersama Guardiola dan melawat kompleks Etihad.

Image result for ousmane dembele

“Tetapi Guardiola terus memberi perhatian rapat keadaan Dembele dengan kemungkinan mendapatkannya untuk senarai skuad City musim panas ini.

“Starsport percaya yang Guardiola berminat mendapatkan Dembele tetapi tidak bersedia untuk bersaing dengan kelab-kelab lain seperi Barca dan PSG.”

Liputan di Goal pula telah melaporkan tentang bintang muda Perancis dan Monaco, Kylian Mbappe.

Sam Lee melaporkan: “Pemain berusia 18 tahun itu sedang menimbang untuk menandatangani kontrak baru di Monaco dan tawaran dari Real Madrid yang berkemungkinan besar akan berjaya mendapatkan khidmatnya walaupun banyak kelab besar lain juga berminat untuk membeli pemain tersebut.

Related image

“City akan terus cuba untuk mendapatkan Mbappe musim panas depan jika beliau kekal di kelabnya untuk satu musim lagi, tetapi Dembele telah menjadi pilihan alternatif bagi kempen musim depan ini.

“Guardiola dan pegawai teknikalnya sangat berminat dengan pemain sayap yang baru semusim bersama Dortmund itu.”

Beralih pula ke barisan pertahanan, nama Ryan Bertrand kini kembali tertulis di ruang media the Mirror.

“Pep Guardiola telah membuka langkah untuk mendapatkan khidmat Ryan Bertrand dari Southampton,” kata Ketua Penulis Bola Sepak, John Cross.

Image result for ryan bertrand

“Guardiola telah menjadikan pemain bek sayap tersebut sebagai sasaran utamanya dan kini fokus untuk membeli pemain berusia 27 tahun itu.

“Bek kiri, Bertrand kini bersedia untuk meninggalkan St Mary pada musim ini untuk ke City bagi membina kariernya.

Sementara itu, Daily Mail menyatakan City bakal melengkapkan perpindahan pemain dari Sepanyol iaitu Eric Garcia dari Barcelona.

Image result for eric garcia barcelona

“Sportsmail melaporkan tentang usaha City untuk mendapatkan bek muda itu dan terma kini telah pun dipersetujui.

“Garcia merupakan bek tengah berbakat berusia 16 tahun dan bernilai sekitar £1.6juta.”

Apa Kata Media

Gosip: City akan mendapatkan khidmat tiga bek?

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva jaring gol untuk Portugal

BERNARDO SILVA  jaring gol bagi Portugal

Gol oleh Bernardo Silva membantu Portugal mara ke separuh akhir

Bernardo Silva menjaringkan gol dalam misi Portugal menempah tempat ke separuh akhir dalam Piala Konfederasi.

Apa Kata Media

Bernardo Silva tidak alami kecederaan