quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Gosip Man City: Spekulasi hangat di musim panas

Spekulasi hangat di musim panas

Spekulasi hangat di musim panas

Hanya sehari lagi sebelum jendela perpindahan dbuka untuk perpindahan rasmi pemain di musim panas, jadi kita lihat apa fokus di ruang media…

Beberapa sasaran City telah disebut di segala ruang media dan hanya dua minggu lagi sebelum City berangkat ke Amerika Syarikat untuk sesi jelajah pramusim.

Chris Wheeler dari Daily Mail melaporkan: “Guardiola yang telah mendapatkan pemain tengah dan penjaga gol baru kini akan membawa masuk sekurang-kurangnya tiga lagi bek sayap.

“City berharap Tottenham akan menerima bidaan £40 juta untuk Kyle Walker dan kos yang sama untuk Benjamin Mendy dari Monaco.

Image result for benjamin mendy

“Dani Alves akan menyertai City dengan yuran pemindahan percuma setelah membatalkan kontraknya bersama Juventus dalam misi bersatu semula dengan pengurusnya dari Barcelona di Stadium Etihad.

“Ketiga-tiga pemain tersebut berkemungkinan tinggi akan menyertai City dan ia bermakna usaha untuk menandatangani Ryan Bertrand dari Southampton mungkin akan dihentikan.

“Walaupun mempunyai barisan penyerang  yang mantap, Guardiola juga mahukan Alexis Sanchez. City berkebarangkalian untuk mendapatkannya tetapi mereka mungkin akan menunggu dan lihat sepanjang musim panas ini untuk mendapatkan peluang kontrak yang lebih berpihak kepada kelab.

“Mereka juga mungkin mendapatkan bek tengah baru walaupun Vincent Kompany kini kembali cergas dari kecederaan. Leonardo Bonucci telah berkali-kali dikaitkan tetapi kini tidak lagi hangat diperkatakan seperti lalu.”

Image result for alexis sanchez

“City masih menyimpan minat untuk pemain Monaco, Kylian Mbappe, tetapi jika Sanchez tiba di Stadium Etihad pemain berusia 18 tahun yang bernilai lebih £100 juta itu mungkin lebih sukar untuk dimeterai.”

Akhir sekali, akhbar The Daily Telegraph telah melaporkan maklumat pelan pramusim setiap kelab Liga Perdana Inggeris dengan lawatan City ke Houston, LA dan Nashville.

Kami akan kembali lagi pada minggu depan!

Apa Kata Media

Bravo: Ia perlawanan yang sangat istimewa!

Galeri Foto

Perlawanan terbaik City di PL

Galeri Foto

Perlawanan terbaik City di PL