quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Bernardo Silva tidak alami kecederaan

Pemindahan pemain untuk Manchester City terus hangat diperkatakan dengan jendela perpindahan pemain bakal dibuka kembali lima hari lagi.

Kita mulakan dengan laporan terkini Bernardo Silva dari akaun Twitternya yang menyatakan terselamat dari kecederaan semasa Portugal menang 4-0 ke atas New Zealand untuk mara ke separuh akhir Piala Konfederasi.

Pemain tengah itu telah menjaringkan gol kedua Portugal dan dikeluarkan selepas separuh masa pertama hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Silva kemudiannya memberitahu di akaun Twitter: “Terima kasih atas sokongan anda semua. Semuanya baik dengan buku lali saya.”

Portugal akan bertemu Chile pada Rabu nanti di peringkat separuh akhir di mana Silva mungkin akan menentang Claudio Bravo yang baru kembali dari kecederaanya setelah Chile seri 1-1 bertemu Australia.

Sementara itu, Paul Hetherington dari akhbar The Star percaya Pep Guardiola akan mendapatkan khidmat seramai empat pemain pertahanan untuk musim terdekat ini.

Dengan Pablo Zabaleta, Bacary Sagna dan Gael Clichy bakal meninggalkan City pada akhir musim panas ini, Hetherington percaya Kyle Walker, Benjamin Mendy, Ryan Bertrand dan Dani Alves kini menjadi sasaran Guardiola.

Image result for kyle walker spurs

“Bos City kini mencari bek kanan, Kyle Walker dari Tottenham dan dua bek kiri termasuk Ryan Bertrand (Southampton) dan Benjamin Mendy (Monaco) untuk memantapkan barisan pertahanannya,” oleh Hetherington.

 “Sasaran terakhirnya ialah Dani Alves, 34,  bek kanan dari Juventus dengan perpindahan percuma.

“Guardiola kini sedang menanti pemain Tottenham dan England, Walker, 27 untuk hadir ke kelabnya.”

Akhir sekali ialah berita perpindahan pemain yang mengujakan untuk musim panas ini.

Menurut David Woods dari The Star, City memberi penimbangan untuk pertukaran pemain iaitu Sergio Aguero untuk Alexis Sanchez dari Arsenal!

Image result for aguero and sanchez

“Bos City, Pep Guardiola telah menjadikan Sanchez, 29 iaitu bekas pemain Barcelona sebagai sasaran penyerang utamanya untuk musim ini,” Woods menulis.

“Bos Arsenal, Arsene Wenger menegaskan dia tidak akan melepaskan Sanchez yang telah menjaring 31 gol bagi Arsenal musim lepas walaupun pemain Chile itu hanya mempunyai baki kontrak selama setahun lagi di Arsenal.

“Tetapi Sanchez nampaknya mahu meninggalkan kelab dan pertukaran dengan Aguero mungkin penyelesaian terbaik untuk kedua-dua kelab.”

Itu sahaja buat hari ini, para Blues. Ikuti kami lagi esok untuk sebarang perkembangan gosip dan khabar angin jendela perpindahan.

Apa Kata Media

Sanchez dan Alves kian disatukan semula dengan Pep

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva bersama Portugal kalahkan Rusia

Bernardo Silva yang secara rasmi akan menyertai Manchester City dari Monaco pada 1 Julai telah bermain selama 90 minit dalam Portugal mengalahkan tuan rumah, Rusia saingan Piala Konfederasi.

Bernardo Silva bersama Portugal kalahkan Rusia

Apa Kata Media

Messi 'ingin sertai City' lapor Express

Sejauh mana benarnya cerita ini mungkin kita tidak tahu, namun laporan mengatakan Lionel Messi hampir menyertai City musim lalu sudah pasti menyenangkan hati!

Liputan media tentang gosip perpindahan pemain berkaitan Manchester City dari seluruh dunia