quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Bravo: Ia perlawanan yang sangat istimewa!

28 Jun 2017, Rabu…tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Claudio Bravo.

Itu merupakan malam yang bersejarah bagi Chile untuk layak ke peringkat akhir Piala Konfederasi dengan aksi hebat wira mereka menyelamatkan tiga sepakan penalti dari pemain Portugal.

Permainan telah berakhir 0-0 setelah tamat masa tambahan untuk menentukan pasukan layak ke final Piala Konfederasi dilakukan melalui sepakan penalti dan penjaga gol Chile itu berjaya menyelamatkan cubaan sepakan Quaresma, Joao Moutinho dan Nani dengan keputusan akhir Chile 3-0.

Image result for bravo chile vs portugal

Bravo telah merendah diri dan mendedahkan yang dia masih belum cergas sepenuhnya dalam menyaksikan prestasi cemerlangnya sepanjang perlawanan itu.

Dia berkata kepada akhbar the Mirror: “Saya rasa sama seperti sebelum ini. Saya seorang yang seimbang.

“Saya telah tercedera dan tidak dapat bermain seperti prestasi biasa tetapi saya kekal bertenang dan ia merupakan permainan yang sangat istimewa bagi kami, pasukan Chile.

Image result for bravo chile vs portugal

“Kami berjaya layak ke peringkat akhir dan ia sangat penting bagi semua. Semua pemain gembira untuk bermain sekali lagi di peringkat akhir.”

Ramai yang berkata sepakan penalti ialah permainan mengikut nasib tetapi Bravo tidak bersetuju.

“Saya rasa ia tidak terletak kepada nasib sahaja. Saya rasa anda perlu bekerja keras dan belajar pergerakan pihak lawan.

“Saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Sudah tentu kami sangat gembira kerana berjaya mengalahkan juara Euro 2017.

Image result for bravo chile vs portugal

“Portugal telah mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Saya rasa permainan adalah seimbang dan kedua pasukan telah  menghormati antara satu sama lain.

“Rahsianya adalah untuk kekal percaya akan kebolehan diri dan cuba sedaya upaya untuk menang. Kami ada satu lagi perlawanan untuk dimenangi.”

Bos skuad Chile, Juan Antonio Pizzi telah memuji prestasi penjaga golnya itu.

Dia berkata kepada media: “Kami beruntung kerana Claudio sangat cemerlang dalam menyelamatkan sepakan penalti, para pemain yang menjaringkan gol penalti juga bagus dan kami layak ke perlawanan akhir.

Image result for Juan Antonio Pizzi and bravo

“Claudio telah bersedia. Dia mampu untuk merasai apa yang bakal berlaku dan mempunyai personaliti dan kekuatan minda yang tinggi untuk melaksanakannya.

“Tidak ada seorang pun yang mahu berada dalam situasi sebegitu. Anda tidak tahu apa yang bakal berlaku. Tetapi apabila Claudio telah menghalang sepakan pertama dan Arturo berjaya menyumbat penalti pertama, kita semua lebih tenang.

“Saya merasa bangga dengan pasukan ini dan para pemain juga rasa sebegitu dalam setiap perlawanan. Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk seterusnya.”

Dalam berita lain, masih dengan spekulasi perpindahan Alexis Sanchez di ruang akhbar the Telegraph, percaya City berpeluang cerah untuk mendapatkan bintang Arsenal Chile tersebut.

Related image

Artikel itu menulis: “Sanchez mahukan gaji sekitar £350,000 seminggu untuk meninggalkan Gunners yang mahukan yuran pemindahan £50 juta untuk pemain penyerang itu.

“Kontrak Sanchez akan berakhir dalam masa 12 bulan tetapi tuntutan gaji yang tinggi telah menyebabkan Bayern mengundur dari mendapatkan khidmat penyerang itu.”

Sementara itu pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita telah menyatakan hasratnya untuk bermain di City, Barcelona atau Real Madrid.

Charles Perrin dari the Express melaporkan: “Laporan terkini mencadangkan pemain berusia 22 tahun dari Bundesliga itu bernilai sekitar £70 juta.

Image result for Naby Keita

“Setelah menghabiskan musim dengan prestasi cemerlang, Keita telah memberi sasaran untuk mencabar dirinya bermain di luar Jerman.”

Apabila ditanya tentang pilihannya, Keita telah memberitahu: “Saya harap dalam masa dua atau tiga tahun lagi untuk bermain bagi kelab-kelab yang besar.

“Ini termasuk Barcelona dan juga Real Madrid atau Manchester City.”

Galeri Foto

Perlawanan terbaik City di PL

Galeri Foto

Perlawanan terbaik City di PL

Apa Kata Media

Pemain sayap dari Bundesliga?