quote linkedin dugout

Apa Kata Media

Video 1 Galeri Foto

Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Gosip: Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Gosip: Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Kini pasukan Manchester City kembali ke England selepas dua minggu berkempen untuk jelajah pramusim AS – dan kurang dari dua minggu, Liga Perdana Inggeris akan bermula, spekulasi perpindahan pemain kian rancak.

Skuad Manchester City kini telah tiba di United Kingdom selepas mengharungi dua minggu jelajah pramusim di Amerika Syarikat – dan kurang dari dua minggu lagi sebelum Liga Perdana Inggeris musim baru 2017/18 akan bermula, segala spekulasi pengambilan dan pemindahan pemain kini penuh dengan emosi

Satu nama yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Etihad musim panas ini adalah Alexis Sanchez dan masih ada spekulasi hari ini mengatakan beliau mungkin akan dipindahkan ke Stadium Etihad.

Menurut wartawan James Robson dari  akhbar Manchester Evening News, skuad City masih menjangkakan penyerang Arsenal itu akan menyertai pasukan tersebut sebelum tirai perpindahan pemain ditutup akhir Ogos ini.

Image result for alexi sanchez pep

 ‘’Pemain Manchester City telah berbincang secara terbuka mengenai kedatangan Alexis Sanchez selepas Pep Guardiola cuba untuk menarik masuk pemain tersebut dengan harga 50 juta paun sterling,’’ tulisnya.

 ‘’Skuad City menjangka bahawa penyerang Arsenal dari Chile itu akan berada di Stadium Etihad pada musim panas ini dan tertanya-tanya tentang apa akan berlaku dengan penyerang yang sedia ada.

 ‘’Guardiola sangat bersungguh-sungguh dalam menambah kekuatan pada posisi serangan dan telah meminta Sanchez dan Kylian Mbappe dalam jendela perpindahan kali ini.

Image result for mbappe

 ‘’Keinginan Real Madrid dalam membeli Mbappe yang bernilai lebih 100 juta paun sterling membuatkan Sanchez merupakan sasaran mudah untuk City – walaupun mereka bermati-matian ingin juga mendapatkan Sanchez sebagai gantian untuk pemain muda dari Monaco itu.

 ‘’Arsenal tetap dengan pendirian mereka untuk tidak menjual penjaring utama mereka tersebut, walaupun Sanchez menolak untuk menyambung kontrak sedia ada.’’

Walau bagaimanapun, akhbar Express Sport percaya bahawa Paris Saint-Germain masih ingin membeli pemain Arsenal tersebut dengan satu tawaran tidak lama lagi.

Dikatakan pihak Liga 1 Perancis akan menyelesaikan urusan pengambilan Neymar dan seterusnya memberi tumpuan kepada Sanchez.

Image result for alexi sanchez wenger

‘’Express Sport difahamkan bahawa Paris Saint-Germain akan menawarkan 35 juta paun sterling untuk pemindahan Alexis Sanchez,’’ kata mereka.

Walau bagaimanapun, mereka akan bertindak sedemikian selepas menyelesaikan urusan perpindahan pemain dari Barcelona; Neymar terlebih dahulu.

 ‘’PSG sangat yakin mereka akan dapat menandatangani pemain antarabangsa Chile itu walaupun sedar tentang keinginan Manchester City terhadap pemain tersebut.’’

Itu sahaja untuk hari ini Blues. Kembali bersama kami esok untuk berita lebih lanjut mengenai desas-desus perpindahan pemain. 

 

Laporan Perlawanan

City tundukkan Spurs 3-0 di Nashville

City menutup jelajah pramusim Amerika Syarikat penuh bergaya tundukkan Tottenham Hotspur 3-0 di Nashville.

Laporan perlawanan penutup International Champions Cup edisi Amerika Syarikat Manchester City menentang Spurs

Berita Pasukan Utama

Pep: Cabaran menanti bintang-bintang City

Pep Guardiola percaya perlawanan persahabatan yang dilalui City sepanjang pramusim akan membantu City ke tahap baru musim 2017/18 yang bakal menjelang nanti.

City telah menyempurnakan pembelian enam pemain baru setakat ini dengan barisan pemain muda yang berbakat yang akan memberi cabaran sekiranya semua kekal cergas

Berita Pasukan Utama

Info Perlawanan: City vs Tottenham

Manchester City akan menutup perlawanan jelajah pramusim AS dengan menentang pesaing Liga Primier Tottenham di Nashville pada malam Sabtu. Ia akan menjanjikan pertembungan yang menarik dan kami telah menganalisis beberapa titik perbincangan yang penting

Titik-titik perbincangan penting diantara perlawanan City dan Tottenham