quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Gosip: City akan mendapatkan khidmat tiga bek?

Kita ikuti khabar berita tentang jendela perpindahan terkini.

Kita mulakan liputan hari ini dengan laporan Football London berkenaan sasaran City iaitu Kyle Walker…

“Potensi untuk Walker berhijrah dari Tottenham ke Manchester City semakin hampir menjadi kenyataan setelah Pep Guardiola memberi kata putus untuk menandatangani tiga bek sayap hanya sebelum pramusim bermula di Amerika Syarikat.

“Menurut Daily Mail, City telah menawarkan £40 juta untuk Walker tetapi masih £10 juta lebih rendah dari tuntutan Spurs untuk mendapatkan khidmat bekas bek Sheffield United itu.

Image result for kyle walker

“Walker tidak memberi sebarang komen tentang masa depannya tetapi telah difahamkan dia berminat untuk berpindah lebih dekat dengan keluarganya dan tampak tidak gembira setelah peluangnya bermain semakin tipis setelah diganti oleh Kieran Tripper sebagai bek kanan Spurs.

“Dengan prestasi terkini Trippier dan kepercayaan Mauricio Pochettino bahawa Walker tidak mampu untuk bermain dua kali dalam masa seminggu, ini telah memberi peluang kepada City untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu.”

The Telegraph telah melaporkan situasi Walker tetapi juga menambah kebarangkalian untuk Dani Alves dan Benjamin Mendy untuk diikat oleh Blues sebelum mula jelajah AS.

James Ducker menulis: “Manchester City berharap untuk melengkapkan pemindahan pemain sebanyak tiga bek sayap sebelum mereka berangkat ke Amerika Syarikat untuk memulakan pramusim pada bulan depan tetapi Pep Guardiola juga mampu menunggu dan lihat situasi penyerang Arsenal, Alexis Sanchez.

Image result for dani alves

“Dani Alves mungkin bakal tiba di Manchester dengan City sedang mendapatkan kontrak untuk bek kanan Brazil itu pada minggu ini. Alves, 34 kini boleh menyertai City tanpa sebarang yuran perpindahan setelah kontraknya bersama Juventus dibatalkan dan dijangka untuk diikat selama dua tahun bersama City.

“City masih dalam perbincangan untuk persetujuan tawaran kepada Tottenham Hotspur dan AS Monaco bagi menandatangani Kyle Walker dan bek kiri, Benjamin Mendy tetapi berharap untuk kedua-dua pemain dapat sertai Guardiola dan skuadnya ke Houston pada 17 Julai. City akan bertemu Manchester United dalam Piala Kejuaraan Antarabangsa tiga hari selepas tiba di Houston.”

Menurut liputan Sport360 pemain Borussia Dortmund, Ousmane Dembele telah terbang ke Manchester: “PSG dan Barcelona kini sedang bersaing untuk mendapatkan Dembele tetapi Le 10 Foot berkata penyerang Borussia Dortmund itu telah ke bertemu bos Manchester City, Pep Guardiola.

Image result for ousmane dembele

“Telah difahamkan Dembele mahu berpindah keluar dari kelab Jerman pada musim panas ini dan laporan mengatakan dia telah berbincang dengan Guardiola di Manchester untuk sebarang potensi pemindahan ke Stadium Etihad.”

Akhir sekali, berita gembira...

Kevin De Bruyne telah selamat melayari bahtera perkahwinan dan dilaporkan oleh The Mirror:

“Bintang Manchester City, Kevin de Bruyne telah berkongsi detik bahagianya setelah berkahwin dengan pasangannya, Michele Lacroix.

Tahniah, KDB!

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva jaring gol untuk Portugal

BERNARDO SILVA  jaring gol bagi Portugal

Gol oleh Bernardo Silva membantu Portugal mara ke separuh akhir

Bernardo Silva menjaringkan gol dalam misi Portugal menempah tempat ke separuh akhir dalam Piala Konfederasi.

Apa Kata Media

Bernardo Silva tidak alami kecederaan

Apa Kata Media

Sanchez dan Alves kian disatukan semula dengan Pep