quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Messi 'ingin sertai City' lapor Express

Sejauh mana benarnya cerita ini mungkin kita tidak tahu, namun laporan mengatakan Lionel Messi hampir menyertai City musim lalu sudah pasti menyenangkan hati!

Hanya pemain itu sendiri yang dapat mengesahkan atau menafikan laporan tersebut, namun sebagai salah seorang pemain berbakat sepanjang masa, apabila sering dikaitkan dengan kelab anda, apa salahnya, ye tak?

Kali ini akhbar the Daily Expres antaranya melaporkan yang Messi telah bercakap tentang perpindahan keluarnya dari Barcelona kepada rakan sepasukannya , Luis Suarez.

The Express melaporkan yang pemain asal Argentina tesebut bertekad untuk meninggalkan Sepanyol meskipun City tidak berupaya untuk memenuhi klausa pembelian yang begitu tinggi diletakkan oleh kelab gergasi Catalan tersebut. 

Meskipun akhbar Sepanyol, Munro Deportivo mengatakan yang Messi telah dipujuk beberapa kali oleh Suarez untuk kekal di Nou Camp dan bercakap panjang tentang hasrat hati Messi.

Pep Guardiola dikatakan ingin dipertemukan kembali dengan Messi di Stadium Etihad yang telah bekerja bersama di Barcelona meskipun sebarang perjanjian nanti dihalangi dengan pelbagai kesulitan dan akhbar tersebut percaya yang Messi hampir menyertai City untuk mengikuti Pep musim panas lalu.

:

Sementara itu Pengarah City, Ferran Soriano turut mengakui gagal memujuk Messi untuk berpindah ke England katanya: "Saya kenal Messi amat rapat. Beliau dan keluarganya adalah rakan baik saya, mungkin tahun depan dia boleh tamatkan kariernya di Sepanyol dan kemudian berpindah ke China atau Amerika Syarikat, tapi buat masa sekarang saya rasa di akan kekal di Barcelona."

Sementara itu beralih tentang gosip perpindahan pemain dimana Dani Alves sekali lagi dikaitkan dengan City. Selepas Juventus melaporkan mengakui sedang berunding dengan pemain asal Brazil itu untuk membenarkannya meninggalkan Turin, namun pihak media percaya destinasi seterusnya adalah Etihad Stadium, walaupun Chelsea turut dikatakan berminat.

The Independent melaporkan:  Bek kanan Brazil yang bekas pemain Barcelona telah kerap dikaitkan dengan perpindahannya ke Manchester City dan sedang berunding untuk Juventus melepaskannya. Alves dikatakan berhasrat untuk menimba pengalaman baru di tempat baru dan Juventus cuba menamatkan kontraknya secara baik.

Namun begitu akhbar The Sport Review, melaporkan yang Chelsea turut berminat dan cuba memujuk Alves berpindah ke Stamford Bridge dan membawa pemain tersebut dalam dilemma. Juara Liga Perdana Inggeris itu dikatakan ingin memperkuatkan skuad mereka dalam menghadapi saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan,

The Star (bukan The Star Malaysia) melaporkan…

Meskipun Yaya Toure sudah tujuh tahun bersama City dan menetap di Manchester namun masih kurang memahami loghat tempatan.

City telah mengepos di saluran Youtube mereka bagaimana Yaya cuba membaca beberapa frasa dalam loghat Mancunian, namun lucunya amat sukar difahami oleh pemain tengah dari Ivory Coast berusia 34 tahun itu akan maksud di sebalik frasa-frasa tersebut

Sila tonton...

View original post

 

Berita Pasukan Utama

Perkembangan kecederaan Gabriel Jesus

Berita Pasukan Utama

City bertemu West Ham persahabatan pramusim

Manchester City akan menutup kempen pramusim persiapan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan menentang West Ham United di Iceland pada 4 Ogos.

Manchester akan berhadapan dengan West Ham di Icelan musim panas ini

Berita Pasukan Utama

Jadual Liga Perdana Inggeris City 2017/18

Manchester City akan memulakan cabaran musim 2017/18 dengan bertandang di Stadium Falmer menentang Brighton & Hove Albion.

Jadual perlawanan Manchester City untuk Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 telah diumumkan, ketahui perlawanan pembuka, perlawanan derbi Manchester dan perlawanan-perlawanan penting lain.